Rabu, 24 Disember 2008

Fuck you, Howard Webb


Memang aku bengang dengan setan botak Webb ni! Setan? Dia ni memang galak dengan MU dengan kerap kali menyuapkan penalti kat Ronaldiver dan sebab tu dia throw Adebayor dari padang untuk membuatkan Arsenal lost dari title race! Apa-apa pun aku berbangga dengan Arsenal, walaupun bermain dengan 10 orang, tapi semangat yang ditunjukkan cukup mengagumkan dan pemain-pemain serta fans Liverpool perlu akui, korang takut dengan Arsenal, walaupun dengan 11 pemain, takut untuk ke depan mencari gol.

Sepatutnya FA lebih awal lagi menyingkirkan Howard Webb daripada menjadi jurulatih di dalam liga terutamanya melibatkan 4 pasukan teratas. Aku bukannya menilai dia pada game Ahad lepas sahaja tetapi jika dilihat aksi menentang MU beberapa bulan lepas serta musim lepas di Emirates, sudah pasti terserlah kesialannya. Contoh lain MU vs Liver di OT dan aku sebagai penonton berkecuali bagi game tersebut melihat bagaimana Mascherano dikeluarkan daripada perlawanan sama seperti Adebayor dengan tindakan bodoh pengadil botak sial lahanat ini!

Mengenai game tersebut, apa yang dilihat kebanyakan bola berada di bahagian tengah dan kedua-dua gol dihasilkan daripada long pass yang sememangnya merbahaya. Superb pass dari Nasri dan great finishing daripada van Persie (rambut ko gerek la)! Gol yang dilepaskan Arsenal harus dipersalahkan ke atas Clichy bukannya Djourou atau Gallas. Hairan bagaimana dia sanggup mengambil throw in forward dari bahagian bawah sehingga ke kawasan Liver.

4 throw in ke semuanya sebelum long pass Arbeloa di mana setiap throw in yang cuba dilakukan oleh Clichy diminta oleh Fabregas dalam usaha untuk menukar direction bola tetapi apa yang dilakukan Clichy sememangnya kesilapan besar dan dihukum oleh Keane yang di-boo sepanjang game! Gallas dan Djourou sudah pasti tidak berani melakukan tackle di mana berkemungkinan besar menerima red card jika berlaku.

Selepas Adebayor dikeluarkan di minit 62, apa yang dapat dilihat ke semua pemain Arsenal bersemangat untuk mencari gol dan mengawal permainan cukup baik seperti bermain 11 orang malahan lebih baik tetapi cuma seorang, seorang sahaja kambing hitam iaitu Diaby, asal dapat bola kat dia, mesti lost. WTF! Nak hold orang dari rebut bola tetapi tanpa tengok posisi pemain lawan dan bola, memang mudah lost ball. Ikut hati, nak jer aku kerat kaki dia. Aku harap Wenger kuarantinkan si sialan Diaby ni. Dekat mapley aku dah tak panggil dia Diaby tetapi ba-alif-ba-ya!


Sesuatu yang menyedihkan berlaku, mengikut jangkaan Wenger, Arsenal akan kehilangan Fabregas dalam tempoh 4 bulan setelah mengalami kecederaan di ligamen lutut kanannya dan secara tidak langsung dia bakal menamatkan musim lebih awal tetapi dengan usia mudanya, aku harap dia akan cepat recovery. Dengan ketiadaan Fabregas, siapakah paling layak untuk roll posisinya? Denilson? Diaby? Ramsey? Mungkin Ramsey yang terbaik tetapi Wenger perlu mencari seseorang yang lebih baik pada Januari ini dan sekiranya Wenger berjaya mendapatkan Pirlo, that's the great signing. Tapi ini cuma pendapat aku.

So siapakah sepatutnya menjadi kapten selepas ini? Toure, Almunia, Clichy, Adebayor atau van Persie? Wenger menyatakan Almunia berkemungkinan bukanlah kapten sejak ketiadaan Fabregas, adakah Wenger mempunyai calon lain lebih baik atau pun Almunia adalah baik dari segi kuasa tetapi bukan aksi atau mungkin juga Wenger mahukan seorang penjaga gol yang baru? Aku tak pasti, cuma nak provoke. Cuba fahami apa yang diluahkan Wenger, “That can move a little bit. But that is not the most important thing. For me Fabregas remains the captain of the team even when he is not playing.” Sememangnya Fabregas sudah menjadi kapten Arsenal sejak Vieira meninggalkan Highbury. Get well soon Fabregas!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi aku yakin kat AW..
seperti mas kehilangan vieira maka muncul cescs..
kehilangan cescs mungkin kah jack whilsere?? sebab mamat nie english..

Hafez Rachwan berkata...

ermmm..
xtau la beb, kita tunggu jer cmner nanti..