Isnin, 29 Disember 2008

1/5 hutang dilangsaikan!


Tahniah, langkah pertama sudah berjaya diselesaikan dengan cukup baik! So baki empat perlawanan yang aku cabar bagi Arsenal perlu dilangsaikan dan seterusnya menjadi lebih konsisten. Ternyata taktik Wenger mengeluarkan Diaby dan Eboue dengan memasukkan Vela dan Ramsey berhasil.

Sememangnya game antara Arsenal dan Pompie merupakan perlawanan yang ditunggu bagi peminat kedua-dua pasukan memandangkan chemistry yang cukup kuat. Boleh juga dikatakan reunion bagi bekas-bekas pemain Arsenal dengan fans Arsenal sendiri dan kekuatan itu ditambah lagi dengan jurulatih Pompie merupakan Mr. Arsenal!


Kesilapan Gallas pada perlawanan 'Boxing Day' ditebus melalui gol tandukan daripada set piece yang dilakukan oleh Denilson di minit 81 permainan. Pompie yang bermain secara 'men behind the ball' akhirnya melakukan kesilapan yang dimanfaatkan sebaiknya oleh Gallas dan itulah masalah yang kerap berlaku apabila bermain secara bertahan, kesilapan kecil mudah dihukum seperti yang dialami Arsenal sewaktu menentang Spurs dan Villa.

Kemasukan Vela dan Ramsey sememangnya memberikan impak cukup besar bagi pasukan dengan menstabilkan bahagian midfield dan dibantu kerja-kerja defensive yang cukup baik oleh Denilson dan attacking oleh Nasri. Walaupun jumlah peluang yang dicipta tidak banyak tetapi akhirnya kesungguhan pemain berhasil.

Mungkin hari ini bukan milik Adebayor. Dua peluang terbaik untuk memecahkan kebuntuan gol gagal. Tackle disaat akhir oleh Distin dan asakan Campbell membuatkan Adebayor sukar melakukan tapping ball untuk membolosi gawang Pompie walaupun berjaya melepasi David James. Peluang kedua Adebayor yang terbuka disudut kanan pintu gol Pompie gagal disudahkan dengan ketempangan kakinya yang merembat ke side netting.

van Persie terpaksa direhatkan atas tujuan keselamatan bagi mengelakkan kerapuhan kakinya mengalami impak fizikal permainan. Nicklas Bendtner yang sebelum ini diperam disebabkan aksi hambarnya serta kecederaan, dijadikan partnership Adebayor. Beberapa pace yang dilakukannya agak baik tetapi passing macam sial jer.

Entah kenapa Bendtner ditugaskan untuk roll di sudut kiri Arsenal dan Nasri di kawasan tengah permainan. Mungkin juga Nasri ditugaskan untuk membantu di center midfield seperti mana yang kerap dilakukan oleh Hleb sebelum ini terutama apabila lawan beraksi secara bertahan.

Apa-apa pun, tiga mata penuh yang diharapkan dilangsaikan dan Chelsea yang gugur 2 mata menentang Fulham membolehkan jarak antara Arsenal dikurangkan kepada 7 mata tetapi jurang antara Arsenal dan Liverpool masih kekal 10 mata.

Gameweeks 21 harus dieksploitasikan oleh Arsenal sebaik mungkin apabila menerima kunjungan Bolton dengan mengumpul 3 mata penuh manakala Stoke yang akan menerima kunjungan Liverpool boleh la diharapkan untuk Stoke mengumpul 3 mata manakala Super Sunday iaitu MU vs Chelsea diharapkan berkesudahan seri.

Tiada ulasan: