Gila ke title post ni? hehe. Even kalah aku cakap ni sebagai turning point! Ok, kalah kepada Burnley dengan average skuad sekitar 19 tahun, aku xde nak kesah. Bagus untuk pengalaman dorang even penyudah memang teruk. Boleh juga dikatakan keeper Burnley bermain dengan baik tetapi di sudut berbeza, penyerang nampak tumpul dan kadang-kadang tu tamak, kerja nak shot 1 by 1, last-last xgol. Kalau ikut Hleb pass kat sebelah member yang free, so baru keeper terngial-gial nak kenjan bola!
Kali ni lambat gak aku buat posting..hehe. Ok beb, aku cakap game seterusnya iaitu menentang Wigan Athletic sebagai turning point disebabkan dua peristiwa hitam lepas. Menang di kempen Piala Liga dengan mengalahkan Sheffield United dan Wigan Athletic pasti berakhir dengan keputusan kalah! So next game aku rasa Arsenal akan kembali mendapat kemenangan, konsistensi dan aku yakin game menentang Wigan juga penting seperti menentang Chelsea, Liverpool mahupun MU. Ke semua game menghasilkan tiga mata apabila menang, so setiap game adalah penting bagi mengejar kejuaraan liga.
Berita daripada Arsenal.com iaitu Gallas mengalami kecederaan akan memberikan laluan kepada Toure yang fit sepenuhnya untuk game menentang Wigan. So pairing CB mana yang akan digunakan menentang Wigan? Toure-Djourou, Toure-Silvestre atau Djourou-Silvestre? Bagi aku Toure-Djourou pilihan paling terbaik! Sekiranya Wenger menggunakan formation Sagna-Toure-Djourou-Clichy, aku yakin, pertahanan kali ni cukup mantap! Dan kembalinya Toure pun xkan ubah armband pada Fabregas, so ternyata Fabregas sebagai kapten tetap dan disebabkan Toure, Gallas dan Silvestre tidak memegang armband utama, so pertarungan di posisi CB semakin menarik. Boleh dikatakan persaingan 4 penjuru atau 5 kalau Song nak menyibuk gak..hehe.
Di bahagian midfield aku menjangkakan pemain yang sama akan digunakan sewaktu menentang Chelsea tapi aku agak risau dengan tahap penurunan prestasi Denilson. Harap-harap dia akan lebih konsisten dan meningkatkan usaha untuk support Fabregas di tengah. Dan sudah pasti aksi menggila Song aku harapkan untuk game kali ni. Harap-harap mamat iklan syampoo Clairol Herbal Essential ni xmakan puji sehingga lupa diri!
So next game aku yakin 3 mata penuh menjadi milik Arsenal. Aku dah angkat van Persie dalam team fantasy sebagai kapten minggu ni, memang aku nak dia skor hatrik! hehe. Menang tipis pun xde hal la, yang penting 3 mata, tu jer...Kalau xdapat, masak nak mengejar. Yang pasti, Wenger xakan menggunakan skuad Carling yang mengalahkan Wigan aritu, mungkin beberapa jer yang join dalam bench. So pukul 11 malam, Star Sports channel 813 (pandai-pandai la korang gaduh dengan ane kat mapley jangan bagi dia buka Liver) di Emirates tapi aku layan kat Pelita SP jer la. Teringin aku nak pegi layan kat kawasan keretapi lama dengan budak-budak Arsenal. Harap-harap ada masa nanti.
3 ulasan:
bro wan..
kau tau jugak ke kat KTM K.L tu kan??
aku baca the star..
penyokong arsenal semua kat sana..
berbilang kaum lagi
(penyokong arsenal menyahut kempen kerajaan perpaduan antar kaum :) )
kau dah pernah joint ke??
teringin sangat aku nak joint kat sana..
aku nak rasakan aura kat sana
sedihnya aku kat sini tengok penyokong arsenal semakin sikit :(
Rocky 7
balik paling awal bulan 3 :(
eduardo kemungkinan balik masa vs portsmouth..
vs anak didik ( Tony Adams)
huhh..aku xpenah pegi tp teringin gk la..
tgk la ada rezeki nanti boleh la join..
wah2, rosicky ngn walcott buat perit jer nk tggu..
bln 1 ni kompem wenger cr dmf dgn winger sorg..
eduardo main blk best la tp xley pressure dia sgt..
harap finishing dia mnggila cm dulu..
Catat Ulasan