9 hari, mungkin juga 10 hari, setiap malam, Liverpool ke Barcelona, panggilan yang diterima oleh Fabregas daripada teman baik senegaranya iaitu Xabi Alonso. Pertembungan 50-50 challenge antara kedua-dua pemain di hujung babak pertama kunjungan Liverpool ke Emirates membuatkan Fabregas terpaksa diketepikan dalam tempoh 4 bulan. Mungkin ada perbualan yang dirahsiakan antara mereka, siapa tau mungkin Fabregas cuba menyunting Alonso setelah Mascherano kembali pulih dari kecederaan yang memungkinnya kurang beraksi bersama Liverpool.
Ketiadaan Hleb, Flamini dan kecederaan Rosicky yang berpanjangan, sudah pasti dia kehilangan sahabat rapat di England, cuma Alonso saja berdekatan dengannya. Sememangnya kedua-dua pemain amat rapat terutamanya apabila berlatih bersama di dalam skuad Sepanyol. Alonso yang khuatir terhadap kecederaan yang dialami oleh Fabregas tetapi Fabregas menyatakan ia adalah 'kemalangan' di dalam padang di mana kecederaan boleh berlaku tidak kira masa apabila diatas padang dan mungkin nasib tidak menyebelahinya.
Setelah 5 tahun tanpa kecederaan yang serius tetapi kali ini nasib Fabregas kurang baik dimana saingan musim ini baru saja sampai ke pertengahan tetapi disebabkan umurnya masih muda maka dia tidak memerlukan pembedahan cuma perlu menjalani proses terapi di Barcelona. Dengar nama Barcelona ni agak cuak sebenarnya! Cuba renungkan apa yang disampaikan oleh Fabregas kepada teammates:
"While I recover I will be praying for Arsenal to do well and hopefully we will be competing in the league, FA Cup and Champions League when I return."
Sementara itu pemangku kapten sementara iaitu Almunia telah menyatakan Gallas telah meningkatkan prestasinya setelah melepaskan 'beban' sebagai kapten. Dan aku bersetuju dengan Almunia walaupun kesilapannya melakukan tackle ke atas Agbonlahor di Villa Park menjadi turning point Arsenal seri.
Walau bagaimanapun kesilapan itu sudah pasti tidak disengajakan apatah lagi bolos gol kedua disebabkan kelemahan mentaliti dan marking serta covering yang membolehkan Knight menyamakan kedudukan.
Bagi aku dia sememangnya real contender walaupun melakukan beberapa kesilapan besar yang dipertikaikan samaada oleh peminat mahupun media bermula aksi di Birmingham, kantoi rokok dan mengeluarkan statemen kelemahan pemain muda Arsenal kepada umum.
“I play with so much confidence when William is in front of me. It is the same with any player but especially with William because he has won titles and has won World Cups. I have so much respect for him."
Dan mustahil January windows ni dia akan keluar dari Emirates sekiranya aksi selepas melepaskan beban yang dilihat lebih konsisten dan jika dibandingkan permainannya kebelakangan ini dengan Toure, jauh berbeza, Toure yang aku kenali sebagai tough defender bertukar kepada ping-pong yang kejap form kejap down dan sememangnya perbelanjaan ke atas Silvestre memang berbaloi di mana pairing kedua-dua pemain lebih baik dan Djourou sebagai pengancam bagi ketiga-tiga experience defender sesuatu yang positif.
“[Our form] is better, it has been different and we are improving our behaviour on the pitch. We have shown good character but I think we can still give a bit more to find the real Arsenal.
“We are coming back slowly and we have better character and better spirit but there is a still a long way to go.”
Di samping itu Almunia juga menyatakan bahawa Arsenal sekarang bukanlah seperti Arsenal dahulu dan pemain-pemain sekarang perlu 'mencari' Arsenal yang sebenar. Mungkinkah tempoh hampir 2 minggu rehat ini dengan berkemungkinan tenaga baru bakal disalurkan melalui pembelian dan pemulihan, ia adalah pada pemain itu sendiri serta Wenger.
2 ulasan:
tak leh tambah out sider bro wan..
kalau apa yang akan di terapkan blatter yaitu 6 english 5 import
mampuih lar arsenal..
dari squad yang ada sekarang nie..
cuma almunia jer english..
itu pun PR
harap2 tu xjadi la..
dlm cadangan lg tp klu buat cmtu, aku rasa epl dh xbest dh..
baik tgk la liga klu cmtu..
Catat Ulasan