Jumaat, 12 Disember 2008

Korban Boro...huhhh


Kalah lagi tapi jujurnya aku xkecewa pun. Aku xtengok game tu dan aku xtau sehambar mana game tu. Yang aku tahu kalah 2 bijik. Lantak la, dah layak, bagi la chance untuk budak-budak bench main walaupun 1st team banyak gak budak-budak.

Kalah bermaksud Arsenal akan bertemu salah satu daripada juara kumpulan dari 8 kumpulan, so Arsenal mungkin bertemu AS Roma, Panathiniakos, Barcelona, Liverpool, MU, Bayern Munich, FC Porto dan Juventus di pusingan kalah mati nanti yang akan diadakan undian pada minggu hadapan. Yang mana pilihan hati? Aku nak jumpa Juventus dulu, lepas tu Real Madrid, Villareal dan lastly jumpa Barca, so time for revenge! Jauh harapan nih!

Sebenarnya adalah satu takdir, Arsenal lebih suka mencari jalan susah, so be prepare dengan rival yang nampak kuat la, tapi yang pasti keputusannya langsung tidak mengecewakan. Sebagai contoh Arsenal kalah di Highbury 3-1 menentang Inter Milan sebelum menang di San Siro 5-1. Marvelous!

Lagi pun aku yakin sengaja Wenger biarkan kekalahan untuk menggelak bertemu Real Madrid, Inter Milan dan Atletico Madrid. Xpe, rileks jer, UCL ni xboleh suka hati nak predict sebabnya bertemu dengan pasukan di liga berlainan terutamanya dengan corak permainan berbeza dan mengharapkan pita video, aku rasa taktikal dan mental perlu kuat!

Ok lupakan la cerita di Portugal, fokus semula ke EPL. So fokus kepada pasukan yang dropkan lima point kita musim lepas iaitu Boro. Tewas di Teeside sebelum seri di Emirates di minit-minit terakhir perlawanan, sudah pasti aku dan korang nak Arsenal menang kedua-dua perlawanan di home dan away.

Memandangkan prestasi Boro musim ini tunggang langgang xmacam season lepas (lebih kurang la dengan Arsenal..hehe), so perlu ambil kesempatan ni. Dan sejak dibawah kapten Fabolous Fab, Arsenal belum tewas. So aku jangkakan kemenangan sudah pasti malam esok!

So esok jangan lupa, 8:45 malam. Pakai baju away ok sebab Arsenal main kat away malam besok..haha. 3 point pasti!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ok bro..
aku pasti pakai jersey kebanggan hati aku, semangat gunners always to make me proud to be a gonners..
boro 1
arsenal 3

Tanpa Nama berkata...

aaaarrrrgggghhhh...
geramnya aku....
draw di masa masa macam nie...
banyak peluang tapi tak menjadi..
diaby & denilson main macam tak betoi je..
itu suwei punya aliadiere berhasil balas dendam ngan gunners

Hafez Rachwan berkata...

gampang la dua ekor tu..
cam nk terajang jer aku..
sial la..
rugi 2 point..