Khamis, 7 Ogos 2008

Wenger mensasarkan 2 piala ke Emirates


Mungkin terlampau awal untuk menjangkakan sesuatu yang belum pasti tetapi meletakkan sasaran tu kan lebih baik. Wenger tampak yakin bahawa skuad yang sedia ada sekarang mampu meraih double setelah tiga tahun Arsenal gagal meraih sebarang trofi.

Sekiranya musim ini Arsenal gagal memenangi sebarang piala, ia merupakan tempoh terburuk dalam sejarah Arsenal. Kenyataan Wenger ini serba sedikit mampu menenangkan hati peminat Arsenal yang amat dahagakan kejayaan Arsenal.

Seperti skrip kejayaan double yang lepas setelah tiga musim gagal meraih sebarang trofi dan boleh dikatakan tempoh itu cukup menekan Wenger sehingga hampir melepaskan jawatannya di Highbury, kali ini Wenger menyatakan perkara sama akan berulang.

Penantian tiga musim perlu dibayar dengan harga yang mahal! Jika sebelum ini double melibatkan dua piala domestik iaitu Barclays Premier League dan FA Cup, mungkinkah ianya berubah kepada UEFA Champions League dan Barclays Premier League?

Aku sememangnya yakin Arsenal mampu meraih kedua-dua piala ini dari tamat musim lepas memandangkan kebangkitan yang ditunjukkan cuma tuah kurang menyebelahi. Aku yakin musim ini adalah musim bagi Arsenal walaupun majoriti pemain adalah diusia lingkungan awal 20-an.

"What we would define as success this season is always a difficult question to answer," ujar Wenger.


"But it is clear there are two trophies we are focused on - the Premier League and the Champions League.


"After that, the FA Cup, but we will never go seriously for the Carling Cup. Again this year we will have the same philosophy on the Carling Cup.


"The Premier League and Champions League are the trophies we will fight for."


PENGALAMAN

Mungkin itu yang hangat diperkatakan mengenai Arsenal. Adakah kesemua pemain muda ini mampu mengalas tugas ini? Adakah pengalaman sumber kejayaan?

Bagi aku ya tetapi bukan pengalaman semata-mata yang sepatutnya menjadi tunjang kejayaan tetapi bagaimana kita akan reflect untuk memenanginya!

"It is not wrong to call Arsenal a young side still, but it is wrong to call us inexperienced," tegasnya.


"Cesc Fabregas, for example, has already played in an FA Cup final, a Champions League final and also now a European Championships final, so you cannot say he has no experience."


"We want to give hope and belief to all our supporters ahead of the new season and we know we can only do that if we play our usual game full of quality."

Tiada ulasan: