Ahad, 31 Ogos 2008

Hampir Sempurna


Itu yang aku dapat perkatakan kepada aksi semalam menentang Newcastle. 7 gol dalam 2 aksi cukup untuk membuktikan kebangkitan Arsenal daripada kekalahan menetang Fulham. Dua gol yang disumbangkan melalui van Persie dan satu dari Denilson meletakkan Newcastle tewas 3-0 secara hatrik sejak dibimbing Keegan.

Gol pertama terhasil melalui sepakan penalti apabila hantaran lintang Adebayor terkena tangan Nzogbia dan disempurnakan oleh RVP. Dihujung babak pertama, gerakan dari Adebayor sekali lagi mencuri tumpuan apabila hantarannya singgah kepada Eboue sebelum pemain antarabangsa Ivory Coast melakukan back hill kepada RVP dan melepaskan siding shot menewaskan Given.

Gol ketiga bermula daripada gerakan French prodigy, Nasri sebelum melakukan hantaran kepada Adebayor yang seterusnya mengerakkan Denilson tetapi bukannya Given. Shot ke far post oleh Denilson membuatkan Given tercengang menyaksikan bola menerjah jaring.

Almunia - Tiada kerja dilakukan sangat olehnya.
Sagna - Seperti biasa, solid defend.
Toure - Sudah kembali ke tahap kecergasannya.
Gallas - Berjaya mengekalkan motivasi pasukan.
Clichy - Kredit kerana mengawal kawasan kiri Arsenal cukup baik.
Fabregas - Bagai Zidane yang mempengaruhi permainan Perancis.
Denilson - Promising partner dengan Fabregas.
Eboue - Great assist dan perlu lebih membantu seranganlebih kerap.
Nasri - Mengagumkan!
Adebayor - Impak sebegini yang aku mahukan darinya.
RVP - Manusia perlawanan, aku harap gol dia tidak dibayar mahal!
Song - Impak dia sebagai CM membantu serangan dan pertahanan.
Vela - Debut pertama, nampak ok.
Walcott - Macam biasa, suka bermain wide tapi gagal menemui penanduk (Adebayor).

Tiada ulasan: