Kali ni Wenger memang gamble. Signing terbaru Amaury Bischoff daripada Werder Bremen memang agak mengusarkan. Bischoff baru sahaja selesai melakukan pembedahan mungkin memerlukan sekitar tiga bulan untuk kembali beraksi. Adakah ini berbaloi?
Pemain ini yang dilaporkan enggan menyambung kontrak bersama Bremen setelah hanya sekali bermain dengan skuad senior Bremen sememangnya ingin keluar daripada Bremen. Tengoklah ko pakai no 75, patut tak dapat beraksi bersama skuad senior.
Pemain berusia 21 tahun ini berasal daripada Perancis sebelum menukarkan kerakyatannya kepada Portugal. Bischoff akan memakai no 28 di dalam skuad Arsenal. Wenger kalau dah minat, injurd pun dia sebat, kasi treat kat medical Arsenal pastu ok la kut!
Pemain ini yang dilaporkan enggan menyambung kontrak bersama Bremen setelah hanya sekali bermain dengan skuad senior Bremen sememangnya ingin keluar daripada Bremen. Tengoklah ko pakai no 75, patut tak dapat beraksi bersama skuad senior.
Pemain berusia 21 tahun ini berasal daripada Perancis sebelum menukarkan kerakyatannya kepada Portugal. Bischoff akan memakai no 28 di dalam skuad Arsenal. Wenger kalau dah minat, injurd pun dia sebat, kasi treat kat medical Arsenal pastu ok la kut!
Malam yang cukup membuatkan pengkritik bola sepak tergamam dengan polisi Wenger yang akan menggunakan kudrat pemain muda bagi musim akan datang. Dengan muka-muka pemain senior yang beraksi pada perlawanan pertama setelah rehat yang panjang dan ada di antara mereka yang terlibat dengan EURO'08 dan ada juga yang bersantai dengan keluarga, teman serta melihat hot-hot girl di tepi pantai.
Perlawanan ini merupakan debut kepada hot prospect signing terbaru Arsenal iaitu Samir Nasri dan juga debut bagi baju away yang tribute kepada kejayaan Arsenal sewaktu musim 1989. Baju away ini telah dilancarkan penjualannya di Emirates hari ini secara sah. So sapa beli awal tu black market la..hehe.
Kesebelasan Arsenal yang diturunkan terdiri daripada Almunia, Sagna, Clichy, Gallas, Djourou, Eboue, Walcott, Denilson, Nasri, v. Persie serta Adesayur. Memang terserlah kekurangan di separuh masa pertama terutamanya daripada hantaran dan penyudahan.
Kali ini Wenger buat eksperimen lagi. Aku ingatkan Nasri berpasangan dengan Denilson ditengah manakala v. Persie di wing kiri manakala Walcott bergandingan dengan Adesayur tetapi meleset apabila Eboue menjadi defensive midfielder, Nasri di kiri, Theo di kanan manakala v. Persie dibelakang Adesayur.
Itu la, korang rest banyak sangat. Pujian aku berikan terutamanya kepada Theo Walcott dan Djourou di separuh masa pertama yang menampakkan perubahahan mendadak. Cukup bertenaga kualiti pemainan kedua-dua pemain ini.
Separuh masa pertama melihatkan beberapa percubaan yang hampir memboloskan gawang Jens Lehmann bersama pasukan baru tapi takde la baru sangat. Chip yang dilakukan oleh v. Persie dengan harapan nak melemaskan Lehmann tidak berjaya sebelum kuisan keluar yang menarik daripada bekas pemain Arsenal ini melalui percubaan Theo Walcott diselamatkan.
Boleh dikatakan sparuh masa pertama menunjukkan kehebatan Lehmann dengan beberapa aksi tangkas dan ini sendiri diakui oleh Wenger dimana Lehmann merupakan penjaga gol terbaik Arsenal dalam sejarah kelab.
Di gawang Arsenal nampak Almunia agak rehat disebabkan coverage yang banyak dilakukan oleh Clichy dan Djourou banyak menghalang lawan daripada percubaan tepat ke pintu gol. Cuma sekali Almunia benar-benar diuji melalui rembatan Marica tetapi berjaya ditepis keluar olehnya.
Di babak kedua melakukan beberapa pertukaran. Macam biasa, hero kena dulu la. Jaringan oleh Basturk yang melakukan duaposen kat Gallas membuatkan Fabianski terbang angin. 7 minit jer dh dapat gol penyamaan. Gerakan daripada Bendtner sebelum melakukan lorongan cantik kepada Vela dengan mudahnya dia mengelecek Lehmann sebelum melepaskan sepakan kaki kanan.
Selang tujuh minit selepas itu gerakan yang dimulakan oleh Bendtner sebelum pemain tinggi dan besar ini bermain 1 2 dengan Vela dan melepasi pertahanan Stuggart sebelum rembatan dilepaskan menewaskan Lehmann untuk kali kedua. Memang keserasian antar kedua-dua pemain ini cukup mengujakan.
Kemasukan pemain muda berbakat berusia 16 tahun iaitu Jack Wilshere yang menggantikan Samir Nasri sememangnya membuahkan hasil. Gerakan yang dimulakan oleh Gael Clichy dari kiri padang sebelum melepasi tiga pemain Stuggart melakukan hantaran sempurna kepada Wilkshere yang tidak dikawal sebelum pemain muda ini melakukan tapping sempurna dan half voli yang menewaskan Lehmann untuk kali ketiga.
Dari siri perlawanan persahabatan yang dilakukan menampakkan pemain muda Arsenal cukup bersedia untuk memberikan impak terbaik untuk pasukan. Antaranya Theo Walcott, Nicklas Bendtner, Carlos Vela dan Jack Wilshere. Pemain senior pula memerlukan masa untuk mendapatkan fitness terbaik bagi mengharungi Emirates Cup dan Amsterdam Tournament sebelum mengheret kejayaan di musim depan. Aku juga yakin siri pra-musim ini sudah cukup membuatkan ramai pihak tidak akan memandang sebelah mata keupayaan Arsenal.
Dah setel pun proposal aku, tiba masa nak borak-borak pasal Arsenal. Berita terkini mengenai undian pusingan ketiga UEFA Champions League menyaksikan Arsenal bertemu pasukan daripada Belanda iaitu FC Twente.
Kalau tak silap aku lambang pasukan ni ikan ala-ala nemo kaler oren. Pasukan ini dibimbing oleh jurulatih paling buruk dalam sejarah England iaitu Steve Mclaren. Agak-agak camner si pemalas ni akan handle game bertemu Arsenal.
Aku rasa takde masalah langsung untuk berada di pusingan keempat di mana draw seterusnya akan dilakukan untuk menentukan 8 kumpulan terakhir. Berikut merupakan keputusan undian yang telah dilakukan kira-kira sejam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan