Belum pun kekecewaan ditewaskan MU, kini Arsenal menerima nasib yang lebih malang apabila Eduardo digantung 2 perlawanan Liga Juara-juara Eropah oleh UEFA. Ini bermakna satu lagi pertimbangan UEFA dipertikaikan. Ok, jika dilihat pada tayangan aksi menentang Celtics, kita dapat melihat situasinya mungkin diibaratkan dive oleh Eduardo. Mungkin juga dia menggelak daripada terkena asakan Boruc ke posisi kecederaan ngerinya pada dua musim lepas, siapa tau. Tapi mungkin juga UEFA cuba untuk bertegas mengenai isu dive ini tetapi aku cukup kesal, kenapa sekarang? Bukan dahulu lagi, bola sepak sudah lama berada di muka bumi ini. Tak perlu aku sebutkan pemain-pemain yang mengharapkan ihsan pengadil kerana korang pun sedia maklum.
Jendela perpindahan sudah tertutup yang bermakna cuma Varmaelan yang diadaptasikan ke dalam skuad dan melepaskan Toure dan Adebayor ke seteru liga iaitu Manchester City. Mungkin situasi di OT belum cukup membuatkan Wenger teruja untuk berbelanja tambahan pula kemenangan bergaya di Merseyside, Scotland dan Emirates. Juga kekalahan nasib di tangan MU menguatkan firasat aku bahawa Wenger tidak akan berbelanja lagi. Apa-apa pun, aksi mantap di bahagian pertahanan yang selama ini goyah kembali stabil setelah Gallas berjaya mempamerkan aksi terbaiknya bersama Varmaelan, Clichy dan Sagna.
Undian pusingan keenam Carling Cup yang akan menyajikan skuad muda yang bakal beraksi pada pertemuan pertama menentang West Brom di Emirates di mana mungkin muka-muka baru bakal diperkenalkan. Jika tahun lepas Vela, Simpson, Bendtner dan Wilshere dilihat mampu memberikan impak positif kepada skuad utama, musim ini aku berharap agar pemain seperti Emmanuel Frimpong, Sanchez Watt, Luke Freeman, Gilles Sunu dan Emmanuel Jay Thomas diperkenalkan kerana aku percaya mereka cukup berkualiti untuk diketengahkan. Dalam tempoh 4 tahun, Arsenal sudah berada sekurang-kurangnya di kedudukan suku akhir, berkembangan cukup positif bagi pasukan.
Jadi musim ini bakal menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar. Dan kemungkinan besar kembalinya pemain-pemain yang cedera setelah tempoh rehat sehingga minggu hadapan, aku jangkakan Fabregas bersama-sama Walcott dan Rosicky bakal menyertai pasukan. Diharapkan juga musim ini kuantiti pemain yang mengalami kecederaan panjang akan bakal dipositifkan kembali, ini masalah utama yang membantutkan pergerakan Arsenal beberapa musim lepas. Ok, jumpa lagi untuk post seterusnya!

2 ulasan:
OK bro..
nanti aku posting time Man. C vs Arsenal..
suwey punya Dhalsim
hehe..suwey2 pn dia dpt panggil si domenech utk france, gila gk si tua tu skrg ni sejak zidane xde..huhu
Catat Ulasan