Selasa, 21 Julai 2009

Yeah, aku masih lagi di sini lagi

Agak lama aku tinggalkan blog ini untuk berkongsi cerita mengenai Arsenal, apatah lagi aku terpaksa melepaskan tugas kepada Qsheira untuk menyambung penulisan di blog ini. Terima kasih sangat kerana memperuntukkan masa anda untuk blog ini. Dan kali ini aku cuba menulis mengenai Arsenal, aku cuba abaikan isu-isu perpindahan pemain yang dijangkakan ke Arsenal yang sememangnya tak terlayan dan lebih memberikan pengharapan yang kadang-kadang tu sia-sia dan tidak realistik. Abaikan tawaran mengila dari Real Madrid dan Manchester City sebaliknya kita perlu lebih fokus kepada pasukan kita sendiri.


Sesi pra-musim Arsenal telah berjalan di mana aksi pertama diadakan di Barnet dan keputusannya cuma seri 2-2 tetapi positifnya aksi ini digunakan sebagai langkah permulaan bagi Wenger menyediakan pasukan cukup mantap musim hadapan ditambahkan 10 pertukaran di masa kedua untuk melihat prospek yang bakal dijana dari skuad muda Arsenal. Jika diimbas aksi pra-musim lepas, perancangan pasukan agak terganggu apatah lagi kecederaan pemain utama seperti Eduardo dan Rosicky diikuti dengan kempen Euro’08. Tambahan pula signing waktu itu seperti Ramsey dan Nasri dalam proses menyesuaikan diri dengan pasukan. Impak kecederaan yang dialami Eduardo, Rosicky, Fabregas dan Adebayor telah merencatkan kempen liga sehinggakan Wenger terpaksa mencari sumber tambahan di bahagian hadapan dan akhirnya kehadiran Arshavin yang belum berada di kemuncak prestasi sebenar masih mampu membantu Arsenal bersaing di dalam kelompok elit EPL.


Walaubagaimanapun, individu seperti Nasri dan van Persie telah menjana kekuatan masing-masing di dalam pasukan apatah lagi musim pertama bagi Nasri sememangnya amat mengagumkan. Merencana serangan, menambahkan kreativiti untuk musim pertama di dalam sesebuah pasukan bukanlah kerja mudah. Dan musim lepas merupakan musim terbaik van Persie di Arsenal, menjadi penjaring terbanyak kelab, mendapat tahap fitness yang amat baik dan menjadi tunggak kepada pembentukkan pasukan muda, dia sememangnya menunjukkan kematangan di dalam pasukan. Paling ketara adalah fungsi Alex Song di dalam pasukan, bermula sebagai individu yang tidak dikenali latar belakangnya, sehinggalah disunting Wenger menjadi watak yang cukup menonjol prestasinya tetapi dia masih perlukan bimbingan watak-watak berpengalaman di sampingnya dalam membentuk kematangan pada kariernya.


Cuma sehingga ke hari ini, aku masih hairan berapa jumlah yang mampu dibelanjakan Wenger untuk menguatkan pasukan. Jika dihitung pada kedudukan liga musim lepas, diikuti beraksi sehingga separuh akhir FA Cup dan Champions League, aku menjangkakan Wenger sepatutnya memperolehi bajet paling kurang 30M Pounds untuk dibelanjakan bagi musim ini kerana perlu diingat, ganjaran berada di suku akhir Champions League sekali pun amat banyak jumlahnya. Jika dikatakan jumlah kewangan ini disalurkan kepada pengurusan kewangan kelab bagi membayar tunggakan hutang pembinaan Emirates, adakah jumlah kutipan penjualan tiket, penjenamaan, penyiaran, loteri dan cenderahati itu tidak cukup untuk membayar penjanjian bayaran tahunan, apatah lagi tiket di Emirates telah dinaikkan harganya. Dan ekstra daripada penjualan Hleb ke Barca, Arsenal akan memperoleh 2.5M Pounds untuk setiap piala dimenangi Barca cuma aku tidak pasti berapa lama perjanjian ini tetapi kejayaan treble Barca ini sekurang-kurangnya membolehkan Arsenal meraih 7.5M Pounds. Hairan bukan.


Kepada Thomas Vermaelan yang sebelum ini beraksi di Ajax Amsterdam telah pun menandatangani kontrak bersama Arsenal dengan yuran perpindahannya dikatakan 10M Pounds, aku ucapkan selamat datang dan tahniah kerana menjadi sebahagian pembentukan The Gunners pada musim hadapan. Yang menjadi persoalan sekarang adakah kehadiran Vermaelan mampu membantu pertahanan Arsenal untuk musim hadapan yang dilihat agak rapuh musim lepas terutamanya di bahagian set-pieces. Dengan ketinggian sekitar 1.80cm, dia bukanlah pemain ideal untuk berada di posisi center back tetapi aku meletakkan harapan yang tinggi dan perlu diingat faktor ketinggian bukanlah memainkan peranan utama untuk menjadi CB yang terbaik, sebagai contoh, fizikal Puyol yang lebih kepada full back tetapi masih mampu beraksi cemerlang di posisi CB. Mungkin itu perlu dilakukannya. Dan seperti musim-musim sebelum ini, Wenger pastinya melepaskan pemain utamanya ke pasukan lain. Kali ini Wenger bersedia menyerahkan Adebayor kepada pasukan paling gila transfer di EPL iaitu Manchester City dengan yuran perpindahan sebanyak 25M Pounds. Dengan Adebayor dilihat semakin hilang semangat di Arsenal, lebih celik mata membicarakan wang dan telah gagal mendapatkan sokongan peminat, adalah lebih baik untuk Wenger melepaskannya.


Walaupun cuma seorang sahaja pemain masuk dan keluar tetapi kehadiran semula Rosicky di dalam pasukan setelah mengalami mimpi ngeri di dalam kariernya selama 18 bulan dan Eduardo yang hampir cergas sepenuhnya daripada kecederaan patah kaki yang dialaminya, sudah pasti kelibat kedua pemain ini bakal menjana kreativiti di bahagian serangan dan sekurang-kurangnya Arsenal juga bagaikan mendapat dua pemain baru secara serentak untuk musim hadapan. Dan aku di sini mengharapkan igauan ngeri mereka ditamatkan serta merta dan kembali menjalani karier mereka dengan sebaik mungkin di Arsenal. Dengan komitednya van Persie dan Walcott setelah memperbaharui kontrak serta kesetiaan Fabregas untuk melangsaikan hutangnya kepada Arsene dan Arsenal yang sememangnya membantu menjadikannya antara pemain terbaik dunia, tiba masanya untuk kita mengharapkan pencapaian yang lebih baik musim hadapan dan pastinya menamatkan kemarau penantian trofi utama yang sekian lama. Sekiranya Wenger berjaya mendapatkan seorang pemain defensive midfield yang baik, aku pasti, Arsenal pasti lebih mantap dengan gabungan pemain muda yang berpengalaman dan berkualiti kerana aku percaya mereka telah menempuh tempoh yang begitu sukar sejak beberapa tahun ini dan inilah masa terbaik untuk membuktikan skuad yang sedia ada cukup kuat untuk bersaing sama ada di dalam kejohanan domestik atau pun Eropah.


Adios, bertemu di penulisan berikutnya. Terima kasih aku ucapkan atas kesudian korang mengikuti perkembangan blog ini.

Sekian,

Rachwan

4 ulasan:

Gunners & Roses berkata...

welkam bek bro... but we'll miss Nasri...

Tanpa Nama berkata...

welcome2..nasri injured daa..patah kaki..out for 3 months..huhu..

Hafez Rachwan berkata...

ok bro, aku akan tulis dr rumah, dtg ofis just posting la..hehe

tu la, terkejut aku, xpela,doakan dia cepat sembuh, nasib just minor injury jer..

Hafez Rachwan berkata...

ok bro, aku akan tulis dr rumah, dtg ofis just posting la..hehe

tu la, terkejut aku, xpela,doakan dia cepat sembuh, nasib just minor injury jer..