Dengan tempoh permulaan musim tinggal kurang daripada sebulan lagi, Arsenal menerima berita yang kurang enak dalam mencaturkan pasukan lebih mantap musim hadapan setelah Samir Nasri mengalami keretakan di tulang betis yang dipercayai berpunca daripada fight ball antara dia dan Abou Diaby. Bongok betol la Dalsim ni! Secara rasminya Cowin Lewin iaitu physio Arsenal menjangkakan Nasri bakal berada di sideline antara dua hingga tiga bulan.
Sekiranya Arsenal berjaya layak play-off liga Juara-Juara Eropah untuk memasuki pusingan kelayakan dalam kumpulan, ini bermakna Nasri akan terlepas sekurang-kurangnya tiga perlawanan di dalam kumpulan. Dengan Wenger cuba meletakkan Nasri di bahagian defensif midfield sehinggalah kecederaan ini berlaku, ini mungkin antara faktor untuk Wenger kembali ke dalam lubok perpindahan musim panas dalam mencari pemain defensif midfield yang bakal digandingkan bersama Fabregas.
Tapi inilah resam bolasepak, ada saja perkara yang berlaku tanpa kita jangkakan. Aku di sini mengharapkan Nasri akan cepat sembuh dan kembali menyarung jersi Arsenal. Kecederaannya mengigatkan aku mengenai kecederaan dialami John Terry sewaktu challenge 50-50 antara dia dan Eboue yang memaksa Terry diketepikan Chelsea untuk tempoh 3 bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan