Khamis, 12 Mac 2009

Nyaris tak tertanggal jantung aku..hahaha


Highlights : [Mediafire]
Full Penalty Shoot Out : [Part 1 : Rapidshare] [Part 2 : Rapidshare]

Akhirnya Arsenal berjaya menyaingi Liverpool, Chelsea dan Manchester United ke suku akhir UEFA Champions League walaupun tripnya agak lewat yang penuh dengan debaran serta kecut perut abis. Aku memang dah rasa semacam bila perlawanan berlanjutan kepada sepakan penalti nak pula pemain muda Arsenal pada kali pertama beraksi di dalam aksi penentuan penalti ditambah pula dengan kekuatan semangat gladiator Rome di sebalik tabir padang, tetapi skuad muda Arsenal berjaya menyerap segala tekanan bagi memastikan ke semua peminat Arsenal tidak lagi kecewa.

Dua piala yang masih available bagi Arsenal semakin didekati dengan kedua-dua piala ini telah meletakkan Arsenal di suku akhir, sekiranya kemenangan di Emirates menentang Hull City 18 April ini, sudah pasti Arsenal berada di separuh akhir dan menanti Chelsea di Wembley. OK, aksi semalam bukanlah yang terbaik bagi Arsenal dengan corak passing dari kawasan tengah ke kawasan Roma yang kerap kali tersangkut walaupun berjaya menguasai possession ball. Jumlah sepakan bola mati yang berlambak sama ada daripada sepakan penjuru mahupun sepakan percuma bagaikan tiada fungsinya, langsung tidak membahayakan Roma.

Seawal minit ke 9 lagi, pintu gol Arsenal sudah dirobek. Melalui simple cross, kegagalan marking oleh Gallas dan Toure membuatkan Juan yang tidak dikawal mudah melakukan tapping menewaskan Almunia. Cubaan mencari gol penyamaan yang sama sekali mematikan langkah Roma langsung tidak berjaya, jumlah peluang serangan yang dilihat cukup tidak efisien dengan kegagalan mengawal bola dengan baik.

Bendtner, pemain paling mengecewakan. Pengawalan bola dilihat cukup lemah, mudah melepaskan bola yang membolehkan Roma mematahkan serangan Arsenal. Eboue yang berada di flank kanan bagai tiada fungsinya, berbeza dengan aksi menentang Burnley, begitu juga Diaby yang bertindak sebagai perancang Arsenal yang tidak berjaya menghasilkan banyak peluang untuk disudahkan pemain hadapan Arsenal cuma Denilson, aksinya solid yang kerap mematahkan serangan Roma dengan clean tackle haruslah diberi pujian. Ini adalah antara perlawanan yang menyaksikan aksi defensif Denilson semakin baik.

Tindakan Wenger mengeluarkan Eboue dan Bendtner di minit ke 75 serta 86 dengan memasukkan Walcott dan Eduardo untuk mencari sekurang-kurangnya satu gol adalah suatu langkah yang betul setelah melihat pemain-pemain Roma semakin keletihan. Ramai yang mempertikaikan kenapa Walcott dan Eduardo tidak diletakkan di dalam kesebelasan utama, puncanya satu, memastikan kedua pemain ini tidak terkena impak permainan fizikal Roma dari awal permainan sebaliknya memasukkan kedua-duanya dilewat permainan bagi menggunakan keletihan pemain Roma sebagai suatu keletihan tetapi kegagalan Diaby beraksi dengan baik menyebabkan impak kedua-dua pemain ini terbatas.

Tamat 90 minit, aggregate kekal 1-1, begitu juga di masa tambahan selama 30 minit. Maka penentuan sepakan penalti diperlukan bagi menentukan siapakah bakal mengiringi 7 pasukan yang layak ke suku akhir dan gagal. Eduardo, van Persie, Walcott, Nasri dan Denilson diletakkan sebagai 5 pengambil sepakan pertama. Bagaikan hilang jantung, sepakan penalti pertama yang diambil oleh Eduardo berjaya diselamatkan oleh Doni. Pada waktu ini aku memang tidak tenteram, khuatir sekiranya Arsenal gagal ke suku akhir, sudah pasti mimpi ngeri Eduardo kembali datang. Kelebihan Roma diteruskan oleh David Pizarro meletakkan kedudukan 0-1 untuk sepakan pertama.

van Persie sebagai pengambil sepakan kedua mudah menewaskan Doni di sudut kanan Doni dengan kencang. van Persie cuba menenangkan Eduardo dengan mein-main hidung Eduardo..haha. Vucinic yang cuba untuk mengumpan Almunia untuk lari ke posisi yang salah seperti kerap dilakukan Zidane akhirnya memakan diri apabila sepakan perlahannya mudah diselamatkan Almunia. Walcott sebagai pengambilan sepakan penalti ketiga Arsenal nyaris kembali meletakkan Arsenal di dalam keadaan merbahaya tetapi disebabkan sepakannya agak kencang, tampanan Doni gagal memastikan bola keluar dari menerjah jaring. 2-1, tekanan berada di pihak Roma pula.


Pengambil sepakan ketiga Roma dan juga bekas pemain pinjaman Arsenal iaitu Julio Crabtista [hahaha] merembat kencang di kawasan sudut kiri Almunia walaupun Almunia cuba hipnosis [betul ke eja? hahaha] Craptista dengan jeritan yang agak kuat tetapi tiada kesannya untuk Crabtista. 2-2. Nasri mudah menewaskan Doni di sudut kiri Doni setelah 3 kali sepakan penalti Arsenal terarah ke sudut kanan Doni. 3-2. Montella kembali menyamakan kedudukan 3-3.

Sampai ke part klimaks, sepakan kelima! Denilson mudah menewaskan Doni, sepakan penalti yang bagi aku perfect, memang tepat ke kawasan sudut sukar bagi penjaga gol. Tetapi Roma hantar Totti daaa, memang kompem 4-4. Ni part paling gerun setelah 5 sepakan terawal, satu kesilapan sudah pasti tersingkir. Toure yang melihat ke belakang setelah set ball cuba mengelak dihipnosis mudah menewaskan Doni dengan gol yang kencang. Aquilani, defensif midfield Roma yang masuk menggantikan Taddei, memang aku jangkakan dia akan teruskan penentuan penalti. 5-5!

Dah sampai part defend ni memang kecut perut beb, Sagna, pengambil sepakan keenam Arsenal. Kalau korang layan kat youtube video Arsenal Cross Bar Challenge, memang Sagna sepak melalut abis, tapi bagi penalti kali ni, aura rambut mop dia buatkan Doni hilang langkah. Cun la Sagna! 6-5, tekanan kepada Roma. Risse, ex-Liverpool, memang aku jangkakan dia bakal skor penalti ni, al-maklum la, Liverpool, memang power penalti ni. 6-6!

Diaby, akhirnya buatkan aku tersenyum, yeah gol ketujuh Arsenal setelah 8 sepakan. Dan akhirnya Tonetto menamatkan perjalanan Roma di dalam UEFA Champions League apabila sepakan drop ball dia, opppsss penalti, akan kasik 3 mata dalam aksi ragbi tetapi dalam bola sepak, Roma pasti tersingkir! Cuba lagi.


Mungkin korang rasa macam Arsenal menang sebagai nasib, memang aku akui penentuan penalti lebih kepada nasib tetapi nasib juga merupakan takdir sesuatu yang telah ditentukan dan kali ini nasib Arsenal lebih baik setelah beberapa tahun kempen Arsena di dalam liga juara-juara Eropah tersingkir disebabkan nasib kurang menyebelahi Arsenal. Tetapi kita perlu bersyukur, sekurang-kurangnya kita berjaya ke suku akhir dengan pasukan cukup muda dan pasukan paling budget gila.

Kalau mempertikaikan sangat aksi hambar semalam, jangan terlalu kejam. Bayangkan 81 ribu penonton, berapa sangat geng Maidstone Arsenal Supporter Clubs ke Rome, berapa sangat yang pergi sendiri, berapa pula jumlah penyokong Roma? Boleh dikatakan 90% vs 10%, so agak sukar beraksi dengan baik, nak pula sokongan dari belakang pemain [peminat] hampir lenyap di Stadio Olimpico, cuma kekuatan mental pemain yang ditagih. Dengan skuad muda, memang agak mustahil tetapi di dalam Arsenal, tiada yang mustahil. So harapan kita untuk menamatkan kesanggapan meraih UEFA Champions League semakin cerah ditambah pula saingan selepas ini bakal menyaksikan ke semua pemain yang tercedera sebelum ini bakal kembali menyertai pasukan. Adios!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

engkau nak jumpa sapa Arsenal kat quarter nanti??
aku rasa mesti jumpa Barca..
sebab UEFA nak tarik penonton lebih..
jadi dapat duit lebih..
politik cari duit lebih sekarang yang paling penting..

Hafez Rachwan berkata...

xkesah tp klu bley xnk jmpa team epl, bosan la, sbb fa cup cm ada chance nk jmpa chelsea n mu tp aku lebih suka klu dpt jumpa bayern, layan bayern best gk, yer lah,mng besar, so nk tgk cmne dorg lwn arsenal..simpan barca kt final klu nyawa panjang..