Permainan pantas, dinamik, aksi fizikal dan corak permainan total football menghiasi White Hart Lane yang dibanjiri 19,040 penonton melalui perlawanan local derby FA Youth Cup antara Spurs dan Arsenal. Terhibur, memang terhibur, aksi sebegini mengigatkan aku perlawanan di antara Arsenal dan Manchester United November lalu, sememangnya berbaloi aku streaming awal pagi tadi dengan corak menyerang dan menghiburkan untuk tempoh 90 minit.
Pemain-pemain seperti Frimpong, Jay Thomas, Sunu, Coquelin, Sanchez Watt dan Wilshere sememangnya mengujakan. Frimpong yang berusia 17 tahun membuatkan aku yakin, mungkin tempoh 3 tahun nanti dia bakal role posisi defensive CM Arsenal, tak mustahil aksi Carling Cup musim depan dia bakal berada di dalam skuad Arsenal setelah menandatangani professional kontrak pada 13 Februari lepas. Ketangkasan tackle dilakukannya sememangnya menarik, mungkin 5% saja aksi semalam yang menyaksikan tacklenya tidak solid.
Berbalik kepada aksi awal pagi tadi, Spurs terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-6 melalui Obika yang menerima hantaran daripada Townsend tetapi gol awal itu bukanlah kelebihan kepada Spurs sebaliknya ia menjadi inspirasi kepada junior Gunners menyerang bertubi-tubi ke kawasan Spurs yang memaksa Spurs lebih banyak bertahan. Usaha mencari gol penyamaan di separuh masa pertama gagal.
Minit ke-6 separuh masa kedua, melalui sepakan penjuru Coquelin berjaya dilangsaikan oleh Bartley yang juga merupakan gol pertamanya untuk Arsenal. Keghairahan Arsenal di separuh masa kedua berterusan dengan Spurs mencuba untuk menyerang melalui counter attack tetapi ianya digagalkan oleh Frimpong di tengah padang dan Ayling di kiri pertahanan Arsenal.
Sunu yang kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan lawan akhirnya dikeluarkan dan digantikan oleh Murphy di minit ke-86 setelah mengalami kecederaan di ankle. Dan usaha serangan Arsenal berbaloi di minit ke-90 yang bermula dari tengah padang oleh Wilshere sebelum Sanchez Watt melakukan hantaran kepada Jay Thomas iaitu kapten Arsenal yang berjaya merembat kencang di luar kotak penalti menewaskan Oscar Jansson.
Spurs yang terdesak untuk mencari gol penyamaan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan akhirnya melakukan kesilapan yang membolehkan Arsenal mengajar corak permainan counter attack yang sebenar. 18 saat sebelum masa sebenar tamat menyaksikan Murphy melakukan penyudah yang baik menewaskan Jansson.
Daripada aksi ini, aku merasakan perkembangan junior Gunners semakin memberangsangkan, jika dilihat pada starting line up Arsenal, kita mungkin menjangkakan Wilshere paling menyerlah tetapi tonggak sebenar adalah Frimpong, Coquelin dan juga Jay-Thomas yang memastikan jentera Arsenal bergerak dengan cukup baik. Aku yakin mereka-mereka ini mempunyai peluang yang cukup cerah untuk berada di dalam first squad nanti.
Kemenangan ini merupakan ulangan kejayaan Steve Bould yang pernah membawa Arsenal ke semi final 3 tahun lepas dan aku berharap dia mampu membawa Arsenal memenangi FA Youth Cup ini seperti yang dilakukan oleh Pat Rice sebanyak 3 kali. Dan aksi di separuh akhir nanti berkemungkinan Arsenal bertemu Manchester City atau Norwich City yang akan dilangsungkan Sabtu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan