Berakhirnya musim perpindahan Januari, maka fokus Arsenal sekarang adalah kembali mendapatkan 3 mata penuh setelah meraih 3 keputusan seri berturut-turut dan pertemuan menentang Spurs Ahad ini amat ditunggu-tunggukan. Aksi di Emirates pada pusingan pertama berkesudahan dengan keputusan seri 4-4 setelah Arsenal mendahului 4-2 sebelum di samakan jaringan oleh Jenas dan Lennon.
Ok itu cerita lepas dan kalau nak buka lembaran sejarah balik pun Spurs bukanlah lawan yang kuat untuk Arsenal, cuma dan cuma seteru setempat sahaja, apatah lagi dalam tempoh 5 tahun ini hampir 120 millions pound dibelanjakan mereka dalam cubaan nak membina pasukan mantap tapi sememangnya sia-sia, mengutip pemain-pemain yang berdasarkan nama bukannya kualiti dan ini diakui sendiri oleh Harry Redknapp.
Bentley seperti biasa menjadi sasaran utama penyokong Arsenal apabila kerap kali menimbulkan kontroversi setelah gagal beraksi bersama Arsenal malahan tidak bersyukur dengan kelab yang pernah membimbingnya, tapi apakan daya, manusia mudah lupa. Tapi manusia sebegini adalah sampah, apa yang diberikan olehnya kepada Spurs musim ini setelah berpindah dari Rovers dengan yuran perpindahan sebanyak 15 millions? Tiada bukan!
Kelantangan Dawson mengatakan Spurs mampu menewaskan Arsenal mengingatkan aku kepada Ballack yang bersuara sedemikian rupa sebelum Arsenal berkunjung ke Stamford Bridge, hasilnya, lu pikir la sendiri. Zokora, seronok mengatakan dia menolak pelawaan Arsenal disebabkan lebih berminat untuk beraksi bersama Spurs, siap cakap Real Madrid mahukan dia, aduhai, busuk la mulut ko!
Yeah, individu yang kerap dicaci, anak kesayangan Wenger; Eboue menyatakan dia cukup fit untuk beraksi Ahad ini dan menyatakan dia akan memastikan Arsenal menang untuk menghargai peminat, harap-harap camtu la, tapi aku sebenarnya dah bosan dengan janji camni, peminat bukan hendakkan kedudukan form pemain pada 1 permainan saja dan kemudiannya 5 game seterusnya dicemuh tetapi peminat mahukan konsistensi prestasi pemain secara berterusan! Diaby sudah pasti tidak beraksi disebabkan kecederaan dan penggantungan.
Deal di saat akhir di mana Arsenal berjaya mendapatkan Arshavin manakala Spurs mengembalikan Keane di White Hart Lane dengan memberikan armband sememangnya menjadi tumpuan. Keane yang mengalami penurunan prestasi ketika bersama Liverpool manakala Arshavin yang tidak beraksi secara kompetitif sejak November lepas mungkin belum dipastikan akan berada di dalam skuad utama atau tidak, bergantung kepada tahap kecergasannya nanti.
Peminat kedua-dua pasukan sudah pasti mahukan kedua-dua pemain ini beraksi sejak tiupan wisel pertama lagi setelah menunggu sekian lama kedua-dua pemain ini berada di dalam pasukan masing-masing. Siapa bakal beraksi diposisi CM Arsenal? Denilson, Ramsey, Song atau Arshavin? Nasri-Arshavin-Song-Vela aku jangkakan lebih baik digunakan pada aksi ini bagi mengimbangi rentak menyerang dan bertahan. Tetapi gerak hati aku merasakan Eboue-Denilson-Song-Nasri akan berada ditengah pada permulaan permainan.
Prestasi Adebayor yang hambar, buruk dan huduh kebelakangan ini merumitkan pencarian gol, cuma prestasi kemuncak van Persie membuatkan Arsenal masih mampu memberikan harapan tetapi aku percaya game ini kita akan dapat menyaksikan Adebayor kembali menjaringkan gol. Nak beli Arshavin kat fantasy masih tak pasti dia main ke tak, gameweeks seterusnya la. Prediction aku Spurs 1 - 2 Arsenal.
Provisional Spurs squad:
Cudicini, Gomes, Alnwick, Corluka, Dawson, Woodgate, Assou-Ekotto, Chimbonda, Lennon, Huddlestone, Jenas, Zokora, Modric, Keane, Pavlyuchenko, Campbell, Bent, Bale, Taarabt, Rocha, Giovani, Gunter.
Provisional Arsenal Squad:
Almunia, Sagna, Gallas, Toure, Clichy, Nasri, Denilson, Song, Eboue, Adebayor, Van Persie, Fabianski, Djourou, Gibbs, Wilshere, Vela, Bendtner, Ramsey, Arshavin.