Jumaat, 7 November 2008

Sonotron, Preview Gameweeks 12


Hari Rabu malam Khamis kaki aku terpeleot, senang cakap tergeliat la. Hari ni aku ke Pusat Kesihatan Universiti aka PKU untuk dapatkan rawatan. Dah tentu jalan capik-capik, ankle aku dah bengkak, nampak gemuk buku lali kiri dari kanan. Sinaran sonotron, best-best. Panas-panas, dan xperlu la diurut oleh dukun Rogayah yang tentu mengeluarkan air mata tahan sakit punya pasal. Aku rasa medical Arsenal pun guna menatang laser sonotron ni, patut la lebam-lebam dorang cepat lega, akak nurse yang peramah tu cakap menatang tu mahal gila. Gembira dapat merasa..hehe

Sonotron-sonotron pun, Adebayor xdapat gak main. Apatah lagi Rosicky yang xluak langsung dengan sonotron ni. Abang Dudu lagi 2 minggu lebih dah boleh join training dengan 1st squad. Harap-harap Rosicky xdelay lagi la, semalam aku lepak kat mapley layan hockey ice teringat kat Rosicky. Camne la mamat Chech ni yang dulunya hampir meninggalkan karier bola sepak untuk mewakili Republic Chech dalam sukan hoki ais ni boleh injured lama-lama, walhal game hoki ais tu gasak gila. Mungkin nasib kurang baik. Get well soon Rosicky!

Ok, ni preview bagi game menentang MU. Alasan pemain injured dah xboleh pakai, lapok, guna jer apa yang ada. Tu jer. Menang, memang kena menang. Memang bukan di separuh masa kedua EPL, tapi perlu pastikan gap 6 point dengan Chelsea dan Liverpool dikurangkan. Adebayor dan Eboue memang dah out, Walcott dan Gallas 50-50, Sagna bakal beraksi, Silvestre lebih kepada gamble. Patah hidung lak waktu lawan Fenerbahce.

So macamana percaturan Wenger nanti? Sapa senjata rahsia? Ramsey, Vela atau Bendtner? Harap-harap 3 org ni skor la...hahahaha. Mana tau kut-kut termenang besar, sapa tau kan. Ok, midfield aku rasa agak stabil setelah game menentang Fenerbahce tetapi penyudah kurang tajam. Lagi satu Volkan Demirel tu boleh lak cun habis save-save dia! So bahagian midfield boleh diteka. Mungkinkah Ramsey-Denilson-Fabregas-Nasri tunjang midfield? Boleh jadi.

Di bahagian penjaga gol, aksi Fabianski kena postpone aku rasa sampai bertemu Wigan dalam Carling Cup. Almunia yang hari tu tetiba sakit, hari ni sihat walafiat, so Fabianski kena rest balik la. Aku dapat rasakan, posisi Fabianski dah semakin menghampiri 1st team, percayalah. Siapa pasangan Bendtner? Vela atau Diaby? Aku rasa Wenger akan guna Diaby dulu, bila nampak si panjang ni dah merapik baru la masuk Vela. Apa-apa formasi pun boleh jadi, bagus gak Adebayor injured, banyak choice..hahaha


Wah-wah makcik, memang die hard fans la! Memang makcik ni menyampah gila dengan Giggs apatah lagi satu skuad MU, terserlah sangat. Sabar makcik, sabar, jangan risau, aku rasa masih boleh menang. Dan game lawan MU ni akan jadi titik permulaan kekebalan Emirates. Kalau season lepas cukup powerful, season ni nampak merudum sejak dua minggu lepas, mungkin game yang compact dengan selang 3 hari. Pancit gak beb!

Prediction aku bagi game ni adalah Arsenal 2-0 MU. Nampak yakin kan, mestilah aku yakin, ni team aku, aku yakin 100%. Once a Gooners, always a Gunners! Menang, seri atau kalah sekali pun, aku akan sentiasa dibelakang Arsenal. Inilah yang dikatakan setia. Dan sekiranya pemain Arsenal bersatu dan bekerja keras, pastinya perlawanan malam Sabtu nanti cukup berbaloi. Good luck Gunners!

6 ulasan:

Hafez Rachwan berkata...

3 points, that's all bebeh!

Tanpa Nama berkata...

Aku prediction
Almunia
Sagna - Toure - Song - Clichy
Diaby - Cesc - Denilson - Nasri
Bendtner - Vela

apa pa pun
AW gua caya ma lu..
janji menang..
gua nak up gua punya betting ngan budak chesial & Man kayu..
gua nak main top up Rm. 10..

All the best Gunners..

Hafez Rachwan berkata...

aku yakin arsenal mampu menang!

Hafez Rachwan berkata...

mmg best ko bet!
pdn muka dorg...:) hahahaha

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

yahuuuu...menang..dorang ingt ape..budak2 jer tuh..keyakinan kita berbalas kali nih....poyo jer muka geng2 mankayu....prediction aku lari ckit jer.hehhee.peluang bersepah...banyak yang disia2kan...

Hafez Rachwan berkata...

klu xhilang fokus kompem mng 2-0..
syg xclean sheet..
boley mng besar sepatutnya..