Isnin, 3 November 2008

Stroke la sial!!!


Huhhh..macam main bola baling. Aku dah lost word nak gambarkan game tu. Oldish England football gila dan secara xlangsung dah disturb passion pasal bola. Tapi aku xnak salahkan Stoke, dan bagi aku mereka layak untuk memungut 3 mata.

Mungkin tu cara biasa bagi pasukan yang diklasifikasikan pasukan bawahan yang gemar bermain secara bertahan apabila menentang pasukan pilihan. Dua gol dari set piece throw in, sememangnya memalukan. Terserlah sangat kelemahan Arsenal pada set piece!

Taktikal dan corak permainan tu memang patut mendapat cacian dari fans. Adakah Wenger terlupa nak analisis pertemuan Stoke dan Liver? Bagaimana mereka bertahan dan bagi aku long range player amat perlu untuk menangani pasukan yang gemar bertahan. So siapa? Diaby? Bukan calon yang baik.

Dan kelibat van Persie yang on form diletakkan di bench sebelum masuk dan dilayangkan kad merah akibat emosi, adakah berbaloi? Sepatutnya dia perlu berada di kesebelasan utama untuk buka ruang kepada Adebayor dan mencuba setiap peluang yang ada.

Tapi for what, kalau bahagian midfield tu tandus? Aku dah rasakan kehilangan yang amat sangat pada Hleb dan Flamini. Tanpa mereka, pergerakan Fabregas terhalang dan jentera serangan bagai hilang idea.

Aksi di Emirates menentang Fenerbahce perlu dijadikan titik lompat terbang balik. Kalau tak, mungkin kekalahan kedua berturut-turut akan dialami. Aku bukan negatif pasal result menentang Stoke, cuma aku tak nak player ambil mudah semua permainanan.

Next match, pastikan Djourou dapat beraksi jika mahukan keputusan perlawanan lebih baik. Percayalah, aku yakin, khidmat Djourou mampu untuk menguatkan pertahanan jika dibandingkan dengan Silvestre.

Tiada ulasan: