Aku belum lagi nak give up, aku belum rasa nak lepaskan kejuaraan liga pada MU, Chelsea mahu pun Liverpool. Masih ada lagi harapan. Keajaiban masih boleh diharapkan. Selagi pungutan mata xabis dikutip, lagi tu aku masih berharap.
Bukan saja blogger, site atau official site jer berkabung, fans lagi la. Tapi nak tunduk macamana pun, xboleh juga. Itu realiti, kena terima menang, seri atau kalah. Xkan la dah menang kita puja bagai nak rak, bila kalah maki sampai hilang kewarasan. Emosi memang terganggu tetapi kalau masih gagal nak kasik kepercayaan pada pasukan, aku rasa xfair la.
Semua salah, dari Wenger, pemain dan kita sendiri sebagai peminat. Kita seronok bakar-bakar fans MU, tetapi bila dah kalah, kena bakar kena la terima. Tu jer. Mungkin ayat pedas boleh buat dorang sakit hati..hehe.
"Langit xsemestinya cerah", ujar seorang kawan aku aka fan MU. "Memang pun, sebelum nak hujan akan keluar petir, petir akan panah syaitan, sorry to say, syaitan merah dah kena petir sehingga hangus", reply aku.
Post kali ni lebih membina. Kita memang merasai kehilangan Hleb, Flamini, Gilberto dan juga Lehmann. Tapi perkara dah berlaku. Mesti tangani sebelum semakin parah. Kita kerahkan tenaga yang ada. Dan macam yang aku dah cakap dulu-dulu, jangan fikir nak menang lawa sangat, kalau boleh menang cara buruk, lakukan. Xsalah bukan!
Lagi satu, Wenger patut ketepikan semangat nasionalis dia. Jangan fikirkan French saja, pemain dari negara lain pun bagus. Kerana Silvestre, jangan katakan Djourou, Toure pun xdapat main 1st 11. Aku xnak pertikaikan Silvestre dan Gallas sebagai ex-MU dan ex-Chelsea, tapi aku pertikaikan pemain Perancis. Tengok ke luar Wenger, macamana performance France sekarang. Berapa banyak defend dorong conceded gol? Berapa orang pemain Arsenal yang main untuk France? Nilai la sendiri!
Selepas kekalahan, satu pasukan akan melakukan post match dan mencari penyelesaian. Yer, Arsenal musim ni belum kalah double, memang berhasil. Sepatutnya bukan sahaja kalah, apa-apa result pun perlu diadakan post match, mesti ada silap dilakukan juga, xkira menang, seri atau kalah, so lakukan seperti biasa.
Dan kalau ni caranya, itu yang terbaik. Dalam post match ni lah masanya nak mengaku salah dan menuding jari untuk selesaikannya. Biar semua jadi leader, kita perlukan setiap pemain jadi leader, bukan kapten. Kita senang letakkan kesalahan pada kapten. Dulu, bila Arsenal kalah, semua tujukan pada Vieira, sekarang, mangsanya adalah Fabregas dan Gallas. Bolasepak adalah permainan 11 orang, kekalahan dan kesilapan perlu ditanggung semua!
Sama ada korang masih percaya Arsenal akan menang title liga atau tidak, itu hak korang, aku masih lagi percaya dan optimis kempen musim ni belum tamat. Masih ada yang harus diperjuangkan. Aku masih letakkan sepenuh kepercayaan pada Arsenal, sesuatu yang dipandang mustahil itu lah yang akan direalitikan oleh Arsenal, sebab itu lah juga aku menjadi fan Arsenal. Goodluck, try the best. Still have chances!
3 ulasan:
bro wan..
jangan ambik hati sangat kekalahan tuch..
tapi yang tak dapat aku nafikan ejekan dari fans Man Kayu dan fans Chesial kat kilang aku cakap yang
ARSENAL BAGUS MASA JUMPA TEAM KUAT.. LEMAH MASA JUMPA TEAM PAPAN BAWAH..
bab kena kat kandang sendiri..
aku pun senyap je lar..
hari itu aku cakap bila abang abang senior kalah..
aku nak ketuk kepala dia orang kan!!
tak kesampaian nak ketuk..
bab tiket ke london mahal sangat :) hue he he he
relax tension bro..
bro wan..
cesc kena gantung time vs MC
RVP??
aku baca akhbar..
RVP masih kena gantung..
ini buat aku terkilan nie..
yup2..
rvp kna gantung lg,
lwn chelsea br dia da..
so dia dgn cesc boley dpt rest lg..
ak hrp ramsey yg start!
RVP tu
Rambo Van Persie kan?
kan?
kan?
heeee
Catat Ulasan