3 mata! Misi mengejar mata bagi minggu ini diteruskan dengan harapan aksi Chelsea dan Liverpool berkesudahan dengan seri. Sekiranya ini berlaku, jurang mata akan dikurangkan kepada 2 mata sahaja. Musim ini mungkin persaingan lebih menarik!
Jika musim lepas Arsenal dan Liverpool seronok berada diatas pada separuh masa pertama tapi gagal meneruskan momentum, musim ni, kalau kejar dari belakang memang best bila menang liga. Apa-apa pun, musim masih jauh, ranjau panjang lagi. Tengok la camne nanti, nak kabar den xberani, Tuhan jer tahu.
Ok, aku teruskan dengan citer nak lawan West Ham. Dua season lepas memang badi dengan team ni. History-nya, team ni la team pertama yang tewaskan Arsenal di Emirates. Tapi season lepas dua-dua game kita menang.
Kat Upton Park, 1st time la aku tengok van Persie skor guna kepala, yang baru, lawan Everton untuk kali kedua. Alahai, sayang sangat jambul dia tu..hehe. Di Emirates, gol tercantik sampai sekarang dalam hidup Adebayor aku rasa. Gol yang dah off post gila, dah xde angle langsung, camna dia boleh skor, nasib skit la.
Dengan khidmat Gallas dan Toure yang sah cergas, aku rasa bahagian defend akan kembali ok. Biar Silvestre tu rest kejap. Sagna aku tak tahu camne, macam 50-50 lagi. Kalau Sagna xmain, bagi Eboue main defend kanan. Ok jer dia manage tempat tu dua game sebelum ni. Patut Wenger sayang...hehe
Sementara itu, ada khabar gembira. Abang Dudu aka Eduardo dalam proses nak pulih sepenuhnya dan kembali berada dalam 1st team setelah hampir 8 bulan berehat. Di khabarkan pertengahan bulan 11 dia akan kembali beraksi. Rindu betul aku kat dia.
11 bulan jangkaan tempoh sembuhnya meleset sama sekali dengan kecederaan yang dialami Eduardo. Dalam tempoh 9 bulan dia akan kembali beraksi, bertapa kuat semangat dia. Aku harap, sekembalinya dia nanti dan Rosicky selepas Krismas ini mampu membantu Arsenal meraih piala.
Sedikit berita mengenai Dutch Master iaitu Dennis Bergkamp yang juga legenda Arsenal. Dia yang sekarang ini menjalani latihan kejurulatihan bersama van Basten di Ajax berharap suatu hari nanti akan memimpin Arsenal.
Seperti yang kita tahu, dia memang dah masak dengan taktikal Arsenal merupakan calon terbaik menggantikan Wenger suatu hari kelak. All the best Bergkamp dengan job yang baru!
2 ulasan:
dudu akn kembali..aku harap beliau pda prestasi terbaik cm dlu..xsabar aku nk tgk balik mamat ni beraksi..sma2 kta tunggu..berbalik psal isu perkauman yg ko postkn kt aku 2..patutnya isu racist ni dh xde lam bolasepak..patutnya org dh boleh pkir mtang..tp 2 ler..haram..makin menjadi plak..berbalik psal game lwn west ham..aku harap arsenal akn kekal cm lwn fenerbahce..xmampu aku lihat mata tercicir lg...apa2 pon thanks sbb ko addkn link aku kt ko pnya blog..aku pon baru jer nk blaja..xtau nk meriahkn cmne..lg pon bnyk dh blog arsenal yg mmg best termasuk ko pnya blog..tp ko ingt x??..aku penah chat ngan ko..aku bdak kedah gak..area dkt2 ko jgk..penah aku ajak ko main futsal kt s.p...ingt???...mybe ko lupe kot..hehehe...fuh..pnjang lak komen aku..cm over ler plak..hihi..
aku ingat lg, ko bdk baling kn..
waktu euro aritu pn dh gunakn tema 'no to racism', tu pn dh menunjukkn racist di europe cukup kuat..
ak nye blog slalu trbengkalai..
bz dgn exam la, pastu dgn blk kg lg la xtrurus sbb xde internet kt rumah..
aritu ak blk cuti midsem ada la rancang nk g tgk bola ngn sorg bdk sp..fans gunners gk, masing2 xkenal n xprasan..nxt time la, nama dia zuhairy, ko kenal x?
Catat Ulasan