Bendtner (ankle), Gallas (hamstring) dan Sagna (knee) akan terlepas perlawanan liga menentang Everton dan juga kunjungan ke Turki menentang Fenerbahce. Ini disahkan oleh Arsenal.com dan situasi ini memberikan impak perubahan strategi yang baru terhadap pasukan.
Pemain-pemain lain yang akan melakukan fitness test seperti Cesc yang hidung mancung dia dihentam, v.Persie (asik-asik muscular je, jumpa Sazali Samad la belajar dengan dia, jangan suka hati train angkat dum-bell sorang-sorang) dan juga Djourou masih lagi di dalam keadaan 50-50 tetapi kelibat Cesc ditengah padang mungkin petanda baik.
Khidmat si kaca Persie dan juga Djourou memang diperlukan setelah finishing yang teruk sewaktu menentang Sunderland dan juga kecederaan yang dialami Gallas dan Sagna. Aku rasa mungkin Djourou diturunkan tetapi v.Persie susah sikit nak predict.
Sekiranya v.Persie tidak dapat beraksi, siapa nak jadi pembantu Adebayor? Memang aku nak tengok Vela main tapi disebabkan dia beraksi menentang Canada dan time antara Canada dengan Europe tak sama, so aku rasa dia mungkin keletihan untuk beraksi.
So siapa? Walcott? Mungkin la, kalau Walcott, kena harapkan Djourou dapat beraksi. So right wing dah diisi dengan Eboue manakala Nasri yang dah fit akan bermain diposisi wing kiri. Tapi bagaimana dengan Silvestre, mungkinkah debut dia bersama Arsenal? Aku rasa YA!
Kita tunggu dan lihat bagaimana keadaan kecederaan pemain nanti, mungkin ada sedikit miracle..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan