Isnin, 5 Mei 2008

Happy Birthday Fabregas + Farewell To Lehmann + Premier League : Arsenal v Everton - Report

HAPPY BIRTHDAY CESC FABREGAS
Semalam (4/5/08) cukup usianya 21 tahun. Kejayaan memenangi PFA Young Player sesuatu yang amat membanggakan bagi Arsenal dan peminat.

Walaupun usianya masih lagi muda, keupayaanya menjadi tonggak utama Arsenal dan membantu Arsenal menjadi pasukan yang dihormati pada musim ini.

Dengan barisan pemain muda yang berkualiti sememangnya membuat pasukan lain memandang tinggi kemampuan Arsenal di musim hadapan.

Kariernya bermula di akademi Barcelona, sebelum Arsene Wenger menyuntingnya seawal usia 15 tahun lagi. Beliau merupakan pemain termuda mendapat cap antarabangsa bagi Sepanyol, pemain dan penjaring termuda di dalam EPL.

The Cesc Fabregas TV Shows yang merupakan rancangan dari penaja Nike ke atasnya menjadikannya antara ikon baru bagi Nike dan rancangan ini masih lagi dalam proses pembikinan.

Semoga Fabregas akan berjaya di dalam kariernya dan rancangan tv nya. All the best CESC!!!

FAREWELL FOR JENS LEHMANN

Merupakan tunjang utama kesebelasan utama sewaktu zaman invincibles dengan 49 perlawanan liga tanpa kalah merupakan anda detik terbaik bagi kariernya.

Pernah dinobatkan dua tahun berturut-turut sebagai penjaga gol terbaik Eropah, Jens Lehmann antara penjaga gol lagenda Arsenal yang setaraf dengan David Seaman.

Musim ini, kesilapannya di awal musim dan kecederaannya meletakkannya dibangku simpanan setelah Manuel Almunia menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Beliau yang dikenali sebagai seorang yang agak tegas dan professional dengan tugasnya, akan mengakhiri kariernya bersama Arsenal musim ini.

Usianya telah menjangkau 39 tahun dan perlawanan semalam adalah perlawanan terakhirnya di Emirates dan kemungkinan besar beliau akan bermain menentang Sunderland pada aksi terakhirnya bersama Arsenal.

Aksi terakhirnya sebagai penjaga gol dapat disaksikan pada aksi Euro 2008 akan datang dan dia akan beraksi bersama skuad Jerman.

Mungkin selepas ini beliau akan menjalani kursus kejurulatihan di bahagian penjaga gol dan aku amat berharap sekiranya dia kembali ke Arsenal untuk membantu bahagian penjaga gol.

Terima kasih Jens Lehmann, jasamu akan dikenang selamanya!!!

MATCH REPORT

Bosan, tidak cukup kreatif, tiada idea dan mensia-siakan peluang. Itu yang mampu aku perkatakan. Maaf cakap, aku sampai menguap tengok game ni. Takde bezanya macam aku layan game Liga Malaysia..hehe

Nasib baik la Bendtner skor, kalau tak, lagi sakit hati... Bahagian pertahanan sahaja yang aku rasakan bermain dengan baik terutamanya Gallas, Song, Clichy, Toure dan Fabianski. Denilson dan Gilberto nampak OK.

Separuh masa pertama nampak Denilson bermain dengan baik tetapi separuh masa kedua agak mengecewakan. Gilberto lebih baik di separuh masa kedua.

Mungkin ketiadaan Fabregas yang tidak diturunkan atas sebab kecederaan ankle yang terpaksa merehatkannya sehingga tamat musim menampakkan kekurangan idea di bahagian hadapan. Dia tidak akan beraksi menentang Sunderland, tetapi akan beraksi bersama Sepanyol.

Penyerang utama iaitu Adebayor dan Eboue nampak seperti kali pertama beraksi bersama Arsenal. Aku berharap perlawanan menentang Sunderland menjanjikan aksi lebih menarik. Adios!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

arsenal.com belom nyatakn pasal flamini. tp ak yakin dia blah! happy birthday fabregas, happy farewell lehmann..bosan game tu!

Hafez Rachwan berkata...

dh kompem dh dia kuar..
xpela, bhgn tgh kita xbrmasalah sgt..
cuma kna improve bhgn defend..
lg satu bhgn serangan dan sayap..
mgkn kna cr sorg pemain yg bleh main striker dan sayap..
byk choice,
nasri,ribery,quaresma or robinho..
2 antara yg ak bajet msk la..

Tanpa Nama berkata...

hi..
i am new here..
Qsheira

Hafez Rachwan berkata...

tq for visit..