Barclays Premier League
Ahad, 11.05.2008, 10 pm
Stadium of Light
Tempat ketiga di dalam liga sudah menjadi milik Arsenal, tetapi mampukah skuad muda kendalian Arsene Wenger menjadikan pungutan tiga mata penuh di Stadium of Light bagi memastikan penutup musim 2008/09 sesuatu yang membanggakan?
Kehilangan beberapa tonggak utama memberikan laluan kepada beberapa pemain-pemain daripada liga simpanan bergabung bersama skuad utama menentang skuad kendalian Roy Keane iaitu antara lagenda pasukan Manchester United.
Antara pemain yang tidak dapat diturunkan atas sebab kecederaan dan penggantungan adalah Fabregas, Sagna, Almunia, Hleb, v. Persie, Diaby, Flamini, Rosicky dan Eduardo.
Kemungkinan besar kelibat Mark Randall dan Kieran Gibbs ke dalam skuad setelah selesai sesi pinjaman dari pasukan divisyen 1 akan kelihatan di padang pada Ahad ini.
Sesuatu yang amat mengecewakan, tiada live dari pihak Astro. So, cuba-cubalah cari link sopcast dari website luar. Maaf tidak dapat membantu sebab aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
POSSIBILITY FORMATION
Goal Keeper : Lukasz Fabianski
Center Defend : William Gallas and Alex Song
Side Defend : Kolo Toure and Gael Clichy
Center Midfielder : Denilson and Gilberto
Ring Wing : Emmanuel Eboue
Left Wing : Theo Walcott
Striker : Nicklas Bendtner and Emmanuel Adebayor
Substitute :
Jens Lehmann, Philippe Sanderos, Justin Hoyte, Johan Djourou, Mark Randall, Kieran Gibbs
BERITA PANAS!!!
Sorry aku kurang aktif dua tiga hari ni dan mungkin juga agak lama selepas ini disebabkan internet rumah aku kena potong dan balik ke kampung halaman. So masa untuk spend ke cc tu agak kurang tapi aku cuba sedaya upaya untuk aktifkan diri...
Kehilangan Flamini ke AC Milan sememangnya merencatkan perancangan Arsene Wenger bagi musim hadapan. Kemungkinan besar Arsenal mungkin juga kehilangan tunggak penting iaitu Alexandre Hleb setelah agennya telah berunding bersama pihak Inter Milan tanpa pengetahuan Arsenal dan Wenger akan mengemukakan laporan kepada FIFA. Situasi ini hampir sama yang berlaku sewaktu penghijrahan Ashley Cole ke Chelsea.
Menurut beberapa fakta yang boleh dipercayai, agen Hleb cuba membeli kontrak Hleb selama 2 tahun tetapi pihak Arsenal tidak menyetujuinya. Setiap pemain mempunyai kebolehan membeli kontrak sekiranya dia sudah bersama mana-mana pasukan selama tiga tahun. Kemungkinan ini membuatkan kita mungkin kehilangan Hleb sekiranya pihak Arsenal mahu menjual kontrak tersebut tetapi Arsene berkeras tidak mahu menjual kontraknya, maka dia akan bersama Arsenal sehingga tamat kontraknya.
Antara spekulasi lain adalah tawaran Emmanuel Adebayor oleh Barcelona bernilai $80000 seminggu tetapi dia secara terbuka mengatakan itu semua adalah tidak benar dan dia mahu bersama Arsenal lagi. Antara pemain lain yang cuba dipancing adalah Cesc Fabregas oleh Real Madrid tetapi dia masih lagi setia untuk bersama Arsenal. Sementara itu, Bacary Sagna baru sahaja menambahkan kontraknya bersama Arsenal bagi 4 musim akan datang dan Fabianski akan menjadi penjaga gol no 2 setelah persaraan Lehmann dari Arsenal. Wenger juga tidak mahu membeli mana-mana penjaga gawang bagi musim hadapan maka Mannone dari skuad simpanan akan memikul tugas sebagai penjaga gol ketiga Arsenal.
Samir Nasri, Makoun, Schweinteiger, Martesacker, Thierry Henry, Obefomi Martins, Karem Benzema, Frank Ribery, Niko Kranjar, Ben Arfa, Robinho, Quaresma, Michael Johnson dan Gareth Barry antara tumpuan untuk menjadi skuad Arsenal bagi musim depan. Sekiranya Hleb keluar sudah pasti Wenger akan melaburkan sebanyak mungkin bagi memastikan pasukan musim depan lebih mantap. Apa yang lebih membuatkan perbelanjaan pemain bagi musim depan lebih bagus adalah kesudian pihak pengurusan Arsenal memgeluarkan wang yang diperlukan Wenger bagi memantapkan pasukan untuk meraih gelaran di musim hadapan.
Tapi harus diingat, bakat-bakat muda dari pasukan simpanan seperti Nacer Barazite, Mark Randall, Carlos Vela, Jack Wilshere, Norvieltd, Kieran Gibbs, Mannone dan Fran Merida berkemungkinan besar akan diserapkan ke dalam skuad utama. Berita yang sudah pasti mengembirakan bagi penyokong Arsenal adalah Eduardo da Silva akan berada di dalam skuad lebih awal dari tempoh yang dijangkakan tetapi Tomas Rosicky yang masih lagi menjalani proses pemulihan akan terlepas aksi bersama Republik Chech bagi kejohanan Euro kali ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan