Secara rasminya jendela perpindahan telah ditutup dengan rasminya dan bermakna Arsenal menambah 3 pemain ke dalam skuad utama dengan melepaskan beberapa pemain secara berbayar, percuma dan pinjaman. Kehadiran Marouane Chamakh, Lorient Koscielny dan Sebastien Squillaci ke dalam skuad musim ini dilihat sebagai aset utama Arsenal bagi mencabar kejuaraan domestik mahu pun Eropah yang semakin mencabar dan sukar untuk dijangkakan.
Jika dilihat pada jumlah bayaran Arsenal kepada Sevilla dan Lorient, aku percaya amoun yang diberikan Wenger agak mahal kepada duo defender ini tetapi aku yakin apa yang dilihat Wenger kepada kehadiran mereka ini sama seperti Vermaelan di mana kedua-duanya mampu menyesuaikan diri secepat mungkin ke dalam skuad Arsenal setelah kita kehilangan 4 pemain veteran di posisi pertahanan tengah.
Jadi secara logiknya kita memiliki 5 pemain pertahanan tengah iaitu Vermaelan, Djourou, Koscielny, Squillaci dan Nortveit. Jadi aku rasa isu di pertahanan bolehlah dikatakan tamat tetapi di padang belum diketahui lagi cuma tiga aksi liga yang sudah berlangsung, ia menunjukkan sesuatu yang positif dengan hanya 2 gol sahaja dilepaskan.
Berbicara mengenai jumlah gol yang dilepaskan setakat ini, pastinya isu jersi no 1 Arsenal yang dimiliki Almunia menjadi topik perbualan hangat. Tidak sejelas mana dengan rumours yang menyelubungi kem Arsenal bagi mendapatkan Mark Schwarzer di mana aku melihat di pihak Fulham lebih beria dengan isu kemahuan Schwarzer beraksi bersama Arsenal dan jumlah bayaran yang tidak masuk akal.
Dikatakan Wenger telah melakukan bidaan pertama sekitar 2M pounds tetapi ditolak oleh Fulham di mana mereka mahukan jumlah bidaan sekali ganda lagi. Bagi aku Schwarzer bukanlah sehebat mana, cuma prestasinya agak meningkat sejak berpindah daripada Middlesbrough ke Fulham tetapi jika dibandingkan dengan Almunia, mereka adalah penjaga gol yang setaraf tetapi Almunia lebih terjerumus kepada kesilapan-kesilapan naif yang memerangkap Arsenal sendiri. Jika anda sedar, perhatikan aksi terakhir liga sewaktu menentang Fulham di Emirates, Schwarzer juga melakukan kesilapan yang lebih teruk berbanding Almunia.
Sememangnya penjaga gol terbaik dunia sekali pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan-kesilapan naif cuma agak jarang dilakukan. Sekiranya Almunia mampu memperbaiki permainannya, aku yakin kita tidak memerlukan khidmat penjaga gol yang baru. Apa yang aku lihat dia agak lemah dari segi memberikan arahan kepada pemain pertahanan dan kerap terperangkap disebabkan terkeluar dari posisi yang sepatutnya. Jika dia berjaya membaca permainan lebih baik, aku yakin aksinya mampu menyakinkan peminat kepadanya semula seperti mana dia berjaya menolak Jens Lehmann daripada penjaga gol utama Arsenal.
Di bahagian tengah pula hanya Fran Merida yang berpindah ke Atletico Madrid walaupun Barcelona secara terbuka cuba melobi Fabregas pulang ke Nou Camp tetapi ditolak keras bidaan mereka oleh pengurusan Arsenal. Kehadiran Wilshere ke dalam skuad utama mampu memberikan persaingan positif merebut posisi jantung tengah Arsenal yang di ketuai Fabregas. Maka pilihan di bahagian tengah semakin bertambah apatah lagi variasi pemain seperti Samir Nasri, Rosicky, Eboue dan pastinya Wilshere menambahkan pilihan jentera tengah bersama-sama pemain natural posisi tengah iaitu Diaby, Song dan Denilson.
Apa yang menariknya, sekembalinya Wilshere daripada pinjaman dari Bolton, aku melihat aksinya lebih berfizikal dibandingkan fizikalnya dan ini merupakan impak positif yang mahu dilihat Wenger kepada pemain yang dipinjamkannya. Tak hairan kenapa Owen Coyle cukup tertarik dengannya dan aku juga melihat Owen Coyle adalah seorang jurulatih yang mampu membentuk kualiti permainan seseorang pemain itu. Terkejut dengan aksi latihan pertama Wilshere di Bolton di mana secara selambanya dia melakukan terjahan keras kepada Kevin Davies yang membuatkan Owen Coyle amat tertarik. Jadi aksi liga yang seterusnya menentang Bolton, pastinya Wilshere dilihat sebagai tumpuan utama.
Kehadiran Chamakh melalui perpindahan secara percuma dilihat sebagai transfer saga yang cukup berbaloi. Kehadirannya mampu menambahkan kekuatan fizikal di bahagian serangan Arsenal yang aku rasakan amat kurang dirasakan musim lepas. Rajin, mencari ruang bebas, baik di udara dan memiliki susuk tubuh yang sesuai merupakan kelebihan memilikinya cuma aku mahukan dia lebih prolifik. Kehadirannya aku yakin mampu menarik pertahanan dan memberikan ruang kepada pemain seperti Walcott untuk lebih menonjol, sama seperti van Persie walaupun bukanlah prolifik tetapi mampu menyumbangkan sesuatu untuk serangan Arsenal.
Cuma pemergian Eduardo ke Shakhtar Donetsk yang menyentuh hati aku tetapi untuk kebaikannya aku berharap dia akan kembali seperti sedia kala. Tiga gol untuk dua aksi pertamanya melihatkan dia semakin kembali kepada prestasi terbaiknya. Tetapi ianya tidak cukup lama buat Arsenal untuk melakukan farewell party baginya di mana Arsenal akan beraksi menentang Shakhtar Donetsk pada kempen liga juara-juara Eropah musim ini setelah diundi bersama Shakhtar Donetsk di dalam kumpulan H. Kami pastinya akan menyambut kehadirannya semula ke Emirates dengan hati terbuka.
Kempen kelayakan EURO 2012 sudah kembali dan aksi Arsenal terpaksa ditangguhkan sehingga 11 September. Kepada 16 pemain yang beraksi untuk negara masing-masing, selamat maju jaya dan diharapkan pulang kembali ke Emirates dengan bebas daripada kecederaan dan mentaliti yang positif. Di wad Arsenal sekarang didiami oleh Aaron Ramsey, Samir Nasri, Nicklas Bendtner dan van Persie, aku berharap keempat-empat pemain ini akan pulih daripada kecederaan secepat mungkin dan mengembalikan form mereka semula kerana Arsenal amat memerlukan khidmat mereka secepat mungkin. Diharapkan kecederaan berpanjangan musim lepas mampu dilenyapkan pada musim ini.
Berikut merupakan skuad Arsenal bagi musim 2010/11:
Homegrown players:
Nicklas Bendtner
Gael Clichy
Denilson
Johan Djourou
Cesc Fabregas
Vito Mannone
Alex Song
Non-homegrown players:
Manuel Almunia
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Abou Diaby
Emmanuel Eboue
Lukasz Fabianski
Laurent Koscielny
Samir Nasri
Tomas Rosicky
Bacary Sagna
Robin van Persie
Thomas Vermaelen
Sebastien Squillaci
Kelab telah melengkapkan skuad dengan jumlah pemain di bawah usia 21 tahun tidak dibataskan. Ini bermaka Wenger boleh memanggil senarai pemain dibawah untuk aksi liga musim ini iaitu:
Benik Afobe
Chuks Aneke
Nacer Barazite
Kyle Bartley
Francis Coquelin
Craig Eastmond
Jay Emmanuel-Thomas
Emmanuel Frimpong
Kieran Gibbs
Conor Henderson
Gavin Hoyte
Henri Lansbury
Havard Nordtveit
Aaron Ramsey
Mark Randall
Wojciech Szczesny
Armand Traore
Carlos Vela
Theo Walcott
Sanchez Watt
Jack Wilshere
Tiada ulasan:
Catat Ulasan