Selasa, 20 Julai 2010

Kempen Pra-Musim Bermula


Setelah disajikan kejohanan World Cup 2010 di Afrika Selatan, tumpuan kita pastinya ke arah kelab kesayangan kita yang sekarang sibuk menjalani kempen pra-musim. Beberapa perlawanan persahabatan telah diatur dan perlawanan pertama di Underhill bertemu dengan Barnet memihak kepada Arsenal dengan kemenangan mudah 4 gol tanpa balas.

22 pemain yang beraksi terdiri daripada mereka-mereka yang cuma menonton WC di kaca tv sahaja bersama-sama beberapa youngster yang kebanyakan pulang daripada pinjaman. Nama-nama besar seperti Arshavin, Rosicky, Nasri, Vermaelan, Walcott dan 2 muka baru iaitu Chamakh dan Koscielny diberikan tumpuan peminat tetapi kelibat Jack Wilshere, Emmanuel Frimpong dan Jay Simpson menjadi bualan ramai peminat.

Disebabkan streaming yang kurang baik aku tak dapat review pertemuan ini tetapi daripada ulasan beberapa individu, Arshavin, Wilshere dan Frimpong banyak diperkatakan. Arshavin yang sebelum ini dijadikan mangsa media yang mengatakan dia agak kurang senang di Arsenal menunjukkan semangat cukup baik dan memberikan semangat buat pemain muda, sesuatu yang disaksikan cukup berbeza daripada Arshavin sebelum ini. Gol seawal minit kedua dijaringkannya melalui one two pass dengan Rosicky cukup menarik dan Rosicky yang bermula sebagai kapten kembali dilihat agak memberangsangkan.

Nama Wilshere pastinya disebut-sebut, menjadi perancang kepada dua gol yang dijaringkan oleh Jay Simpson, kreativiti pemain muda ini semakin terserlah. Dan tempoh pinjaman selama 6 bulan kepada Bolton membuahkan hasil dan aku berharap dia bersama Arsenal musim ini dan jika agak sukar baginya beraksi bersama skuad utama Arsenal, aku berharap dia dipinjamkan semula kepada Bolton kerana aku percaya Owen Coyle seorang jurulatih yang mampu memberikan sumbangan besar kepada kerjaya Wilshere.

Jika anda masih ingat lagi posting yang berkurun pernah aku postkan sebelum ini, aku ada menyebut Emmanuel Frimpong yang beraksi bersama skuad reserve benar-benar menarik perhatian aku. Aku merasakan dia amat baik mengawal kawasan tengah Arsenal, lebih baik berbanding Craig Eastmond. Sekiranya dia diberikan peluang untuk beraksi pada Carling Cup nanti, aku yakin dia bakal mengagumkan ramai pihak.

Kedua-dua signing terbaru Arsenal melakukan debut pertama mereka di mana Koscielny bermula di permulaan permainan manakala Chamakh beraksi di separuh masa kedua. Walcott dan Nasri juga dimasukkan di separuh masa kedua dan Nasri diberikan tugas sebagai kapten. Dan gol keempat Arsenal dijaringkan oleh Nasri pada minit ke 75 hasil daripada kesilapan pemain lawan. Mungkin aksi ini belum cukup membuktikan perjalanan musim 2010/11 tetapi ianya juga sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada pemain. Dan aksi pra-musim akan diteruskan ke Austria bermula dengan aksi menentang SK Sturm Graz awal pagi Khamis nanti.

Notes:

Dua pemain utama iaitu Eduardo dan Almunia terkeluar daripada senarai skuad di saat akhir pertemuan menentang Barnet. Suatu yang menjadi tanda tanya terutama Eduardo yang dikatakan sedang dirisik Shaktar Donestk dan dilaporkan yuran perpindahan sebanyak 6 juta Pounds telah dipersetujui kedua-dua kelab. Jika benar, apa cerita la pakcik Wenger, hri tu baru cakap Eduardo dalam plan, sekarang dah jadi cerita lain. Almunia pula dikatakan bakal pulang ke negara asalnya yang dijangka bakal beraksi bersama Altetico Madrid musim depan. Dengan Wenger sendiri menyatakan Arsenal belum mempunyai pemilik jersi nombor 1, ia pastinya membuatkan aku merasakan musim depan tiada lagi badut di belakang back 4..hehe.

Sehingga ke entri yang seterusnya...

1 ulasan:

Q berkata...

vito mannone tu power jugak
ap sal wenger tak bagi peluang kat dia/?
sibok nak beli kiper pulak tu