Ahad, 21 Februari 2010

Post Match Gameweeks 27: Arsenal 2 - 0 Sunderland

Keputusan yang cukup positif diraih di Emirates setelah kekalahan kurang bernasib baik di Estadio do Dragao di mana untungnya selepas kekalahan UCL, kita beraksi di tempat sendiri untuk kempen liga. Kemenangan ini setidak-tidaknya mampu memberikan moral boost untuk bertandang ke Britannia Stadium minggu hadapan yang diramalkan antara aksi yang cukup mencabar.


Mungkin aku berani perkatakan aku cukup tidak senang duduk bersama-sama Q di Ameer Ali sehinggakan jaringan penalti yang dilakukan Fabregas yang memastikan tiga mata penuh bakal dimiliki selepas banyak peluang keemasan gagal disempurnakan. Jika dilihat aksi Sunderland semalam boleh aku perkatakan mereka tidak beraksi secara maksimum setelah gagal meneruskan aksi cemerlang seperti di Stadium of Light sewaktu menentang pasukan utama liga terutamanya Arsenal, MU, Chelsea dan Liverpool.


Ok, berbalik kepada aksi semalam, kredit berlambak-lambak perlu diberikan kepada Eboue yang banyak menjelmakan kreativiti dalam serangan Arsenal terutamanya sumbangannya kepada gol pertama Arsenal yang dijaringkan oleh Bendtner. Jika tidak melampau, boleh aku perkatakan aksinya seakan-akan menjelmakan aksi cukup mantapnya pada permulaan diubah posisi di bahagian kanan midfield di mana aksi Emirates Cup sewaktu menentang Inter Milan yang membuatkan pertahanan Inter cukup kelam-kabut mengekang dribble yang dilakukannya. Jadi aku tak hairan kenapa Eboue menampakkan aksi ofensif lebih baik pada musim ini.



Kelibat talisman Arsenal iaitu Fabregas kali ini lebih bebas di bahagian tengah dengan aksi defensif mantap oleh Song yang mengawal bahagian tengah cukup baik dan memberikan ruang lebih kepada Ramsey dan Fabregas untuk membuka perlawanan. Sekali-sekala Fabregas terlibat di luar kawasan bersama-sama Bendtner dengan membuka ruang kepada Walcott untuk mengelirukan pertahanan lawan, nampak agak berhasil cuma masih belum optimum, jika cukup syaratnya, jumlah 2 gol yang dijaringkan mungkin digandakan lebih besar.


Di bahagian pertahanan dilihat lebih tenang dengan Sunderland cuma menyerang sekali-sekala dan gandingan Silvestre bersama Vermaelan dilihat agak rileks dan sekali-sekala juga Vermaelan bebas membantu bahagian serangan. Posisi kontroversi Arsenal sekarang kembali diambil oleh Almunia, walaupun jumlah ujian kepadanya cuma boleh dikira dengan jari tetapi save cukup baik sewaktu Darrent Bent menerima hantaran Kewynes Jones perlu diberikan kredit kepadanya di mana aku merasakan sekiranya Bent berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Almunia, agak sukar untuk Arsenal kembali comeback, bukan tidak yakin cuma dua perkara berlegar di minda, mental pemain Arsenal akan diganggu dan Sunderland bertukar menjadi lebih aktif! Begitu juga percubaan Campbell daripada thru pass Kieren Richardson yang juga diselamatkannya.

Dan positifnya aksi ini, aku dapat melihat keserasian cukup baik di antara Clichy dan Nasri yang kerap melakukan satu dua yang menarik pemain lawan ke kawasan Arsenal sebelum merentap kembali dengan larian promising Nasri. Selain itu Clichy juga semakin menghampiri match fitness yang diperlukan Arsenal di bahagian flank cuma sesuatu yang masih menghantui dirinya adalah teknik crossing yang belum lagi mampu step up dengan lebih baik.


Walaupun jumlah serangan Arsenal gagal disudahkan dengan baik terutamanya dari Walcott dan Bendtner, tapping mudah Bendtner yang menewaskan Craig Gordon mampu memberikan tahap keyakinan lebih baik kepada Bendtner terutamanya dia yang baru pulih daripada kecederaan panjang memerlukan keyakinannya meningkat mendadak terutamanya baki aksi selepas ini memerlukan fokus setiap perlawanan diharungi dengan maksimum, begitu juga Walcott walaupun gagal menjaringkan gol tapi sejak pulih dari kecederaan, aksi semalam paling menampakkan dia akan kembali kepada top formnya.

Dengan 6 mata ketinggalan dari pendahulu liga (Chelsea) dan 2 mata dari MU yang juga bakal beraksi awal untuk game ke 28, persaingan merebut kejuaraan liga nampaknya semakin menarik Arsenal dalam saingan tiga penjuru. Sudah pastinya kedua-dua pasukan bakal menggugurkan mata apabila beraksi sesama sendiri nanti tetapi Arsenal perlu juga berwaspada dengan aksi selepas ini yang dilihat mudah pada mata kasar tetapi perlu berhati-hati.

Highlights For Download: HERE

P/S:
OK, kat sini juga aku berharap suatu hari nanti kita mampu deal port untuk menyaksikan game Arsenal bersama-sama dan setelah sekian lama, dapat juga aku menonton aksi Arsenal bersama Q dan isterinya. Memang aku agak kurang ramah sangat tetapi kalau borak pasal bola terutamanya Arsenal, mulut pun jadi cam bertih jagung. So nanti kalau ada cadangan sila post di shout box, untuk lebih fair, pastikan gamenya beraksi lebih awal, jadi senang nak jumpa.

6 ulasan:

Rembo berkata...

lu dah fikir belum tawaran gua. sian mamat tu sorang sorang kena kitai kat sokernet.

gua mmg tak reti. he he he

Hafez Rachwan berkata...

aku rasa aku macam tak cukup humour n kuat provoke la rembo..

aku bukan xnak sms ko, rumah aku kena pecah masuk hari jumaat pagi, hp aku kena curi, abis semua no hilang..

eJAI berkata...

nice layout baru. tapi mana peti sembang tuh?

Hafez Rachwan berkata...

nanti aku paste blk coding dia, nk kena log in blk..

Q berkata...

Caya larrr...
semangat baru..
game selepas nie tough sikit bab Stoke memang main semangat gile..

Bro..
jangan cakap sampai cam tu, lu nak datang Kajang bab nak lepak sama2, tu pun dah lebih dari cukup.
1 penghargaan bosar untuk Q.
Any way Thanks brooo sudi datang.

Hafez Rachwan berkata...

stoke tu kena menang, dgn chelsea ada game ucl pastu lawan city di stamford bridge, kita boleh harapkn result yg memihak kepada kita, dgn syarat kena menang di britannia la..

xpe q, tada hal, arsenal nye pasal semua bley..hehe