Rabu, 24 Februari 2010

Hutang Arsenal Meningkat!

Nicklas Bendtner yang sudah kembali pulih dari kecederaan selama 3 bulan pada penghujung Januari mengakui dia ada hutang besar dengan Arsene Wenger akan tetapi mereka berdua juga ada hutang besar kepada peminat Arsenal. Tanpa penambahan penyerang pada musim perpindahan Januari di mana Arsenal mengalami krisis agak kritikal setelah kecederaan panjang van Persie dan Bendtner, masuk keluar Eduardo, Vela dan Walcott dalam wad, ini bermakna kembalinya Bendtner ke dalam skuad Arsenal bermakna dia perlu memikul tugas paling mencabar dalam kariernya.


"All I have to do now is show him he made the right choice. I'm sure he has and I've got to show it on the pitch."

Dia menyatakan betapa pentingnya untuk dia membayar kepercayaan Wenger yang sanggup menyimpan duit poket dari berbelanja jadi dia merasakan apa yang dilakukannya Wenger perlu dibayar kembali. Peminat sudah pasti terpaksa menerima keadaan ini walaupun bermacam rumours perlu dilayan tapi akhirnya semua sudah terbukti tiada sebarang khidmat tambahan dijelmakan. Jadi untuk adil, Bendtner perlu membayar hutang dia kepada Wenger manakala peminat Arsenal menjadi pemiutang mereka sehingga May nanti.

Mungkin kedudukan liga sekarang melihatkan Arsenal berada di kedudukan terbaik untuk merapatkan jurang mata tambahan pula lawan Arsenal awal pagi Ahad nanti iaitu Stoke City perlu berhempas pulas di Manchester untuk mengekang Manchester City dari layak ke suku akhir piala FA. Dengan Arsenal segar dengan seminggu, ini kelebihan yang perlu digunakan sebaik mungkin. Dan begitu juga di kem Chelsea, mungkin kita boleh mengharapkan keputusan negatif untuk mereka apabila mereka menerima kunjungan City di mana mereka terpaksa terbang ke Milan hari ini dan beraksi pada hari Sabtu untuk kempen liga.

Dengan baki kurang dari 3 bulan saingan liga di Eropah bakal tamat, apa-apa pun keputusan di luar jangkaan mampu berlaku, sama ada positif atau negatif buat Arsenal dan juga pasukan lain. Untuk berlaku tidak adil, aku perlu katakan, keputusan Arsenal nanti pada May lebih positif. Optimistik adalah penting buat masa sekarang dan fokus dari satu perlawanan kepada perlawanan lain amat diperlukan. Kurang pengalaman adalah alasan tidak masuk di akal kerana aku percaya Arsenal musim ini lebih baik dengan semangat sepasukan dan ini dapat dilihat sejak musim lepas di mana Arsenal berjaya kembali ke pasukan 4 teratas liga jadi musim ini adalah tidak mustahil untuk mengambil balik semangat musim lepas dalam usaha merangkul kejuaraan liga dan UCL.

Sehingga berjumpa pada entri seterusnya.

1 ulasan:

Q berkata...

i like this posting
memang betoi, Bendtner kene BAYAR HUTANG DEPA KAT KITA2 PENTOKONG SETIA NIE.
Man. C tumpas kat tangan stoke,
dengan pertambahan masa (2-2) aggregate 4-2, si Pengkhianat Sayor Kailan kene Red Card.
Padan muke $$$ dia tu, Tevez jadi pujaan City bukan muke burok die tu