Ahad, 8 November 2009

Wolverhampton 1 - Arsenal 4

Kemenangan 1-4 atas Wolverhampton berbuah manis untuk bro Hafez, doa Hafez termakbul yakni, cedera nya Diaby ( Mulut engko masin bro.. ) Tapi Q rasa ada sedikit sisi positif Wenger paksakan mamat France nie jadi starter, kaki panjang dan tinggi di tambah kepala botak nya cukup untuk memberikan saingan perebutan bola di udara, sampaikan masa gol bunuh diri masa vs Man U di OT ( tu yang buat Bro Hafez angkat depa nie jadi adik angkat tersayang :p wa kakakaka).
Ok lar, tinggal dulu bab Dhalsim yang cedera tu, Q tak risau, bab banyak lagi DM yang boleh cover, Song, Eboue dan Fabregas yang boleh di turun kan sedikit dari posisi asal.

Arsenal yang tampil amat dominan se awal babak 1, buntu menjaringkan gol, sampaikan player Wolver sedekah 2 gol, minit 28 Ronald Zubar semula ingin mengawal RVP, sedekahkan gol 1 Arsenal, dan diminit 35 bermula dari Eduardo melambungkan bola untuk mengumpan. bola terkena kepala Craddock dan masuk ke gawang Wolver sendiri untuk gol Arsenal 2-0 mendahului.

ARsenal melebarkan kedudukan hasil jaringan Fabregas lepas memaksimalkan umpan RVP untuk ARsenal 3-0 mendahului di babak 1.

BAbak ke 2 Wolver lebih bertahan, dengan hampir semua pemain melindungi area kotak pinalty dari pada di ceroboh Arsenal, Arshavin memanfaatkan keadaan kelam kabut dengan merembat bola menerjah gawang Wolver untuk Arsenal 4-0 mendahului di minit ke 66.

selepas mendahului dengan selesa 4 gol( bab nie larrr yang buat Q lemah), kurang menjaga clean sheet yang berbuah gol sagu hati untuk lawan, Kerja keras Wolver akhirnya menghasilkan satu gol menit ke-89. Sepak penjuru Jarvis, di sambut Craddock dengan menanduk bola ke tengah atas gawang Almunia.

usai game nie Arsenal dengan 25 poin, sama dengan MU. selisih gol yang lebih untuk Arsenal berhak duduk di posisi kedua untuk saat nie ( menunggu game malam nie yang Q harap Chelsea kalah kat kandang sendiri, bab kita ada 1 game advantage).

Susunan pemain:

Wolverhampton: Hennessey; Berra, Craddock, Stearman, Zubar; Castillo (Kightly 65), Henry, Milijas (Hennessey 73), Edwards (Mancienne 80); Ebanks-Blake, Doyle

Arsenal: Almunia; Vermaelen, Gallas, Gibbs, Sagna; Diaby, Ramsey, Eduardo (Rosicky 70), Arshavin (Nasri 74); Fabregas, Van Persie.

P/s: Bab Merida, Atletico Madrid cuba tok mencuri Merida dengan menawarkan contract permanen dan janji untuk starter dalam squad untuk mencairkan hati mamat Spain nie. Arsenal telah menyiapkan contract 2 thn untuk Merida yang akan tamat contract penghujung musim 09/10.

3 ulasan:

Hafez Rachwan berkata...

aku suka beb dhalsim tu injured..kekekeke


*skrg lwn mulut sapa lg masin ke? hahahaha

Qsheira berkata...

tak larr masin sangat brooo..
cuman 3 minggu jerrr..
AW sayang betoi kat botak yg 1 nie..
dia veto France tak leh guna khidmat dhalsim bab dia cedera nie..

idhassan berkata...

masin btol la mulut bro hafez ni..baru ari tu cakap nak diaby injurd..kan dah injurd..tak dapatlah aku nak tengok muka dhalsim yang xde perasan dan xbleh blah tu...hehehe...bagus2..sekurang2nya ada player lain yg gantikan tempat dia..tu yg kita bleh menang bergaya tu...Serigala pun hilang kuku + taring tempat sendiri..apapun kita sekarng ditempat ke-2 EPL..diam2 je kan..tau2 2-3 minggu depan tetiba je jadi pendahulu EPL..baru celik satu dunia..xpecaya arsenal jd pendahulu liga coz awal2 dikatakn oleh fan MU,Lpool,Clsea yg asenal akan terkeluar dari senarai Big Four...hahaha...