Khamis, 5 November 2009

Superb Fab, Super Cool Nasri dan Super Sapien Arshavin


Ok, 5 gol, cukup meriah jumlah gol di Emirates awal pagi ini ditambah pula 4 gol yang dijaringkan Arsenal cukup, cukup world class! Sayang kita gagal clean sheet, nampak gayanya mulut masin bertukar tangan ke Bro Q ni..hehe. Tapi jangan sedih sangat Bro, Diaby kesayangan ko skor tau! hehe.

2 gol yang dijaringkan FABREGAS menunjukkan dia cukup powerful musim ini apatah lagi teknik finishing dia semakin menjadi dan gila-gila so xhairan Wenger menyatakan usia 22 tahun nya adalah usia terbaik untuk dia eksploitasi ke dalam pemain terbaik dunia. Paling menarik 3 gol daripada 4 yang terhasil disalurkan oleh Arshavin melalui thru pass yang cukup menarik!

Kehilangan Bendtner dan Walcott mungkin kurang dirasai setelah Wenger disuntik kembali kehadiran Rosicky apatah lagi Nasri kembali bermain 90 minit untuk pasukan utama buat kali pertama musim ini dan paling menarik dia membonuskan dengan jaringan yang super cool. Jika diteliti jaringan ini, ia seakan-akan menunjukkan Nasri bukanlah seorang attacking midfield sebaliknya sebagai seorang striker terbaik dunia!

Paling tidak pun pujian patut juga aku sajikan kepada Diaby yang mempamerkan aksi yang cukup bertenaga dan berkombinasi baik dengan Song malah apa yang dilakukannya ini memberikan lebih banyak ruang kepada Fabregas untuk lebih bebas berada di merata tempat. Gol keempatnya musim ini (jika tidak silap aku) sedikit sebanyak membuktikan formasi 4-3-3 Arsenal ini membolehkan sesiapa saja berpeluang menjaringkan gol (kecuali Almunia, Mannone dan Fabianski; kalau skor, sejarah, legend!..hahaha).

Gol pertama terhasil setelah Gallas secara selamba (seperti biasa) follow up ke atas membuka ruang kepada Fabregas sebelum dia melarikan bola dan melakukan low shot ke sebelah kanan gawang Alkmaar yang sememangnya mengaburi penglihatan Sergio Romero. Tapi Fabregas seakan-akan tidak mahu meraikan jaringan ini berkemungkinan tidak mahu peristiwa di Alkmaar berulang kembali.


Bagi gol kedua yang dicetuskan oleh Arshavin melalui superb thru pass kepada Nasri yang kemudiannya memperdayakan pertahanan lawan dengan tenang dan melakukan rembatan yang sukar ditampan oleh Romero, cuma terkena kuku sikit jer. Serius beb, aku teringat seakan-akan finishing Henry, cool, bukan mudah bila berada one by one dengan goalkeeper ditambah pula pertahanan lawan di belakang akan mencuba sebaik mungkin menghalang rembatan ke gawang.


Gol ketiga juga berpunca daripada Arshavin yang sekali lagi bijok (loghat Kelantan sikit sebab dorang masuk final Piala Malaysia..hehe) melakukan hantaran kepada Fabregas yang bijak menggunakan peluang terhidang dengan melakukan rembatan yang menarik apatah lagi Romero seakan-akan gamble untuk memperdayakan tapi Romero Who? nak memperdayakan Fabregas..haha


Dan gol keempat Arsenal terhasil daripada counter attack cukup menarik yang sekian lama aku teringin untuk lihat. Bermula dengan throw in lawan di dalam kawasan Arsenal sebelum tandukan clearance oleh Eboue disambut baik Ramsey yang kemudiannya melorong kepada Eduardo dan di sini bermulalah plot counter attack yang cukup menarik. Back heel oleh Eduardo yang membuka ruang kepada Arshavin melarikan bola sebelum dia melorongkan bola kepada Diaby yang tidak dikawal dan menampan bola dengan kemas sebelum menolak bola ke kawasan yang sukar dijangkau Romero Who?.

Tetapi Alkmaar masih mampu melawan (bukan macam Spurds), mereka menggunakan advantage yang diberikan oleh pengadil setelah sepakan penjuru Nasri yang ditanduk Gallas terkena pemain Alkmaar (sepatutnya Arsenal dihadiahkan penalti) dan mereka melarikan bola. 3 melawan 3 tetapi apakan daya Ramsey dan Gibbs gagal challenge fizikal pemain lawan (ini perlu ditingkatkan oleh kedua pemain ini) membuatkan Almunia gagal mempertahankan gawangnya. Vermaelan ternyata agak kecewa tapi takpelah, sagu hati (bagi dia tidak sebab tu rival dia kat Ajax dulu..hehe) buat mereka untuk pulang ke Belanda.

Maka dengan ini membuatkan Arsenal semakin jelas dan nyata akan ke pusingan kedua yang dilihat cerah, cukup cerah. Jika diikutkan pungutan mata sekarang (Arsenal:10, Olympiakos:6, Strd. Liege: 4, AZ Alkmaar: 2) dengan baki dua perlawanan iaitu menentang Olympiakos (away) dan Strd. Liege (home), Arsenal sememang tiada masalah cuma secara rasmi belum disahkan layak memandangkan Olympiakos dan Strd. Liege masih berpeluang ke pusingan kedua.

Kelebihan 3 gol away sewaktu menentang Strd. Liege bernilai cukup besar. Sekurang-kurangnya seri menentang Olympiakos akan memastikan Arsenal layak ke pusingan kedua dan secara automatiknya juara kumpulan. Ok, sehingga bertemu lagi, adios, selamat pagi!

3 ulasan:

Unknown berkata...

ok la diaby main semalam, aku rasa dia ni perlu bergandingan ngn Song kat DM baru la Cesc boleh buat attacking, klu bg Diaby merapu yg byk...gol dia not bad la setelah x dijg oleh oppenent

idhassan berkata...

pueh hati sengkang mata pagi tadi...hehe..xsabor2 nak tunggu game sabtu nie..

Hafez Rachwan berkata...

yeeehhhaaa..
entertain beb game smlm, menarik!
diaby tu perlu banyak lagi penambaikan..hahaha. song aku rasa cm dh 5 thn main posisi dm smlm, rileks cool jer ayam2 kn midfield dgn striker lawan..hahaha