Sabtu, 9 Mei 2009

Urmmm...


Cuma tinggal 3 lagi sahaja perlawanan untuk ditamatkan musim ini di mana pertemuan Ahad ini akan menentukan sama ada Arsenal berpeluang atau tidak untuk berada di posisi ketiga liga. Masalah disiplin antara yang diungkap setelah mengalami kekalahan di Emirates apabila Bendtner didapati berada di sebuah pub, apa yang dilakukannya secara detail aku tidak pasti, yang aku pasti dia mungkin ke sana untuk melepaskan tekanan ke atas kekalahan dialami Arsenal pada separuh akhir liga juara-juara Eropah, hasilnya dia dikenakan denda oleh kelab tetapi tidak digantung, ada yang menggantungkan diri sendiri di Kenya ada la, bagi aku, tu tindakan bodoh, langsung tidak boleh dikatakan sebagai simbolik kepada protes!


Nampak gayanya pemain terbaik Arsenal bulan April iaitu Andrey Arshavin terpaksa diketepikan daripada aksi menentang Chelsea disebabkan selesema yang dialaminya belum smepat pulih manakala berita injury terbaru, Clichy sudah pun join venture dengan Rosicky, Gallas dan Eduardo untuk menamatkan musim mereka lebih awal daripada rakan sepasukan yang lain. Sudah pasti Gibbs bakal diletakkan di left back walaupun dia agak tertekan dengan kesilapan yang tidak sengaja terjadi sewaktu aksi menentang MU, tetapi rakan sepasukan lain antaranya van Persie, Fabregas dan Toure telah memberikan kata-kata semangat kepadanya bahawa kesilapan itu cumalah insiden yang boleh berlaku kepada sesiapa pun.


Masa depan Walcott bersama Arsenal dipanjangkan kepada 4 tahun lagi yang bermakna kontraknya bersama Arsenal menjadi 5 tahun bermula musim depan setelah dia menandatangani kontrak terbaru dua hari lepas, so target tangan lain nak pegang pen sign atas kontrak Arsenal buat masa terdekat ialah van Persie. Sekiranya Wenger gagal mengekalkannya, ia adalah petanda buruk walaupun kita kenal van Persie agak rapuh tetapi dia adalah salah seorang striker di Arsenal sekarang yang mampu mengubah suasana di atas padang, nak harapkan Adebayor, tunggu lah sampai keajaiban datang seperti kunjungan ke El Madrigal baru-baru ini.


Aku xtau nak goreng apa sebab otak aku tengah pusing, macam-macam masalah datang tapi mungkin ini yang sukar untuk aku akui. Kemungkinan besar blog ini mungkin tidak lagi diteruskan diatas sebab akses internet yang tiada di rumah sewa aku sewaktu aku menjalani praktikal mungkin membataskan aku untuk memblogging (rosak bahasa..hahaha) tapi sekiranya aku mampu atasi, mungkin aku akan teruskan. Cuma mungkin baki tiga perlawanan ini akan aku langsaikan terlebih dahulu sebelum aku fikir sepuasnya tindakan susulan. Sekiranya sesiapa yang ingin meneruskan blog ini, serahkan mail anda kat aku (growlyoursoul@yahoo.com atau growlyoursoul@gmail.com), aku akan invite korang menjadi blogger di site ini. Adios!

4 ulasan:

Qsheira berkata...

Bro Wan..
itu yang pegang kepala tu engkau ke??

kalau ko tak keberatan..
aku akan cuba seday upaya teruskan blog engkau..

Email : Qsheira@gmail.com

lebih kurang nanti..
aku minta ijin lebih dahulu..

lagi 1..
pasal awek engko yg kerja kat camerun..
bila aku nak visit & stay kat sana..
ada diskon ke??
thank's bro..

Tanpa Nama berkata...

oi..
internet kt rumah sewa aku xleh potong sbb xcukup setahun..ko nk aku terminate pi rumah sewa ko?huhu

Hafez Rachwan berkata...

bkn la, tu org len la..hahaha
aku dh invite ko, thanks sbb sudi nk teruskn..:)

diskaun?hahaha
kna tgk tmpt beb,
ada tmpt murah..
ko try usha kt brinchang murah skit..

Hafez Rachwan berkata...

weh, aku xtau nk amik modem ko ke x,
bkn apa, gaji ktorg ciput..
lgpn byk outstation,
on9 kt opis jer la, tp tu pn aku xde laptop, so xde la nk on9 sgt..