Kesemuanya bergantung kepada 90 minit atau pun 120 minit mungkin juga sehingga penentuan ke penalti untuk memastikan sama ada tempoh 4 tahun ini merupakan tempoh terburuk di dalam sejarah Arsenal mahu pun untuk mengekalkan individu-individu yang amat penting di dalam Arsenal. Sejak ditubuhkan pada 1888, Arsenal belum pernah gagal selama 4 musim untuk memenangi sebarang trofi utama, sekiranya kegagalan di Emirates awal pagi nanti, ia bukanlah cerita yang indah buat kelab. Apatah lagi, kegagalan akan merisikokan beberapa individu mungkin keluar meninggalkan utara London seperti Walcott dan RVP yang belum distatus sahkan kontrak mereka.
Tapi Arsenal diperkuatkan dengan duo yang pulih daripada kecederaan groin iaitu RVP dan Silvestre yang memberikan impak kepada Wenger untuk meletakkan formasi terbaik untuk menewaskan MU yang juga agak terdesak dengan terpaksa meletakkan Ferdinand ke dalam skuad mereka. Status Gallas, Rosicky dan Eduardo adalah setara di mana mereka sudah pun menamatkan musim ini lebih awal daripada rakan seperjuangan lain dan sedikit sebanyak dapat diharapkan pengalaman mereka mampu disalurkan kepada rakan-rakan lain untuk menginspirasikan perlawanan yang cukup besar bagi Arsenal untuk musim ini. Kemenangan memastikan Arsenal akan kembali ke Rome dalam misi mendapatkan piala yang belum pernah tertera nama Arsenal FC di atas badannya dan peluang ini adalah peluang terbaik bagi Arsenal.
Tidak perlu dipertikaikan setakat mana provokasi antara kedua-dua pasukan, sudah pasti rivalry yang sekian lama ini cukup kenal antara satu sama lain cuma sedikit kesalahan dari mana-mana pihak akan menggundang satu penyesalan. MU yang bertandang dengan defisit satu gol oleh jaringan O'Shea walaupun beberapa peluang gagal dimanfaatkan apatah lagi beberapa world class save daripada Almunia memastikan defisit satu gol bukanlah kelebihan yang amat besar bagi MU. Sudah pasti kedua-dua pasukan akan bermati-matian di dalam usaha untuk berada di Rome dan kami yang ribuan kilometer daripada Emirates cuma mampu berdoa kejayaan di Emirates oleh Arsenal mampu menceriakan kami disini.
Jika dihitung dari segi belanjawan pasukan sehinggalah pemain dimiliki Arsenal, ia adalah terlalu kontra dibandingkan dengan MU tetapi Arsenal beraksi atas dasar semangat anak muda yang pastinya akan melakukan sebaik mungkin dan berusaha menggumpul secukupnya pengalaman di dalam karier mereka. Jentera tengah utama Arsenal pada musim lepas cuma tinggal Fabregas sahaja setelah pemergian Hleb dan Flamini ditambahkan dengan kecederaan panjang Rosicky tetapi gabungan muka-muka baru disamping Fabregas seperti Nasri, Song dan Walcott yang semakin menjadi membuatkan ia adalah perubahan amat drastik yang mengembalikan corak permainan Arsenal sebenar.
Option di bahagian pertahanan agak melegakan dan pemain yang bakal digunakan Wenger di pertahanan mendatangkan tanda tanya banyak pihak. Toure sudah pasti diposisinya tetapi bagaimana pula yang lain? Sagna masih belum menunjukkan kemampuan sebenar setelah pulih daripada dijangkiti virus, manakala Clichy yang pastinya terlepas aksi ini bakal digantikan promising player iaitu Gibbs yang semakin menunjukkan kematangan. Eboue adalah option terbaik di right back selain Sagna tetapi overlapping dilakukannya agak menggusarkan sekiranya gagal dikawal kemas kerana counter attack mungkin option terbaik lawan. Djourou yang kelihatan pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut akan bersaing bersama Silvestre bagi berpasangan dengan Toure walaupun Silvestre dilihat mempamerkan dua aksi yang cukup baik sewaktu menentang MU sama ada berpasangan dengan Toure mahupun Gallas.
Option di midfield sememangnya agak banyak terutamanya diposisi center. Tetapi di dalam meletakkan pasukan pada posisi terbaik di dalam offensive serta defensive, pairing Fabregas dan Song adalah yang terbaik manakala Eboue dan Nasri digalakkan untuk bertindak sebagai pengapit kedua pemain ini. Adalah lebih baik meletakkan Walcott sebagai super sub bagi mengugat pertahanan lawan yang keletihan. Sekirannya keempat pemain ini bertindak di jantung Arsenal, ia adalah amat sesuai untuk mengaplikasikan formasi 4-4-2 dibandingkan 4-5-1 atau 4-2-3-1 yang mungkin mematikan target man. Diaby dan Denilson harus diletakkan di bench jika tidak mahu merisikokan pasukan!
Bahagian serangan tidak kurang pentingnya kerana Arsenal sememangnya memerlukan sekurang-kurangnya satu gol dan cleansheet untuk membawa permainan ke masa tambahan maka bahagian ini amatlah penting. Adebayor, van Persie, Vela dan Bendtner adalah optionnya tetapi sekiranya kegasakan Wenger mahukan gol lebih awal, jangkaan yang pasti ramai jangkakan sudah pasti van Persie dipasangkan bersama Adebayor. Mungkin Bendtner dipromotekan setelah mempamerkan aksi lebih baik dibandingkan Adebayor kebelakangan ini, tetapi siapa bakal didrop? Entahlah, aku serahkan sepenuhnya kepada Wenger untuk memilih formasi terbaik. Yang pasti kami mahukan kemenangan dan ke Rome tiga minggu lagi!
Dan pemain terbaik di OT iaitu Almunia sudah pasti mahukan pintu golnya cleansheet dan membawa Arsenal ke Rome. Dengan dia sebagai pemain tertua di Arsenal, pengalamannya amat diharapkan bagi mengawal pintu gol cukup baik. Jujurnya aku agak nerves pada aksi ini, diharapkan kemenangan mampu dijanakan, sebab aku tidak mahu episod duka dalam kempen piala ini diteruskan. Apa-apa pun selamat maju jaya Arsenal! Saksikan di ESPN jam 2.30 pagi. Streaming link akan dipost di shout box nanti. Check it out! Adios!
1 ulasan:
Gunners had been looser in this game..
kecewa..
goal pun hasil ehsan pinalty..
semua tak menjadi..
lawan main bertahan bukanlar alasan..
tak tau lar nak komen apa lagi..
:(
Catat Ulasan