Ahad, 17 Mei 2009

Gameweeks 37: MU vs Arsenal - Post Match


Kunjungan Arsenal ke Old Trafford bagi memberikan ruang kepada aksi penentuan liga di minggu hadapan nampak gayanya gagal apabila keputusan seri membawa erti cukup besar bagi MU untuk meraih kejuaraan liga buat kali ke 18. Dilihat pada line up, memang banyak perubahan dibandingkan dengan aksi di liga juara-juara Eropah di mana kecederaan groin dialami oleh Adebayor dan Silvestre membolehkan Denilson dan Diaby diletakkan sebagai pembantu Fabregas di tengah padang.


Dilihat pada formasi digunakan, Arsene seolah-olah mencuba berjinak-jinak dengan taktikal yang baru apabila meletakkan van Persie sebagai target men manakala Silvestre yang mengalami kecederaan digantikan dengan Song sebagai pasangan Toure dengan option sebelum ini Djourou diketepikan dari kesebelasan utama. Nampak gayanya apa yang dilakukan Wenger menunjukkan sesuatu yang cukup positif apabila keseluruhan permainan dikuasai Arsenal dengan creating chances yang cukup efektif cuma ketumpulan di final third sekali lagi menidakkan 3 mata. Dan pastinya, kawasan tengah padang dijajah oleh Captain Fabregas yang menutup setiap peluang yang cuba diciptakan MU.


Keputusan seri, berjaya mengawal segenap pelusuk padang dan mematikan langkah pemain-pemain MU sebagai aset menunjukkan reaksi setelah 3 kekalahan berterusan yang amat mengecewakan sekali. Nasib sekali lagi gagal membuatkan Arsenal sekadar memperolehi 1 mata terutamanya rembatan disudut kanan van der Sar oleh Fabregas hanya digagalkan oleh tiang gol, sekiranya berjaya ditukarkan kepada jaringan sudah pasti niat untuk MU berpesta terpaksa ditangguhkan.


Apa yang paling mengecewakan adalah reaksi daripada pengadil perlawanan yang cukup nyata sekali biased, bayangkan setiap kali tackle dilakukan Arsenal pasti dimurahkan rezeki dengan layangan kad kuning, jika dilihat dua tackle dari belakang yang dilakukan Tevez kepada Fabregas cuma diberikan amaran lisan, ke mana pertimbangan seorang pengadil, usah persoalkan diving queen, bukan boleh dicuit, pasti mengelongsor bergolek jatuh. Ini antara faktor yang melemaukan aku dengan aksi EPL!


Bagi aku, Toure, Song, Sagna, Gibbs, Fabregas, Arshavin, Nasri dan van Persie menampilkan aksi cukup baik manakala Diaby merupakan individu yang paling mengecewakan, lebih malas, tak efektif dan banyak mengelamun membuatkan aku agak mual. Perlu diingat, aksi ini dan minggu hadapan merupakan salah satu faktor yang bakal menentukan siapa bakal disingkirkan oleh Wenger pada musim panas nanti. Sekiranya aksi sebegini dipamerkan dan memperbaiki kelemahan di final third ditambah pula dengan kelibat beberapa new signing (experience dan pastinya kehadiran semula Eduardo dan Rosicky), pastinya kemarau piala mampu ditamatkan. Adios!