Highlights : Rapidshare Mediafire
21 games unbeatean, sudah pasti beraksi di dalam liga juara-juara Eropah musim hadapan, cuma tinggal 2 misi sahaja untuk diselesaikan bagi musim ini iaitu berada di final liga juara-juara Eropah musim ini dengan menewaskan MU di Emirates dan berada di posisi ketiga liga bagi melayakkan diri secara automatik liga juara-juara Eropah tanpa perlu melalui peringkat kelayakan terlebih dahulu.
Setelah mengalami kekalahan di OT, kata-kata Wenger untuk menyediakan 1st 11 dengan merehatkan satu atau dua pemain menentang Pompey bagaikan satu permainan minda dilakukannya. Dengan mengekalkan cuma 3 pemain yang beraksi di OT, kemenangan masih mampu dicipta dengan berjaya menewaskan Pompey dengan perbezaan 3 gol apatah lagi purata umur pemain pada aksi ini menurun yang bermakna Wenger menurunkan bukan pemain utama.
Fabianski, Vela, Bendtner, Djourou, Eboue, Ramsey, Denilson dan pastinya Arshavin bersama-sama Song, Sagna dan Walcott diletakkan sebagai 1st line up. Cuma Denilson yang aku rasakan tiada fungsinya, Bischoff, Randall dan Merida diberikan kesempatan untuk beraksi dan merasai aksi EPL, paling dilihat menyerlah adalah Bischoff di mana dia mampu mengawal baik flank kanan walaupun seorang center midfield dan pastinya dia juga berjaya mengimbangi corak fizikal dipamerkan Pompey.
Separuh masa pertama dikuasai oleh Arsenal. Crossing dilakukan oleh Arshavin yang bertindak sebagai kapten atas professionalismnya ditanduk oleh Bendtner yang menuju kepada David James tetapi kegagalan penjaga gol England ini menangkap kemas tandukan Bendtner membuatkan Arsenal mendahului dengan satu gol. Gol kedua yang agak kontroversi melalui penalti yang diambil oleh Bendtner setelah tackle Sean Davis dilihat menyentuh bola tetapi cuba dinafikan oleh Arshavin kepada referee dan kesannya, Arshavin di-boo oleh peminat Pompey.
10 minit babak kedua dilihat Pompey cuba untuk bangkit dengan memasukkan Kanu sebelum bermulanya babak kedua. Beberapa serangan mereka digagalkan oleh Fabianski dan pertahanan walaupun terdapat beberapa situasi kelam-kabut. Dan akhirnya peluang diambil oleh Arsenal, melalui rembatan Arshavin yang tertampan pertahanan lawan, akhirnya Vela melakukan low shot yang sukar untuk dijangkau oleh David James.
So pemain-pemain muda ini telah menunjukkan aksi yang cukup matang cuma dari segi kawalan mental perlu dikuatkan, sekiranya itu mampu dilakukan, aku percaya, mereka mampu beraksi lebih kerap bersama 1st team. Ramsey, Vela dan Bischoff menunjukkan mereka bagaikan promising player untuk beraksi sebagai 1st team Arsenal satu hari nanti. Adios!
2 ulasan:
rabu subuh harap arsenal bagi yang terbaik untuk surporter ( gonners )
tak boleh nak confident sangat.. takut kecewa lagi..
harap2 apa g kita harapkn tu menjadi kenyataan yer..:)
Catat Ulasan