"Jika kami tidak menghormati kelab-kelab yang lain, saya yakin bola sepak akan menuju ke arah yang berlainan.
"Kami tidak boleh melakukan seperti mana (Presiden Real) Ramon Calderon lakukan kepada United dengan memberitahu, kelab itu tidak boleh menahan seseorang pemain untuk berpindah.
"Kamu tidak boleh menentukan masa depan seseorang pemain di dunia, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," jelas Wenger.
Ketika ini, United ternyata berang dengan sikap Calderon yang dilaporkan masih tidak berputus asa untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo.
Dalam masa yang sama, United didakwa cuba mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov dengan cara yang salah sehingga Spurs telah membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA).
Liverpool juga berdepan tindakan selepas cuba untuk mendapatkan penyerang, Robbie Keane serta kapten Aston Villa, Gareth Barry.
Wenger yang tidak berpuas hati dengan cara Barcelona untuk mendapatkan penyerangnya, Emmanuel Adebayor menambah: "Kelab besar perlu ada nilai dan visi serta menjadi contoh yang baik."
info: KOSMO ONLINE
3 ulasan:
betul mahhh..
die orang ingat duit tuh sgala gala nya..
tengok musim nie..
Gunners hentam kat dia orang
kosmo?nice
hehe..
Catat Ulasan