Nasib kurang menyebelahi Arsenal! Itu yang mampu aku perkatakan. Perlawanan yang fast, menarik dan menyeronokkan dengan aksi yang sememangnya menonjolkan kelas tersendiri pasukan dari liga Inggeris tapi perlawanan ini lebih menyerlah bagi Arsenal terutamanya di babak kedua.
Gol pembukaan oleh Adebayor pada minit ke-23 hanya mampu memberikan kelebihan bagi Arsenal untuk tempoh tiga minit sahaja. Hantaran curl oleh van Persie berjaya disudahkan oleh Adebayor melalui tandukan kemas. Tiada perebutan di udara!
Kesilapan melakukan clear oleh Flamini yang terkena kaki Steven Gerrard membuatkan pemain ini berjaya membawa bola masuk ke dalam kotak sebelum hantaran lintang rendah menemui Dirk Kuyt dan bola seakan-akan terkena kaki Gael Clichy menerjah jaring Arsenal.
Bermula detik itu, Arsenal melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu Liverpool. Tapi kekebalan benteng Liverpool gagal ditembusi.
Babak kedua perlawanan, Arsenal memasukkan Theo Walcott setelah van Persie mengalami kecederaan otot. Nyata kemasukan Walcott menguatkan bahagian serangan Arsenal dan percubaannya hampir membolosi gawang Reina. Asakan Arsenal di babak kedua menyebabkan Dirk Kuyt bermain sebagai pertahanan kanan kedua Liverpool.
Peluang terbaik Arsenal muncul setelah hantaran lintang Adebayor menemui Fabregas tetapi rembatan rendahnya mengenai kaki Nicklas Bendtner. Satu peluang keemasaan yang disia-siakan.
Beberapa minit berselang, asakan oleh Alex Hleb yang mengelecek tiga pemain dan berjaya masuk ke kotak penalti Liverpool dan dijatuhkan oleh Kuyt tetapi pengadil bertindak tidak memberikan penalti kepada Arsenal.
Serangan bertubi-tubi kali Arsenal gagal menambahkan jaringan dan perlawanan timbal balik di Anfield memberikan kelebihan kepada Liverpool kerana memiliki jaringan di tempat lawan tetapi aku percaya Arsenal masih mempunyai peluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan