Selepas aksi yang bukanlah maksimum yang mampu diberikan oleh Walcott tapi akhirnya kelihatan sedikit perubahan daripada permainan Walcott yang aku rasakan lebih baik terutamanya dari segi larian-larian break away yang banyak mengucar-kacirkan pertahanan Sunderland. Dan sudah terbiasa, pantas media British kembali menghangatkan kembali nama Walcott ke dalam senarai kunjungan ke Afrika Selatan bersama skuad England pada Julai nanti.
Mungkin aku boleh ibaratkan mereka [media England] terlalu gopoh, terkejar-kejar, drastik dan plastik dalam setiap artikel yang diberikan. Sebagai contoh, mereka merasakan Walcott bagaikan sukar untuk kembali ke skuad utama England tetapi kecederaan hampir dua musim Owen Hargreaves bagaikan suatu tonik untuk skuad England. Pelik, aku rasa jika pemain yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad England seperti Joe Hart, Milner, Ashley Young, Agbonlahor dan Downing tidak disenaraikan, sebaliknya pemain yang kurang beraksi musim ini diberikan peluang, memang tidak adil.
Kenapa aku senaraikan pemain Aston Villa? Aku rasakan mereka cukup promising tetapi apakan daya, England masih lagi sama seperti 4 tahun lepas, bagaikan pasukan yang terlalu fanatik dengan pemain yang cuma hebat pada nama. Jujurnya, aku berani perkatakan, sekiranya Capello tidak memecahkan pemain tengahnya yang ditunjangi Lampard, Gerrard dan Barry, aku yakin, England akan kempunan untuk mengulangi kejayaan 1966 kerana sejak mula aku melihat ketiga-tiga pemain ini beraksi bersama-sama, langsung tiada keserasian dan perfahaman.
Dan aku juga merasakan Walcott tidak perlu mendesak diri untuk beraksi sebaik mungkin untuk tiket ke Afrika Selatan sebaliknya jika dia beraksi dengan lebih yakin dan tenang, tiket jemputan itu akan datang dengan sendirinya. Tekanan pada Walcott sejak WC 2006 sebenarnya mempengaruhi kedudukan dia sekarang dan jika dia gagal sekali pun untuk berada di Arfika Selatan, peluang dia untuk aksi WC lain bersama kompatriot sebaya dengannya masih cerah.
2 ulasan:
tapi bro..
Capello cakap:
Millner pemain yang pasti dalam squad ke WC2010 nie nanti
tp xsure lg 1st 11 kn, aku rasa susah dorg nk break dlm 1st 11 england..
Catat Ulasan