Ahad, 28 Februari 2010
3 point " BERDARAH "
Walau kemenangan 1-3 Arsenal mengutip 3mata berharga, terasa hambar bila 1 lagi rakan Gunners terkena musibah mengerikan.
mungkin insiden tackling minit 66 amat menggerunkan sampai kan rangkaian tv pon tak berani nak tayang ulang insiden yang berlaku.
AW mengutuk keras Ryan Shawcross yang berkata tidak sengaja sampai berlaku insiden terbabit.
( babi punye orang, mari aku patahkan kaki burok engko tu, pas tu aku cakap tak sengaja, main macam siyal jerrr, nak menang dengan taktik kotor ).
Posting kali nie, mari lar kita ramai2 turut bersatu dalam doa untuk Ramsey, agar kecederaan yang di derita nya tak lar sampai menamatkan karier di dalam usia yang masih begitu muda lagi.
P/s:
Bro Hafez Sorry semalam tak pergi joint kat seksyen 15. ( bab yang aku bagi tau engko, jangan pecah lubang tau, malu aku nanti kang ).
gap berbaki 3 point dari pendahulu Chelsea, Harap2 konsisten selepas nie berterusan.
Sabtu, 27 Februari 2010
Pre : Stoke. C vs Arsenal.
Arsenal yang dalam dilema performa naik turun dan dilanda kecederaan ramai pemain inti.
RVP, Djourou, Gibbs individu yang ambik cuti panjang, Arshavin, Gallas yang masih belum boleh turut serta ke The Stadium of Britania, Dudu yang 50-50, memang menyakitkan kepala penyokong2 fanatik Arsenal ( kepala AW lagi larr ).
Stoke musim lepas di rumah sendiri membenam Arsenal 2-1, tampil memukau 7 perlawanan tanpa kalah, belum masuk masuk kira 1 draw di rumah M.C dan 1 draw + 1 kemenangan melawan Man. C di rumah sendiri Perlawanan FA Cup, menyaksikan si SAYOR KAILAN PENGKHIANAT kene red card - dapat bonus hujung bulan 4 kali kene gantung perlawanan ( padan muke die wakakakakaka ).
Tuan Rumah.
Stoke City.
Performa yang semakin meningkat menambah kepercayaan diri pemain2 Stoke, walau pon hanya berharap Throw in Delap yang memang patut di bagi ibu jari ( macam kacang Ngan nyin ).
Arsenal sendiri dah pon beberapa kali kecundang padah dari throw in delap yang memang luar biasa walau jarak lebih dari suku padang mengarah ke Gawang, dapat menghasilkan Gol.
Ricardo Fuller yang semakin tajam, menempatkan dirinya antara striker yang patut di beri perhatian pihak lawan.
Arsenal.
Tanpa kelibat Arshavin dan Dudu, nampaknya Bendtner masih menjadi sandaran bagian hadapan Arsenal.
Aksi kurang bertenaga menang ke Atas Sunderland di hadapan penyokong sendiri boleh dikatakan nasib baik ada pinalty di minit terakhir perlawanan.
Squad Predict(Corak bertahan):
Almunia
Eboue-Campbell-Vermaelen-Clichy
Denilson-Song-Diaby(adik angkat bro Hafez)
Walcoot-Nasri
Bendtner
Score Predict:
Stoke 1
Arsenal 2
P/s:
Kali ini Expert predict Arsenal menang dengan perbezaan 1gol. Pengulas sukan siyal tak bagi predict.
Suboh nie memang betoi2 menjadi penentu hala tuju Arsenal untuk saingan BPL.
Risau simpan player untok Leg 2 vs Porto, kalau macam tu juga, tahan2 mental jerrr larrr.
Walau pe pe pon Q tetap sokong Gunners forever.
Jumaat, 26 Februari 2010
Bergkamp pelawa Arsenal untuk rekrut Attacking Midfield muda Ajax.
Profile:
Lahir: 26hb Jan 1992
Warga Negara: Denmark
Tinggi: 173 cm.
Peranan: Attacking Midfielder.
Mamat Denmark nie mempunyai baki contract 1 thn je lagi, Jol ingin extend dan ikat budak nie bab Chelsea & Man. U turut berminat mendapatkannya.
Bila berminat AW kena bertindak pantas, bab mamat nie dah pon melakukan uji cuba ngan Chelsea dan Barca.
Arsenal juga mengintai bakat pemain muda Islandia 17 tahun, Ingolfur Sigurdsson, untuk menjalani uji cuba. Midfield asal club Knattsplyrnufelag Reykjavikur itu terus menjaringkan gol pada perlawanan U-16 Arsenal melawan Fulham minggu lepas.
P/s:
ini project 5 thn ke depan, jadi jangan berharap sangat, Cescs tu lain kes, bab P. Viera dah tua.
Mana lar tau boleh jadi Reserve baik punya untok FA Cup dan Carling.
Arsenal tengah dalam dilema, nak berhadapan ngan Stoke yang On Fire, boleh ke tidak Arsenal redam Stoke kita tunggu jerr, Pasal Posting Game Stoke City Vs Arsenal Bro Hafez yang postingkan jerr lar, siap ada link Streaming lagi.
Rabu, 24 Februari 2010
Hutang Arsenal Meningkat!
Mungkin kedudukan liga sekarang melihatkan Arsenal berada di kedudukan terbaik untuk merapatkan jurang mata tambahan pula lawan Arsenal awal pagi Ahad nanti iaitu Stoke City perlu berhempas pulas di Manchester untuk mengekang Manchester City dari layak ke suku akhir piala FA. Dengan Arsenal segar dengan seminggu, ini kelebihan yang perlu digunakan sebaik mungkin. Dan begitu juga di kem Chelsea, mungkin kita boleh mengharapkan keputusan negatif untuk mereka apabila mereka menerima kunjungan City di mana mereka terpaksa terbang ke Milan hari ini dan beraksi pada hari Sabtu untuk kempen liga.
Dengan baki kurang dari 3 bulan saingan liga di Eropah bakal tamat, apa-apa pun keputusan di luar jangkaan mampu berlaku, sama ada positif atau negatif buat Arsenal dan juga pasukan lain. Untuk berlaku tidak adil, aku perlu katakan, keputusan Arsenal nanti pada May lebih positif. Optimistik adalah penting buat masa sekarang dan fokus dari satu perlawanan kepada perlawanan lain amat diperlukan. Kurang pengalaman adalah alasan tidak masuk di akal kerana aku percaya Arsenal musim ini lebih baik dengan semangat sepasukan dan ini dapat dilihat sejak musim lepas di mana Arsenal berjaya kembali ke pasukan 4 teratas liga jadi musim ini adalah tidak mustahil untuk mengambil balik semangat musim lepas dalam usaha merangkul kejuaraan liga dan UCL.
Sehingga berjumpa pada entri seterusnya.
Selasa, 23 Februari 2010
WC 2010; England Perlukan Perubahan
Mungkin aku boleh ibaratkan mereka [media England] terlalu gopoh, terkejar-kejar, drastik dan plastik dalam setiap artikel yang diberikan. Sebagai contoh, mereka merasakan Walcott bagaikan sukar untuk kembali ke skuad utama England tetapi kecederaan hampir dua musim Owen Hargreaves bagaikan suatu tonik untuk skuad England. Pelik, aku rasa jika pemain yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad England seperti Joe Hart, Milner, Ashley Young, Agbonlahor dan Downing tidak disenaraikan, sebaliknya pemain yang kurang beraksi musim ini diberikan peluang, memang tidak adil.
Kenapa aku senaraikan pemain Aston Villa? Aku rasakan mereka cukup promising tetapi apakan daya, England masih lagi sama seperti 4 tahun lepas, bagaikan pasukan yang terlalu fanatik dengan pemain yang cuma hebat pada nama. Jujurnya, aku berani perkatakan, sekiranya Capello tidak memecahkan pemain tengahnya yang ditunjangi Lampard, Gerrard dan Barry, aku yakin, England akan kempunan untuk mengulangi kejayaan 1966 kerana sejak mula aku melihat ketiga-tiga pemain ini beraksi bersama-sama, langsung tiada keserasian dan perfahaman.
Dan aku juga merasakan Walcott tidak perlu mendesak diri untuk beraksi sebaik mungkin untuk tiket ke Afrika Selatan sebaliknya jika dia beraksi dengan lebih yakin dan tenang, tiket jemputan itu akan datang dengan sendirinya. Tekanan pada Walcott sejak WC 2006 sebenarnya mempengaruhi kedudukan dia sekarang dan jika dia gagal sekali pun untuk berada di Arfika Selatan, peluang dia untuk aksi WC lain bersama kompatriot sebaya dengannya masih cerah.
Isnin, 22 Februari 2010
Steve Bruce: Chamakh akan menjadi pemain hebat jika bersama Arsenal
Artikel yang belum ada asasnya yang menyebut Arsenal sudah mendapatkan pra-kontrak Chamakh untuk 4 musim dengan bayaran 50k seminggu yang juga menolak tawaran lumayan Liverpool dengan tambahan 10k seminggu mungkin tidak boleh dipercayai buat masa sekarang. Mungkin faktor kempen musim ini masih lagi berjalan, jika terdapat pra-kontrak sekali pun, semestinya pihak Arsenal tidak akan menghebohkannya bagi menghormati Bordeaux yang masih memiliki Chamakh.
Selain heboh mengatakan Chamakh akan memilih Arsenal, sebaliknya Wenger masih berdiam diri dengan fokus baki kempen musim ini yang semakin menuju ke klimaksnya menjadi keutamaan Arsene. Dan disebalik keputusan di Emirates, Steve Bruce menyatakan kepada media yang Chamakh akan lebih baik jika beraksi bersama Arsenal.
“If he’s gone on to sign for Arsenal, that shows how good he is and we wish him the best of luck. He’s a very good striker who will relish playing at a club like Arsenal.”
Ahad, 21 Februari 2010
Wajah Baru
Post Match Gameweeks 27: Arsenal 2 - 0 Sunderland
Mungkin aku berani perkatakan aku cukup tidak senang duduk bersama-sama Q di Ameer Ali sehinggakan jaringan penalti yang dilakukan Fabregas yang memastikan tiga mata penuh bakal dimiliki selepas banyak peluang keemasan gagal disempurnakan. Jika dilihat aksi Sunderland semalam boleh aku perkatakan mereka tidak beraksi secara maksimum setelah gagal meneruskan aksi cemerlang seperti di Stadium of Light sewaktu menentang pasukan utama liga terutamanya Arsenal, MU, Chelsea dan Liverpool.
Ok, berbalik kepada aksi semalam, kredit berlambak-lambak perlu diberikan kepada Eboue yang banyak menjelmakan kreativiti dalam serangan Arsenal terutamanya sumbangannya kepada gol pertama Arsenal yang dijaringkan oleh Bendtner. Jika tidak melampau, boleh aku perkatakan aksinya seakan-akan menjelmakan aksi cukup mantapnya pada permulaan diubah posisi di bahagian kanan midfield di mana aksi Emirates Cup sewaktu menentang Inter Milan yang membuatkan pertahanan Inter cukup kelam-kabut mengekang dribble yang dilakukannya. Jadi aku tak hairan kenapa Eboue menampakkan aksi ofensif lebih baik pada musim ini.
Kelibat talisman Arsenal iaitu Fabregas kali ini lebih bebas di bahagian tengah dengan aksi defensif mantap oleh Song yang mengawal bahagian tengah cukup baik dan memberikan ruang lebih kepada Ramsey dan Fabregas untuk membuka perlawanan. Sekali-sekala Fabregas terlibat di luar kawasan bersama-sama Bendtner dengan membuka ruang kepada Walcott untuk mengelirukan pertahanan lawan, nampak agak berhasil cuma masih belum optimum, jika cukup syaratnya, jumlah 2 gol yang dijaringkan mungkin digandakan lebih besar.
Di bahagian pertahanan dilihat lebih tenang dengan Sunderland cuma menyerang sekali-sekala dan gandingan Silvestre bersama Vermaelan dilihat agak rileks dan sekali-sekala juga Vermaelan bebas membantu bahagian serangan. Posisi kontroversi Arsenal sekarang kembali diambil oleh Almunia, walaupun jumlah ujian kepadanya cuma boleh dikira dengan jari tetapi save cukup baik sewaktu Darrent Bent menerima hantaran Kewynes Jones perlu diberikan kredit kepadanya di mana aku merasakan sekiranya Bent berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Almunia, agak sukar untuk Arsenal kembali comeback, bukan tidak yakin cuma dua perkara berlegar di minda, mental pemain Arsenal akan diganggu dan Sunderland bertukar menjadi lebih aktif! Begitu juga percubaan Campbell daripada thru pass Kieren Richardson yang juga diselamatkannya.
Dan positifnya aksi ini, aku dapat melihat keserasian cukup baik di antara Clichy dan Nasri yang kerap melakukan satu dua yang menarik pemain lawan ke kawasan Arsenal sebelum merentap kembali dengan larian promising Nasri. Selain itu Clichy juga semakin menghampiri match fitness yang diperlukan Arsenal di bahagian flank cuma sesuatu yang masih menghantui dirinya adalah teknik crossing yang belum lagi mampu step up dengan lebih baik.
Walaupun jumlah serangan Arsenal gagal disudahkan dengan baik terutamanya dari Walcott dan Bendtner, tapping mudah Bendtner yang menewaskan Craig Gordon mampu memberikan tahap keyakinan lebih baik kepada Bendtner terutamanya dia yang baru pulih daripada kecederaan panjang memerlukan keyakinannya meningkat mendadak terutamanya baki aksi selepas ini memerlukan fokus setiap perlawanan diharungi dengan maksimum, begitu juga Walcott walaupun gagal menjaringkan gol tapi sejak pulih dari kecederaan, aksi semalam paling menampakkan dia akan kembali kepada top formnya.
Dengan 6 mata ketinggalan dari pendahulu liga (Chelsea) dan 2 mata dari MU yang juga bakal beraksi awal untuk game ke 28, persaingan merebut kejuaraan liga nampaknya semakin menarik Arsenal dalam saingan tiga penjuru. Sudah pastinya kedua-dua pasukan bakal menggugurkan mata apabila beraksi sesama sendiri nanti tetapi Arsenal perlu juga berwaspada dengan aksi selepas ini yang dilihat mudah pada mata kasar tetapi perlu berhati-hati.
Highlights For Download: HERE
P/S:
OK, kat sini juga aku berharap suatu hari nanti kita mampu deal port untuk menyaksikan game Arsenal bersama-sama dan setelah sekian lama, dapat juga aku menonton aksi Arsenal bersama Q dan isterinya. Memang aku agak kurang ramah sangat tetapi kalau borak pasal bola terutamanya Arsenal, mulut pun jadi cam bertih jagung. So nanti kalau ada cadangan sila post di shout box, untuk lebih fair, pastikan gamenya beraksi lebih awal, jadi senang nak jumpa.
Sabtu, 20 Februari 2010
Pre : Arsenal Vs Sunderland.
Khamis, 18 Februari 2010
Porto 2 - Arsenal 1
Gol Porto di minit 10 memang totally kesilapan Fabiansky, Gol penyamaan Campbell cukup menaikkan daya juang Arsenal.
Bermain di hadapan penyokong sendiri sememangnya 1 kelebihan yang besar untuk pasukan Porto bermain sangat bertenaga di banding Arsenal, walau Arsenal memiliki skill individu yang lebih dari squad Porto.
Porto bermain keras untuk menutup kelemahan mereka, Cescs merupakan target utama terjahan keras.
Cescs kurang mendapat kesempatan untuk melakukan tugas dengan baik, sebab keseluruhan pemain Porto melakukan segala cara untuk mengekang Cescs. ( Siyal punya Refree, mata buta )
Gol ke 2 Porto sememangnya tak layak langsung, pasal free kick yang di beri, Q tak leh nak bangkang, mungkin sudut pandang Refree yang berbeza dengan apa yang di tayangkan kat TV, tapi free kick yang di ambil, Vermaelen dah pon angkat tangan untuk refree tahan kejap, memang porto nak menang guna pakai segala cara. ( maklum lar, refree nie memang mangkuk besar, dia nie lar refree play off France vs Ireland yang bagi gol kemenangan kontroversi jaringan assist tangan ghaib Legend kita Henry )
nak cam ner, kalah tetap kalah, tapi tak puas hati bila kalah cam nie.
AW pon 1 hal jugak, dah hampir semua game Arsenal kalah, bab Counter attack dari permainan defend lawan, tapi tak jugak nak beli striker masa separuh musim yang baru lepas.
tak pe lar, Porto, we wait our 2nd leg at Emirates, we will pay back ur dirty 2nd goal.
P/s :
dah lar mengantuk gilerr, kalah pulak tu, masuk kedai mamak, terus porto score mudah kesilapan Fabiansky.
Vs Sunderland nie, kene pakai Vita mannone agak nya.
Selasa, 16 Februari 2010
Pre : Porto vs Arsenal.
May 24 '09 Porto - Sporting Braga 1-1 D
May 16 '09 CD Trofense - Porto 1-4 W
May 10 '09 Porto - Nacional Funchal 1-0 W
May 03 '09 Maritimo Funchal - Porto 0-3 W
Apr 26 '09 Porto - Vitoria Setubal 2-0 W
Apr 19 '09 Academica de Coimbra - Porto 0-3 W
Apr 11 '09 Porto - Estrela Amadora 3-0 W
Apr 04 '09 Vitoria Guimaraes Porto 1-3 W
Mar 15 '09 Porto - Naval Primeiro de Maio 2-0 W
Mar 07 '09 Leixões Matosinhos - Porto 1-4 W
Aw target Draw 0-0 kali nie, dengan absentnya Alex Song dan Gallas+Vermaelen yang masih 50-50, mungkin kah game kali ini di hadapan penyokong Porto Fc akan berkahir draw??? alternatif last man yakni Campbell yang terkhir kali turut dalam saingan CL 2006, Final ARsenal kalah 1-2 pada Barca yang mana gol Arsenal di jaringkan oleh Campbell. Vermaelen memaksakan diri dengan ubat penahan sakit yang depa ambik khas untuk berkunjung ke Porto.
atau ini hanya perang Psyco yang di lancarkan AW semata mata bab mengatakan berharap draw dan tak di bolosi kat markas Porto nanti?? bab jentera Serangan Arsenal bertambah yakni Dudu dan Bendtner yang available untuk game kali ini, mungkin kah Squad Young Gunners dapat menutup mulut celupar yang mengatakan Arsenal terlalu " HIJAU " untuk jadi juara???
Feb 10 '10 Arsenal - Liverpool 1-0 W
Feb 07 '10 Chelsea - Arsenal 2-0 L
Jan 31 '10 Arsenal - Manchester Utd 1-3 L
Jan 27 '10 Aston Villa - Arsenal 0-0 D
Jan 20 '10 Arsenal - Bolton 4-2 W
Jan 17 '10 Bolton - Arsenal 0-2 W
Jan 09 '10 Arsenal - Everton 2-2 D
Dec 30 '09 Portsmouth - Arsenal 1-4 W
Dec 27 '09 Arsenal - Aston Villa 3-0 W
Dec 19 '09 Arsenal - Hull City 3-0 W
Isnin, 15 Februari 2010
RVP yang tengah cidera pon ramai nak masuk meminang.
Tapi bukan bermakna semua Pemain Arsenal tak setia bab puasa yang berkepanjangan nie, RVP yang tengah di landa kecederaan pon, ramai yang masuk meminang, dari club2 BPL ada Chelsea dan Man. C, dari Seri-A italy; Intermilan, Juventus turut serta dalam cubaan mendapatkan khidmat striker Holland 26 tahun kita nie.
Dudu yang kerap cedera mendapat simpati Wenger bab Dudu tahun nie kurang tampil maksima di hadapan Gawang lawan selaku striker, Tak pe lar dudu, slow slow kayuh, nanti dah semboh, Q nak tengok lu rembat gunting bola depan gawang lawan.
Arshavin, pemain russia kita nie nampak kurang bersemangat separuh musim kedua nie, ego dan kurang bersemangat dalam tiap2 perlawanan.
Khamis, 11 Februari 2010
Kami memang tak cukup tinggi tapi kami tahu main bola tinggi selepas dua kekalahan, mengejut bukan?
Kedua, memandangkan benteng Arsenal tidaklah tinggi so sebagai pemain yang dijadikan contoh kepada rakan sepasukan lain, Fabregas dengan selamba mengangkat tangan sewaktu free kick yang diambil Gerrard hasil dive yang worst dan tak patut diberikan free kick, tak macam Bendtner yang dikenakan layangan kad kuning tapi advantages harus diberikan kepada Arsenal. Lagipun benteng Arsenal sewaktu free kick tersebut berada luar sedikit dari kotak penalti so Liverpool sememangnya tidak layak menerima sepakan penalti.
Tapi aku juga dapat melihat benteng Arsenal masih lagi clumsy dan hampir terjerat sekali lagi melalui counter attack yang bermula daripada hantaran Fabregas kepada Diaby dipintas Kuyt sebelum dia menyalurkan bola kepada Gerrard yang kemudiannya melorongkan bola kepada David Ngog. 2 versus 1 antara Vermaelan, Gallas dan Ngog, larian gamble Vermaelan hampir menghukum Arsenal tetapi tackle kemas oleh Gallas menghalang rembatan Ngog patut diberikan pujian. Tak hairan kenapa Vermaelan berterima kasih kepada Gallas.
Mungkin Almunia yang sebelum ini dikambing hitamkan nampak gayanya mempamerkan aksi lebih baik terutama effort finger tips yang mengagalkan percubaan Ryan Babel. Dan kekuatan mental nampak gayanya berjaya dipulihkan dengan hasil titik peluh berkerja keras meraih kemenangan dan bukannya mudah untuk kembali mendapatkan kemenangan setelah kehilangan 6 mata penuh kepada seteru utama. Paling penting, Arsenal nampak lebih tersusun walaupun sedikit slow corak permainan.
Dengan Chelsea dan MU semalam tergigil di puncak, Arsenal kembali merapatkan jurang mata dengan 6 mata dengan baki 12 perlawanan, sesuatu yang kembali menjadi tonik bagi Arsenal dalam merebut kejuaraan liga yang kali terakhir dicapai pada musim 2003/04. Mungkin adalah lebih baik fokus game satu persatu dan apa yang aku perkatakan mengenai total point untuk menang liga sedikit defisit dan paling maksimum mampu dicapai adalah 86 oleh Chelsea 'jika' mereka tidak menggugurkan sebarang mata, aku katakan 'jika' sebab aku yakin mereka akan gugurkan mata. Serve your right, Ballack!
Arsenal 1 - Liverpool 0
Video nie tak connect ngan game suboh tadi, just for fun lar.
yang pasti adik angkat Bro hafez menjadi hero Arsenal, sport jantung Q tengok game tadi. Free kick Gerrard last minit, nasib baik terkena block player Arsenal, separuh masa 1, Arsenal ibarat Singa terluka, memaksa Liverpool bertahan habis2an.
separuh masa kedua, Liverpool mengorak langkah, memasukkan degen dan Babel, hampir saja gawang Arsenal bolos, rembatan kuat Babel dari luar kotak pinalty sedikit tertepis tangan Almunia.
Almunia sedikit bernasib baik, bab Arsenal yang tampil menyerang, kurang mendapat cabaran dari serangan Liverpool.
Diaby ( adik angkat Bro Hafez ) sangat konsisten dalam tugasan sebagai defend midfield, dan gol yang di cari hasil umpan silang Rosicky.
Rosicky sendiri mempersia sia kan peluang 1 on 1 dengan Reina.
Tak pe lar, dah menang, 3 point berharga selepas Man. U setakat Draw ngan Astonvilla dan Chelsea kecundang di tangan Everton.
agaknya Bro Hafez tengah sibok nak balik kampong sempena cuti raya Cina nie ( itu yang buat depa tak posting belakangan nie ).
Arsenal :
Almunia; Eboue, Gallas, Vermaelen, Clichy; Song, Cescs, Diaby; Nasri(rosicky), Bendtner(sagna), Arshavin (Walcoot).
P/s :
Nanti Q usaha posting game Arsenal Vs Porto ( tapi tak de link streaming lar ).
Untuk yang Berbangsa Cina " HAPPY CHINESE NEW YEAR/ TIGER 2010 "
Selasa, 9 Februari 2010
Forget the past, let's go on.
Dah pon 3musim berturut Arsenal " ON FIRE " di awal musim, dan lembek masa memasuki separuh musim ke 2, kecederaan kerap menjadi isu, tapi yang Q bengang tu, dah lar tau tak de striker, AW masih gak tak nak beli masa transfer separuh musim nie.
poning..poning, kene tiaw kaw kaw kat kilang, dah lar kalah top up Rm. 30, kene perli lak tu.
tak perrr, Q masih berharap walau pon itu boleh dikatakan hanya berharap akan kecuaian pihak lawan.
dah larrrr dah lepas, abaikan jerr larrr.
yang penting game khamis suboh nie, nak layan gak kat kedai mamak, biar menguap macam singa kang time keje, tapi yang buat Q nak layan tu, 10thn saingan liga BPL, Liverpool belom pernah menang dari Arsenal ( Draw ada larr ).
Bab Posting game tu, biar Bro Hafez jerrr larrr, Depa lagi power, siap ada link untuk Streaming lagi.
Ingat lagi ke Marouaone Chamakh, Striker Bordeoux.
itu hari Q dapat tau Liverpool dah sign 25jt Pounds, tak tau cuma angin ahmar jerrr.
sekarang Q dapat tau yang Chamakh lebih memilih Arsenal dari pada Liverpool bila contract depa tamat Jun 2010 nie.
( Harap2 larr jadi joint, AW pegang rambut depa nie, mesti jadi killer depan gawang lawan ).
RVP sedih tengok rakan2 kene buli, berazam untuk pulih secepatnya dari kecederaan patah kaki ulah Chellini siyal tu.
RVP dijangka akan tampil menyarung jersey Arsenal kembali, seawal awalnya April nie, nampak gaya, AW tak boleh nak simpan Intan Payung kite nie, bab tak beli striker masa transfer pertengahan musim.
Ape pe pon, kita tunggu kebangkitan Arsenal. Sokong, jangan tak sokong.
Once Gooner, Gooner forever.
Isnin, 8 Februari 2010
Mental sedikit dipulihkan tapi taktikal memang gagal!
Arsene Wenger perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini dengan taktikal yang sememangnya gagal, termasuk juga pemain yang bukan sahaja beraksi di bawah kemampuan sendiri tetapi bagaikan beraksi tanpa mengenali cara permainan setiap rakan sepasukan. Macam tak kenal sahaja walhal hari-hari training sama-sama.
Aku malas nak ulas dari segi taktikal yang gagal dengan cross simpang siur yang langsung tak masuk akal! Korang sendiri pun dapat tengok, aku tak kesah Arsenal kalah kepada rival besar tapi biarlah kalah yang boleh diterima pakai, ini tidak, kekalahan yang cukup memalukan! Dan sekiranya Wenger tidak mahu bertanggungjawab atas kekalahan ini, aku langsung takkan respek kepada Wenger lagi selepas ini, be a man, oldiest!
So tergelincir 9 mata kepada Chelsea yang masih mendahului liga, dengan Liverpool lawan selepas ini, 3 mata wajib perlu dilunaskan di Emirates! Harapan untuk kejuaraan liga masih ada, perlu kembali beraksi secara maksimum selepas ini dan berharap Chelsea dan MU mengugurkan mata. Dan lawan selepas ini lebih ringan tetapi cukup mendebarkan terutamanya dari pasukan yang cuba merebut top 4 liga.
Metamatiknya Arsenal belum terkeluar dari kejuaraan liga tapi logiknya, hampir terkeluar, kemungkinan untuk kembali ke landasan sepatutnya masih ada dan mampu dibuktikan! Aku masih lagi yakin, perjuangan masih belum tertutup, jika aku masih yakin, kenapa Wenger dan pemain tidak?
Chelsea (A), Liver (H), Sunderland (H), Stoke (A), Burnley (H), Hull (A), West Ham (H), Birmingham (A), Wolves (H), Spurs (A), Wigan (A), City (H), Rovers (A), Fulham (H)
Chelsea:
Arsenal (H), Everton (A), Wolves (A), City (H), Pompie (A), West Ham (H), Rovers (A), Villa (H), MU (A), Bolton (H), Spurs (A), Stoke (H), Liver (A), Wigan (H)... See more
MU:
Pompie (H), Villa (A), Everton (A), Wolves (A), Fulham (H), Liver (H), Bolton (A), Chelsea (H), Rovers (A), City (H), Spurs (H), Sunderland (A), Stoke (H), West Ham (H)
Chelsea pulak aku tengok tough juga game dorang lepas ni. Arsenal tak leh tentu, bukan putus semangat, sebab perlu ingat game next week, Arsenal more to make or break! Yang lain, game macam Everton, City, Villa, MU, Spurs dan Liver tough bagi Chelsea dan boleh berharap mereka gugurkan points.
Bagi MU lak, game lawan Villa, Everton, Liver, Chelsea, Fulham dengan City nampak tough. Masih wide lagi, masing-masing boleh drop points. Dan pastinya team yang kejar no 4 mungkin boleh jadi pengacau utama sebab dorang nya saingan pun sengit. Best emosi musim ni, menarik!