Ahad, 31 Januari 2010

Gameweeks 24: Arsenal vs Manchester United

Emirates Stadium, 11.55 pm, Referee: Chris Foy


Fokus bagi kaki bola malam ini pastinya di Emirates di mana dua seteru EPL bersua muka sekali lagi dalam usaha merapatkan jurang di antara puncak liga. Ok, peminat Arsenal mahu pun MU pastinya tidak akan duduk senang sehingga bermula perlawanan dan tamat pada minit 96. Yeah 96, disebabkan masa tambahan selama 6 minit..hehe. Dan di pihak Chelsea yang sekarang ini berjalan ala-ala dada kembang walhal perut buncit bersembur air liur memprovokasi setelah mendapat kemenangan di Burnley hasil jaringan kemenangan oelh pemain miang, JT.

Pastinya 3 mata ini amat penting dalam memberikan kekuatan mental terutamanya Arsenal yang akan berkunjung ke Stamford Bridge nanti manakala MU yang sedang berada di tahap moral tertinggi sudah pasti mahu meneruskannya. So aku jangkakan game pasti menarik. Jika dilihat pada pemain kedua-dua pasukan, boleh dikatakan kehilangan beberapa tunggak utama Arsenal dan MU dilihatkan sedikit mengganggu tapi atas semangat permainan berpasukan bagi kedua-dua pasukan, ia kelihatannya masalah ini cukup minimum.


Arsenal bermasalah dari segi serangan dengan ketiadaan van Persie dan Eduardo manakala MU kehilangan Ferdinand yang digantung 4 perlawanan, Vidic mungkin juga terlepas aksi ini. Cuma khidmat Vermaelan bagi Arsenal belum diputuskan, masih 50-50 diturunkan, berkemungkinan Sol Campbell menjadi bidan terjun bergandingan dengan Willie G. Buat masa sekarang, aku merasakan peminat MU lebih cool dibandingkan Chelsea yang bagaikan kera dapat bunga, rileks la, musim ini masih jauh lagi. Paling tidak pun, Arsenal dengan game penting Februari ini akan menggalakkan bagi Arsenal untuk membuktikan perebutan takhta liga masih releven dengan menggunakan khidmat tenaga muda.


Susah juga nak meramalkan aksi ini tetapi jika dilihat dari segi permainan kedua-dua pasukan sejak musim lepas, aku menjangkakan aksi fizikal nampak gayanya tidak keterlaluan dan mungkin bermula dengan corak berhati-hati dan diikuti dengan permainan pantas serta kawalan bola di tengah padang. Dan aku juga menjangkakan, pasukan yang menguasai kawasan tengah dengan penyudah cukup tajam pastinya meraih 3 mata berharga. Bukan super biased tapi aku yakin, Arsenal mampu meraih 3 mata kali ini.

Prediction:
Arsenal 2 - 0 MU



Sabtu, 30 Januari 2010

Sabtu Kat Berjaya Times Square K.L

Topic hari nie tak " connect " sikit ngan Squad the Gunners, Q nak berkongsi pengalaman masa bawa bini shopping kat Complex Sungai Wang dan Shooping Complex sekitar.
Mula sekali masa nak parking motor kat Lot Parking Sungai Wang tu, terserempak ngan Mamat Gooner pakai jersey Arsenal ( Home ), Q pon pakai jersey yang sama gak, Mamat tu terus jerrr senyum + angkat tangan kat Q, Q balas angkat tangan + smile gak larrr.
( kene layan bebbb sesama Gooners ).

Tak habih kat sana jerrr, ramai gilerr yang pakai Jersey sama ( Arsenal - Home ), macam Arsenal nak datang Malaysia jerrr. ( Harap2 jadi gak datang tour Asia lepas musim 09/10 nie, AW ada niat nak lawat Asia )

pas tu Q pon bawak binik gi layan shopping Complex kat Berjaya Times Square, masa nak masuk kedai pakaian Giordano tu, terserempak ngan Mamat pakai Jersey Arsenal, Mamat tu pandang Q, Q pon pandang mamat tu, apa lagi, mamat tu terus angkat tangan kat Q, Q pon angkat tangan gak larrr

Masa perjalanan balik tu Q pikir sendiri, petanda apae nie???

pas tu Q ambik kesimpulan, masuk bulan 2 nie, memang cabaran berat menanti Arsenal, harap2 jerrr semangat Gooners nie boleh membawa asa untuk Arsenal tetap bersaing untuk gelaran juara BPL musim nie.

pada Member2 Gooners yang ada kat luar tu, harap tiru semangat Gooners yang Q jumpe kat K.L tu, tak rugi kalau kita angkat tangan, amalan sopan dan budi bahasa adalah kebanggaan dan budaya rakyat Malaysia.

P/s :
bab posting Arsenal Vs Man U tu, kita tunggu jerr bro Hafez ( Abang angkat Diaby :p wakakakaka).
Bab ramai peminat blog nie yang rindukan depa ( Bro Hafez ).

ONCE GOONER, GOONER FOREVER.
Q PROUD TO BE 1 OF GOONERS.

Khamis, 28 Januari 2010

Arsenal turun ke posisi 3 BPL + Vermaelen terancam Absent Vs Man. U di Emirates.

Arsenal hanya berkongsi 1 mata, game week 23 masa bertandang ke kubu Aston Villa,
keputusan draw memaksa ARsenal turun 1 anak tangga dan tertinggal 1point dibawah Man U dan 2point di belakang Chelsea yang menang 3-0 ke atas Birmingham untuk merampas semula kedudukan teratas liga, Chelsea juga masih ada 1 game advantage saingan BPL.
Perlawanan di Villa Park subuh tadi Cesc C.s menyaksikan Vermaelen terpaksa di gantikan Sol Campbell di minit 34.

Ulasan Perlawanan:

Astonvilla yang melayan kunjungan ARsenal, menekan seawal minit ke 3. Rembatan datar Abgonlahor memaksa Almunia harus bekerja keras di awal2 minit perlawanan. Arsenal yang terdesak dengan meraih 3 mata penting juga turut menekan, Denilson ( Pujaan Bro Hafez ) merembat kuat dari luar kawasan kotak Pinalty, dapat ditepis oleh Brad Friedel.
minit 13 Tuan Rumah hampir mendapat gol, Free Kick Ashley Young sedikit tersasar di tepi gawang Almunia.
Perlawanan yang terbuka di pamerkan ke dua dua pasukan menyaksikan perlawanan saling melakukan Counter Attack.
minit 24 Cesc melepaskan rembatan dari tepi gawang, masih juga mengenai defender Astonvilla. Stewart Downing mempersia siakan peluang keemasan minit 32, bermula dari Young melepasi Clichy, hantaran silang ke dalam kawasan kotak pinalty mengena kepala Downing tapi bola melambung tinggi di atas gawang ( Bak Air Asia terbang tinggi ).
1minit menjelang turun minum, Cescs melepasi kawalan defender villa, Friedel dah tumbang, sial bola hanya terkena tiang gawang, Rebound yang di sambut Rosicky masih juga buntu untuk keputusan separuh masa pertama 0-0.

seawal 2 minit sepak mula separuh masa kedua, Clichy yang lolos dari kawalan pemain Villa melakukan hantaran silang untuk Cescs tetap saja tak mengena pada jaring gawang Villa, counter attack bermula dari abgonlahor mengumpan untuk downing sedikit melenceng dari kanan gawang almunia.
Saling berbalas serangan, memang tuan rumah lebih di atas angin, banyak peluang2 di hadapan gawang Almunia, namun Arsenal pun tak kalah dalam serangan balik, Arshavin membawa bola secara solo sampai menembus kotak pinalty, Friedel menepis, bola jatuh pada cesc yang di teruskan untuk rosicky, memang suwey dan juga bukan malam Arsenal, bola masih terkena tiang gawang Friedel.
Arsenal mendominasi akhir minit perlawanan, 7 minit menjelang full time cubaan Nasri masih tak mengena jaring Friedel,
Arshavin merembat datar di masa kecederaan tapi Friedel cemerlang menyelamatkan gawang nya dari di bolosi.
Memaksa Arsenal balik ke Emirates dengan berkongsi 1 mata berharga dengan hasil keputusan akhir Astonvilla 0 - Arsenal 0.


Susunan Pemain

Aston Villa:
Friedel;
Cuellar,Dunne, Collins, L. Young,
Petrov, Milner, Downing, A. Young,
Heskey (Delph 77'), Agbonlahor


Arsenal:
Almunia;
Vermaelen (Campbell 34'), Gallas, Clichy, Sagna,
Denilson, Ramsey, Fabregas,
Rosicky (Nasri 79'), Arshavin, Eduardo (Bendtner 62')

P/s :
Suwey..
Predict player mengena, Score predict lariiiiiii jauh.
Vermaelen mungkin rehat 2bulan bila betoi retak tulang kaki, sial betol larrr masa cam nie larrr pulak, mana nak layan Man U kat Emirates lagi.

Selasa, 26 Januari 2010

Jay-Z is Gooner.

Rapper ternama USA Jay-Z yang juga husband pada selebriti ternama Beyonce, menampik segala spekulasi yang depa peminat Man. C, Bab ada gambar Jay-Z kat stadium Man. C tahun lepas.
Jay-Z menegaskan dirinya fans dari Arsenal dan depa akan undang " The Gunners " bila depa adakan concert kat London.
Segala spekulasi bab Jay-Z minat kat mana dah terjawab, Jay-Z dan sekumpulan selebriti ternama dunia mengaku menjadi Fans Arsenal.

sedikit bab Astonvilla Vs Arsenal.
Kick Off 28 Januari 03.45am

Dah 11 tahun lebih kat Arsenal, Arsene Wenger tak pernah lagi pulang dengan kekalahan dari Villa Park.
Mulai 1994/1995, Aston Villa nak menjadi club pertama mengalahkan seluruh club big four, Leeds United yang terakhir kali dapat mengalahkan 4big four BPL.
Martin O'Neill terdesak dengan semua pemain dalam tahap terbaik untuk mewujudkan impian itu.
Sayang oh sayang che O'Neill, Stephen Warnock dan Stylian Petrov menjalani perawatan bab cedera. kat sisi lain pulak, performa Villa yang kurang konsisten ( Yo-Yo ).
Wenger akan melakukan perubahan besar squad yang kalah ngan Stoke City (FA Cup).
Abou Diaby & Nicklas Bendtner mungkin belum boleh turun ( 50-50 lagi ).

Q squad Predict:
Almunia
Sagna, Gallas ( 50-50), Vermaelen, Clichy
Ramsey, Denilson ( Pujaan hati Bro Hafez ), Fabregas
Rosicky, Eduardo, Arshavin

Res : Mannone, walcoot, Traore, Campbell, diaby ( adik angkat bro Hafez ).

Expert Predict :
Game kat Villa park nie berakhir dengan 1point untuk keputusan Draw.

Q Predict :
Game full of dramatic dengan score Astonvilla 2 Arsenal 3

P/s :
Ulasan sepenuhnya tunggu edisi bro Hafez, yang nie ulasan jerrr.
Untuk The Gunners ini hanya permulaan jerrrr, tapi......
" NOW OR NEVER ".

Ahad, 24 Januari 2010

FA Cup Round 4 : Stoke City vs Arsenal

Aksi padat, mampat dan mantap bagi Januari sehingga Februari diteruskan dengan kunjungan ke Britannia Stadium dalam misi meneruskan kemaraan FA Cup dalam pusingan keempat bagi menuju ke pusingan kelima. Dengan jumlah kecederaan bersilih ganti dan tiada redanya, Arsene pastinya akan menyimpan beberapa pemain penting bagi aksi ini dan memberikan pendedahan kepada pemain muda dan signing 'terbaru' iaitu Sol Campbell untuk beraksi.

Diaby dan Sagna sudah pasti tidak beraksi setelah mengalami minor injury, jadi pemain seperti Craig Eastmond, Jay Emmanuel Thomas, Kyle Bartley, Francis Conquelin dan Gilles Sunu diberikan tugas untuk membuktikan keupayaan mereka. Mungkin kelihatannya formation yang bakal digunakan menggabungkan gandingan pemain di bangku simpanan bersama dengan pemain muda di bawah pengawasan Steve Bould.

Oh ya, di bahagian backline sudah pasti tiada muka Sanderos yang sudah mendatangani perjanjian pinjaman kepada Everton dalam misi mendapatkan aksi lebih banyak untuk regain fitness sebelum menjelang aksi WC2010, good luck! So aku tak sure siapa di kalangan pemain utama yang lain bakal diturunkan ataupun menyertai bench, maka ini formation yang aku predict bakal digunakan Wenger;

GK: Lukasz Fabianski
CB: Mikael Silvestre, Sol Campbell
FB: Armand Traore, Francis Conquelin
CM: Craig Eastmond, Jay Emmanuel Thomas, Fran Merida
FW: Carlos Vela, Sanchez Watt, Gilles Sunu

Khamis, 21 Januari 2010

Gameweeks 22 : ARSENAL FC vs Bolton Wanderers FC

Awal pagi nanti tiada live pertemuan antara Arsenal bertemu Bolton. Nak pulak orang yang ada ASStro kat rumah. Tapi sesapa yang ada internet yang okay, bolehlah layan streaming nanti. Game pukul 4 pagi. Sori tak dapat update, dua hari ni tak sempat nak mengadap internet lepas kerja.

STREAMING

Selasa, 19 Januari 2010

Henry memang LEGEND pun


Hari ini, Isnin mengikut waktu di Eropah telah menentukan keputusan FIFA mengenai isu kontroversi sewaktu perlawanan play off kelayakan WC2010 di antara Perancis dan Ireland yang menyaksikan harapan Ireland ke Afrika Selatan hancur luluh setelah bola terkena tangan Thierry Henry yang menyebabkan Ireland tersungkur di Stade de France dan FIFA secara langsungnya tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Henry. Keputusan yang cukup bijak!

Ok, macam-macam gelaran yang diterima legenda Arsenal ini antaranya The Cheating France dan Hand of Devil! Rasa kelakor pun ada bila difikirkan kenapa Henry sahaja nak diambil tindakan, kenapa pengadil perlawanan tidak diambil tindakan juga? Sudahlah, sekarang aku harap England buka balik la kes Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan pada final WC1986 pulak..hahahaha. Tapi kalau baca news dari artikel media British, Henry memang dihentam puas-puas. Puncanya, dia French, ex-Arsenal dan menidakkan Ireland yang juga sekutu UK.

Cuma satu jer nasihat aku kepada Irish semua, belajar-belajar la layak dengan juara kumpulan, dah tau play-off ni memang risiko...hahaha. Bola, cukup menghiburkan. Game dah tamat, pandang ke depan! Referee yang curi peluang Arsenal menang UCL sewaktu musim 2005/06 pun ada cakap dia tak patut bagi red card pada Lehmann lepas game tamat tapi nak buat macamana, dah habis game, terima jer lah dengan redha, bola sepak, memang beremosi.


Sudahlah Irish, jangan bersedih lagi yer. Buatkan aku kentang putar untuk WC2010 nanti yer. Aku nak makan sambil layan game France. Sabar yer, dah berlalu sudahlah..kekekekekekeke

Mengenai injury; TOTI (Two Out, Two In), agak major boost bila Denilson dan Walcott dapat disenaraikan semula ke dalam skuad yang bakal melayan kunjungan Bolton di Emirates pagi Khamis nanti. Dan van Persie nampak gayanya masih mengikut flow recovery, belum nampak lagi tercepat atau terpelahan recovery dia, so jangkaan April nanti adalah tempoh paling hampir bagi dia.

Bendtner nampak gayanya paling dekat sekarang, mungkin boleh fit pada aksi menentang Stoke City bagi kempen FA Cup di Brittania Stadium tapi Wenger menunda aksi sulungnya tahun ini sehingga bertemu Aston Villa 27 Januari nanti. Nasri dan Ramsey lagi 20 hari, tapi Wenger kata dua-dua ni cepat recovery tapi Wenger play safe, 21 hari maksimum untuk kecederaan mereka berdua. Latest news aku akan update nanti.

Isnin, 18 Januari 2010

Gameweeks 21 : BWFC vs ARSENAL FC; Highlights

/center>



Highlights : [Rapidshare][Megaupload][Deposit Files]

Double Marvellous Spaniard

Jaringan talisman, Cesc Fabregas bersama protege nya iaitu Fran Merida memastikan Arsenal semakin mengekori rapat Chelsea dan MU dalam persaingan teratas liga. So prediction aku mengena dengan tepat sekali cuma dari segi formation tidak tepat disebabkan kecederaan mengejut budak nakal berambut kuning iaitu Samir Nasri.

Dan sekiranya aksi kedua menentang Bolton di Emirates Arsenal memenanginya dengan perbezaan 3 gol, sekurang-kurangnya sehari Arsenal berada di puncak liga, sesuatu yang belum dirasai buat musim ini tetapi pasti di akhir musim nanti! Aksi agresif dengan tackle yang ganas menyerikan lagi aksi ini dan ditambah pula kelibat Tomas Rosicky di tengah padang melanggar pemain lawan dengan selamba nya, nasib baik tidak 'dihadiahkan' kad merah cuma kad kuning sahaja.

Ok, babak pertama keputusan pengadil tidak memberikan sepakan penalti apabila bola 50:50 antara Fabregas dan Jaaskelainen berjaya dicuri Fabregas terlebih dahulu dan kemudiannya attempt Jaaskelainen dilihat terkena pada kaki Fabregas yang sepatutnya dihadiahkan penalti tetapi kemungkinan besar impak sudut sukar dilihat pengadil membuatkan dia berhati-hati dari menghadiahkan sepakan penalti.

Aksi one two antara Eduardo dan Fabregas akhirnya disudahkan Fabregas dengan sepakan leret yang jauh menjangkaui jangkauan Jaaskelainen membolehkan Arsenal mendahului perlawanan. Bermula gol ini, pesta aksi fizikal amat kelihatan yang kadang-kadang tu buatkan aku cuak melihat fizikal kecil pemain Arsenal menerima rempuhan keras lawan.

Dan babak kedua, protege Fabregas iaitu Merida menggunakan peluang sebaik mungkin dengan menewaskan Jaaskelainen dengan rembatan rendah yang juga sukar dijangkau Jaaskelainen. Dengan gol ini, besar kemungkinan ia akan merancakkan kembali kontrak lanjutan Merida yang masih lagi belum berkesudahan.

Aku dah menggantuk, aksi di Reebok dah menang, menunggu pula aksi di Emirates, dengan game yang compact, kekuatan fizikal perlu stabil, dari segi mental tiada masalah ditambah pula keyakinan sekarang membuak-buak. Ok selamat pagi semua!

Ahad, 17 Januari 2010

Khabar-khabarkan kepada anda semua

PENGUMUMAN PENTING

EPLx KOSMO! FOOTBAL FEVER EDISI KE-2
31 Januari 2010, 10.00 PAGI
Sport Planet Subang Grand, Selangor Darul Ehsan
(Lot 604, Jalan Lagoon Selatan, Taman Perindustrian Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan)

DEMAM BOLA KINI KEMBALI LAGI! Sempena keluaran Sisipan EPLx KOSMO! Sertai pertandingan Futsal, Pertandingan PES (Pro Evolution Soccer 2010) PS3, Perlawanan ARSENAL vs MANCHASTER UNITED (Live) di “Big Screen”, Warung-warung makan berkonsepkan KOPITIAM, Perlawanan Futsal Artis, Persembahan Freestyle Bola Sepak dan bermacam-macam lagi aktiviti keluarga seperti Penalty Shoot-Out dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik menanti anda.


FUTSAL TERBUKA (KATEGORI LELAKI)
Yuran Penyertaan RM250

HADIAH FUTSAL KATEGORI LELAKI
Pertama: RM4,500 + Cenderahati
Kedua: RM2,500 + Cenderahati
Ketiga : RM1,500 + Cenderahati
Keempat : RM800 + Cenderahati
Kelima : RM400 + Cenderahati
Keenam - Kelapan : Saguhati
Kasut Emas: RM500 + Cenderahati

FUTSAL TERBUKA (KATEGORI WANITA)
Yuran Penyertaan RM250

HADIAH FUTSAL KATEGORI WANITA
Pertama: RM2,000 + Cenderahati
Kedua: RM1,200 + Cenderahati
Ketiga : RM600 + Cenderahati
Keempat : RM400 + Cenderahati
Kelima : Cenderahati

PERTANDINGAN PS3 (KALAH MATI)
Yuran Penyertaan RM20

HADIAH
Pertama: RM1000 + PS3
Kedua: RM500+ PSP
Ketiga: RM300 + PSP

Untuk Pendaftaran futsal & PS3 sila layari laman web

www.eplx.my/daftarfutsal

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Fauzi Manan/Sharida Idora di talian 013-6660468/03-22875881

JANGAN KETINGGALAN!

*Aku terjumpa artikel ini di fesbuk aka muka buku. Aku akan attend kalau takde hal, dekat sangat jer dengan rumah, kalau siapa-siapa nak join jom la, nanti kontek aku, boleh la layan game Arsenal MU satu table nanti.

Aku perlukan plastik beg, anoyone please...



Yuckkkkssss...

Jijik lak rasanya! Tak cukup duit ke? Seminggu Pak Arab kasik 120k pakai lagi polo Arsenal, aiyaaaa.

Sabtu, 16 Januari 2010

Gameweeks 21 : Bolton Wanderers FC vs ARSENAL FC


Untuk tempoh seminggu ini, dua aksi menentang Bolton di Reebok Stadium dan Emirates akan memastikan kedudukan kelompok tiga pasukan teratas yang aku jangkakan 6 pungutan mata mampu memberikan motivasi terbaik menuju hujung Januari dan awal Februari yang pasti nya menyajikan 7 perlawanan dalam tempoh kurang dari 4 minggu.

So secara logiknya fitness pemain perlu berada di tahap maksimum dan motivasi dari segi mental perlulah konsisten dalam memastikan mata penting tidak tergelincir. Dan paling penting, fokus setiap aksi yang terdekat kerana jika terlalu memikirkan susunan teratur lagi padat bermula Aston Villa, Manchester United, Chelsea dan Liverpool, sudah pasti kekuatan mental dan fizikal akan tergugat.


Dan musim sejuk ini paling best nak layan sup dan Wenger pastinya teruja kembali mendapatkan Sol Campbell yang juga merupakan pemegang saham Soup Campbell dalam menjanakan kekuatan di bilik persalinan dan tidak mustahil di atas padang setelah menganalisa tahap kecergasan Campbell yang telah berlatih bersama Arsenal dalam tempoh 3 bulan lebih. Sanderos pula berkira-kira cari kelab yang sesuai untuk memastikan aksi 1st team dalam memastikan kedudukannya bersama Swiss pada WC2010, good luck! hehe





Tetapi polisi yang dipecahkan tidak perlu dilupakan kepada tradisi Wenger kini. Ya, signing pemain muda terbaru daripada Bolivia iaitu Samuel Galindo yang sepantas Lamborghini Gallardo yang baru sahaja berusia 17 tahun bakal dijadikan rekrut baru yang bakal mengikuti perjalanan karier seperti Carlos Vela dengan berguru di Spain sebelum kembali ke Arsenal apabila menerima permit kerja nanti. Good luck! Oh ya, budak ni belum lagi ada posing-posing pakai baju Arsenal lagi.


Kunjungan ke Reebok membawa beberapa cerita suka duka di bilik persalinan. Sudah pasti kehadiran talisman Cesc Fabregas daripada kecederaan hamsting akan menjanakan kembali struktur formasi 4-3-3 dengan lebih agresif. Clichy juga menceriakan kem Arsenal tetapi aku jangkakan dia akan berada di bench terlebih dahulu. Denilson nampak gayanya gagal ujian kecergasan setelah mengalami kecederaan tulang rusuk sewaktu menentang Everton bakal terlepas aksi ini manakala Ramsey juga gagal beraksi disebabkan masalah thigh.

Individu lain seperti Nicklas Bendtner dan Walcott dijangkakan akan kembali dalam tempoh 2 minggu lagi dan Wenger nampak gayanya agak desperate mendapatkan dua tenaga ofensif ini. Jack Wilshere dan Kieran Gibbs nampak gayanya belum bersedia untuk masa terdekat. Dan van Persie serta Johan Djourou masih jauh berela daripada tempoh kecergasan. Mungkin pada March nanti.

So aku rumuskan kat sini formasi yang aku jangkakan bakal digunakan Wenger apabila berkunjung ke Reebok Stadium:

GK : Manuel Almunia
CB : William Gallas, Thomas Vermaelan
SB : Bacary Sagna, Armand Traore
CM : Cesc Fabregas, Abou Diaby, Samir Nasri
FW : Tomas Rosicky, Eduardo, Andrey Arshavin
Bench :
Lukasz Fabianski, Gael Clichy, Mikael Silvestre, Carlos Vela, Fran Merida, +++
*+++ : aku tak sure Wenger nak bawak budak-budak mana lagi pegi jalan-jalan amik angin kat Reeboks Stadium, maybe Craig Eastmond la kot, yang lain tak tau la sapa..hehe

Prediction:
Bolton Wanderers FC 0 - 2 Arsenal FC

Jumaat, 15 Januari 2010

Breaking News.

Posting Terakhir AW " Rompak " Bolivia's wonder boy.
hari nie lain cite, Chamakh menjadi target utama Liverpool untuk transfer separuh musim nie.
AW yang lebih memilih untuk mendapatkan Chamakh secara free transfer penghujung musim nie, nampak akan berputih mata, apa bila Liverpool bersedia membayar 25jt Pounds untuk striker kelahiran Maghribi ini.
Dikabarkan Chamakh dah pon sign Pra Contract dengan ikatan 5thn senilai 25jt Pounds.Jack Whilsere, Bintang muda Arsenal yang mungkin akan di pinjam kan untuk separuh musim / baki saingan musim nie.
Steve Mclaren pengurus Twente fc ( Liga Holland ) berniat untuk meminjam Pemain tengah Arsenal ini, namun AW berkeras nak Whilsere bermain untuk Club BPL, Everton di kabarkan berminat untuk mendatangkan Whilsere untuk baki separuh musim nie, namun AW berhasrat untuk meminjam kan Whilsere dengan syarat Whilsere harus bermain selaku starter.

P/s :
nampaknya Charlton Cole ( WHU ) juga yang AW beli musim nie.
WHU buka harga 10jt pounds jerrr, harap2 ada larrr juga harapan beli striker.

Khamis, 14 Januari 2010

AW " Rompak " bakat muda Bolivia.

Wenger telah merompak " Bolivia's Wonder Boy " dari Everton.
Samuel Galindo ( 17thn ) yakni Attacking Midfield yang mewakili Real America liga Bolivia dan juga masuk dalam squad utama kebangsaan Bolivia under 17.

Arsenal yang memiliki ramai pencari bakat di America Latin tak juga dapat mengesan " Wonder Boy " ini, sampai David Moyes ( pengurus Everton ) membawa nya ke England bagi mengikuti uji cuba dalam latihan pemanas badan, bab tiada kesepakatan yang tercapai Samuel Galindo " Dirompak " Wenger di depan mata David Moyes.

Arsenal akan cuba mengurus permit masuk ke England, jika tak dapat permit tersebut Samuel Galindo harus balik ke Bolivia.Samuel Galindo di contract oleh Arsenal dengan 500ribu Pounds, yang mana Arsenal hanya bagi separuh dari 500ribu Pounds tersebut, baki akan di bagi atas performa bila Samuel Galindo telah menyarung jersey The Gunners.

Profile :
Nama : Samuel Galindo
Lahir : Bolivia, 18hb April 1992
Tinggi : 190cm
Striker yang juga boleh menjadi Attacking Midfield.
P/s : 17thn pon jadi lar.. janji rock beb...

Rabu, 13 Januari 2010

Sol Campbell sign contract 6 bulan.

Sol Campbell akan kembali menyertai Arsenal untuk tempoh 6bulan, Sol campbell juga merupakan tonggak utama Tottenham Hotspur yang berhijrah ke Arsenal pada 2001 dah pasti mengejutkan ramai pihak masa itu, bab Arsenal merupakan musuh derby Londonner Tottenham Hotspur berdekad lama nya, 2006 tamat contract bersama Arsenal ( Pakcik AW bagi free 6bulan menghargai jasa depa kat Arsenal ) lepas tu pindah ke Portsmouth sampai 2009. 2009 sign contract dengan Notts Country, dan akhirnya memutuskan contract september lepas bab ber iya2 nak kat Premier League.
Campbell turun menentang WHU bersama squad reserve ARsenal malam tadi, berkesudahan WHU 2 Arsenal 4.
mulai Oct 2009 lepas Campbell dah pun menjalani latihan kecergasan bersama squad Arsenal.
AW masih terkesan akan performa bekas centre back Arsenal (35thn) yang juga warga negara England.
Bila Campbell cergas sepenuhnya, mungkin depa ikut gerak untuk saingan WC 2010 bersama squad Three Lions.

Cescs, hero Arsenal semasa menang atas Astonvilla 3-0 di Emirates mungkin cergas semasa berkunjung ke kandang Bolton 17/01 nie. Cescs mengalami hamstring masa menjaringkan gol ke 2 Vs Astonvilla di Emirates. Ketiadaan Cescs amat di rasai walau pun baru saja absen untuk 1 perlawanan Vs Everton di Emirates, Draw 2-2 menentang Everton, Arsenal lebih kepada bernasib baik mendapat gol penyamaan di minit2 terkahir perlawanan. Thomas Rosicky ( Pujaan Awekz bro Hafez ) menjadi hero malam tu untuk Arsenal berkongsi 1mata dari gol penyamaan depa di masa kecederaan ( 93' ).

P/s : Apo nie beli campbell, bila nak beli striker nie???!!!! AW nak bagi surprise ke??? birth day aku lambat lagi, tak kan nak bagi sekarang kot surprise tu??? Charlton Cole ( WHU ) boleh tahan gak tu, lagi2 bila AW belai2, mesti power nyerrr

Ahad, 10 Januari 2010

Salji warnai Arsenal 2 - Everton 2.

Arsenal per sia2kan peluang untuk dok kat tangga ke 2 BPL, selepas Everton yang nampak garang berjaya membawa balik 1 point berharga.
"The Gunners" tetap pada tempat ketiga dengan 42 point.
Arsenal ogos lalu menang 1-6 kat kandang Everton, cuba bermain laju awal separuh masa 1.

minit 10, Abou Diaby ( Adik Angkat Bro Hafez ) mendapat peluang, rembatannya tak ON TARGET. Everton pon tak dok diam cam tu jerr memainkan corak bertahan dengan beberapa Counter Attack yang betoi2 mengancam gawang Almunia melalui Louis Saha minit12, rembatan kaki kirinya ditepis Manuel Almunia, tetapi Everton mendapat Corner pertama perlawanan. Everton tak men sia2kan peluang nie, Leon Osman berjaya menanduk Corner kick Landon Donovan.

1-0 untuk Everton.

"The Gunners" memperhebat serangan. Permainan bola tinggi berubah menjadi bola passing2 kaki ke kaki, melepaskan beberapa peluang keemasan, Arsenal mendapat gol balasan melalui Denilson ( Pujaan hati Bro Hafez :p wakakakaka ) minit 28. Gol terhasil kerja sama baik Eduardo dan Andrei Arshavin kat kawasan luar kotak pinalty. Mendapat passing Eduardo, Denilson terus merembat kuat ke gawang. Bola yang terkena kaki defend Everton, dapat masuk ke gawang Tim Howard yang telah berada pada posisi tepat untuk menepis rembatan Denilson. Gol Denilson membuat Squadd Arsene Wenger semakin bersemangat. Depa semua bermain aggresif menyerang pertahanan lawan dari berbagai sudut. Serangan ARsenal memaksa Everton merapatkan barisan defend nya. Everton berjaya menyekat arus serangan Arsenal 1-1 bertahan hingga turun yam poi.

Masuk separuh ke dua, Arsenal kembali dengan serangan2 maut. Eduardo membuka peluang pertama minit 50. dari sebelah kiri Dudu melepaskan hantaran kawin aikkkkk.. hantaran silang, sayang Maroune Fellaini menggagalkan usaha Dudu.
"The Toffees" yang bertahan habis2an sesekali berjaya keluar dan memberikan ancaman berbahaya. minit 62, Louis Saha hampir pasti menjaringkan gol, nasib baik Gallas menghalangnya.
Arsenal menerapkan rentak menyerang dari segala arah tapi gol yang di cari tetap buntu mungkin Striker intan payung ( RVP ) tak de, menjadikan semua serangan ARsenal hanya berupa ancaman kosong jerr. minit 71, Thomas Varmaelen memaksima bola liar dengan merembat keras dalam kotak penalti. Sayang oiiii mengena Phill Neville.
"The Gunners" yang kerap menyerang kawasan lawan leka dengan pertahanan nya. minit81, Everton berjaya memaksima serangan balik laju untuk gol cantik Steven Piennaar yang 1 on 1 dengan Almunia. masa tu Piennaar jauh melepasi kawalan defender Arsenal berlari dari setengah lapangan membawa bola passing dari Tim Cahill mendekati kotak penalti. Almunia tumpas dan Everton kembali di depan 1-2.
Bab ini lar Armand Traore kene tengking kaw2 dengan Gallas, dah lar memang tak larat nak cover sepenuhnya kawasan dia, nak lawan cakap gallas pulak tu, kalau Q kat dalam, mesti Q ketu kepala Traore nie ( tapi kena naik atas kursi, bab dia nie tinggi ).
Tak de pilihan lain dah bagi tuan rumah selain bermain all-out untuk melayan Everton yang semakin konsisten. Gol penyamaan yang amat berharga akhirnya terhasil selepas perlawanan masuk injury time. Kalang kabut dalam kawasan kotak pinalty lawan, Tomas Rosicky ( Pujaan Awekz Bro Hafez ) mendapat bola dari Aboue Diaby ( Adik Angkat Bro Hafez ) terus merembat masuk ke gawang yang juga mengena badan Lucas Neill, memperdaya Howard gol kiper Everton.
Refree masih memberi peluang tambahan 5 menit dan ini di gunakan Arsenal untuk menyerang. Apa daya Salji yang turun lebat memaksa Denilson yang tetiba rebah bab kecederaan lama + salji yang lebat tu memudah kan pemain2 krem pada seluruh badan dan kaki, Everton bermain defend yang rapat dan berjaya menggagalkan setiap tusukan pemain tuan rumah.

Arsenal harus berputih mata 1 point jer kat rumah sendiri.

Susunan pemain:
Arsenal:
Almunia,
Vermaelen, Gallas, Traore, Sagna,
Denilson (Merida 84), Ramsey (Rosicky 62), Diaby -> ADIK ANGKAT BRO HAFEZ
Arshavin, Eduardo (Vela 74), Nasri

Everton:
Howard,
Heitinga, Neill, Baines, Neville,
Osman, Fellaini, Donovan (Bilyaletdinov 69), steven Piennarq
Saha (Vaughan 74), Cahill
P/s :
Luahan hati Q untuk AW:
" THE PROF. WITH ALL OF MY HONOUR, PLEASE DO SOMETHING TO FIX STRIKER PROBLEM, AT LEAST BUY CAMAKH OR COLE ( WHU ).
and give them ur magic touch to shine our beloved ARSENAL.
thank you very much.
MOGA JERR AW BACA :p wakakakakaka

Khamis, 7 Januari 2010

Badai Salji di Highbury.

Badai salji yang melanda England telah pun merencatkan jadwal perlawanan BPL. GAme Arsenal Vs Bolton yang terpaksa di batalkan adalah ketiga, selepas 2 semifinal Carling pon di batalkan bab Badai Salji. ( Nasib baik larrrr kat Malaysia tak de Salji, bila tak.. kene pasang Astro, tak leh nak jerit ramai2 kat kedai MAMAK bab salji :) wakakakakaka ).

Arsenal yang telah mengeluarkan report finansial sampai 31hb May 2009, Arsenal merupakan club yang paling mendapat untung kat BPL ( Mana kan tidak, ada Prof AW kat dalam, kodokut minta ampun untuk spend, tapi tabik spring lar kat AW, sesape yang depa pegang, kompem jadi star ).

Carta hasil report finansial beberapa club besar BPL yang di kutip dari The Indepedent:
1. Man. City: rugi 92,6 juta poundsterling (hingga 31hb May 2009)
2. Man. United: rugi 44,8 juta poundsterling (30hb Jun 2008)
3. Chelsea: rugi 44,4 juta poundsterling (30hb Jun 2009)
4. Liverpool: rugi 42,6 juta poundsterling (31hb Jul 2008)

5. Arsenal: untung 35,2 juta poundsterling (31hb May 2009)
6. Tottenham Hotspur: untung 23,2 juta poundsterling (30hb Jun 2009)

Arsenal dan M.U kembali bersaing mendapatkan pemain muda Cardiff City, Adam Matthews.
Ketua Cardiff Peter Risdale mengatakan beberapa club berlumba mendapatkan bek 17thn nie, tapi Cardiff cuba untuk mempertahankannya.
Cardiff yang musim 2008 hampir2 naik kepada BPL ( kalah play off ) cuba untuk mengikat pemain2 sedia ada nya, bab Chris Gunter ke Tottenham Hotspur, Aaron Ramsey memilih pindah ke Arsenal. "The Bluebirds" juga hampir kehilangan tonggak midfield nya Joe Ledley, tapi Cardiff dapat mempertahankan midfield tersebut.

ARsenal yang melepaskan beberapa tonggak utama musim lepas, kini AW tertarik akan " permata hitam " yang baru, ketinggian 2,03 meter bermain untuk club Rumania, CFR Cluj, Lacina Traore 19thn, isu yang 1 nie bukan kabar kosong belaka, Presiden Cluj, Iuliu Muresan memberi keijinan untuk ARsenal melakukan pendekatan terhadap pemain asal Ivory Coast nie, tapi belum ada kesepakatan yang di ambik.

AW yang berpegang pada polisi contract perpanjangan 1thn untuk pemain di atas 30thn, berniat melanggar polisi yang depa pegang untuk memperpanjang contract Gallas, William Gallas Central back lahir 17hb ogos 1977 pernah menjawat capitan Arsenal, sayang pernyataan " Selak Kain sendiri " membuat AW naik hangin dan memberikan kepercayaan pada jantung permainan ARsenal - Cescs Fabregas.
Gallas yang contract habis di penghujung musim nie, mungkin akan di ikat lebih lama, setelah performa yang konsisten bersama Thomas Vermaelen di jantung pertahanan Arsenal.
Tapi belum ada keputusan sama ada berapa lama Gallas akan di contract.

N. Bendtner yang dah pon absen mulai oct tahun lepas mungkin akan di lepas transfer January nie nanti, AW berminat mengajukan bidaan £9 untuk mendatangkan Carlton Cole dari West Ham, striker yang belum pernah bermain sejak November lalu akan di tukar dengan Bendtner bila WHU berminat sedemikian.

Rabu, 6 Januari 2010

Vieira Ke Man. C & Merida ke Atletico Madrid.

Vieira menjadi Capitan Arsenal terakhir yang berjaya membolot gelaran untuk Arsenal. Midfield Prancis 33thn meraih tiga gelar BPL dan empat Piala FA selama bersama Arsenal 9musim(1996-2005).
Roberto Mancini yang sekarang adalah pengurus Man. C pernah bersama Vieira meraih gelaran juara Seri - A italy kat INTERMILAN.
Sayang sungguh di sayang oiiiii Mat Vieira kenape Man. C?????

Fran Merida yang kurang mendapat tempat kat Starter Utama Gunners telah pon sign Pra Contract ( macam bertunang larrr tu ) 5tahun untuk bersama Atletico Madrid mulai musim depan. Atletico Madrid menjanjikan tempat 1st 11 untuk merida yang juga ex-akademik Barca sebelum Arsenal beli.
Fran Merida (19thn) tamat masa contract bersama Arsenal 09-10 yang berpotensi menggantikan posisi Cescs selaku jantung midfield tak sabar2 nak tunjuk power ( hari2 minum Super Power tongkat ali kotttt ).
AW tak bagi Merida selaku starter pon bab nak dia nie bersiap sedia dari segi mental & technical, tapi nak buat cam nerrrr bila depa dah tak nak, cerai jerrr larr.

Bendtner yang dah pon lama berehat bab operate Hernia, mungkin akan bersama Arsenal 17 Jan sehari selepas Birth Day depa ( HAPPY BESDAY BENDTNER ).
selepas 2bulan berehat, kita harap kelibat Bendtner untuk mengisi kekosongan RVP ( mamat nie specialist bola kepala, penting jugak eeekkkhh ).
Camakh yang berkeras nak menghabiskan contract nya bersama Bordeaux mungkin bukan menjadi target untuk bulan nie bila Bendtner come back nanti.
Camakh akan menjadi free bila tamat musim 09-10 nie. Liverpool pon turut berminat ngan striker Maghribi nie.

Isnin, 4 Januari 2010

Kali ini milik Expert.

Predict Expert Mengena.
W.H.U. 1 ( Gol Diamanti 45' )
Arsenal 2 ( Ramsey 78' Dudu 84' )

Sedikit Ulasan.
WHU bermain dengan terbuka dan menyerang, maen kat Rumah sendiri di hadapan penyokong2 WHU menaikkan lagi semangat pemain2 Tuan Rumah.

Arsenal yang mula2 dengan 85% kekuatan pon hampir2 kemasukan gol lawan, nasib baik Fabiansky terer giler time tu.
seawal minit 6 Valon Behrami dan minit 9 Allesandro Diamanti hampir menjaringkan gol, Fabiansky jugak hero untuk ke dua2 try tersebut.
15minit pertama perlawanan adalah milik tuan rumah, Arsenal tak larat memainkan corak seperti biasa hantaran/ UMPAN -> :p wakakakakakaka bab umpan nie ada orang komplen eeerrrghhh -> sorry ter sa sau sikit, teringat kan NATE tak bernamo comment.

Q ulang balik, 15 minit pertama Arsenal tak larat bermain seperti mana hantaran dari kaki ke kaki, Centre midfield yang di kendalikan Ramsey dan Whilsere tak larat melawan midfield WHU yang masuk dalam kategori sasa jugak. Ramsey yang mendapat peluang, merembat kuat tapi dapat di kawal Robert Green dengan kemas.

minit 45 Diamanti menggamatkan suasana stadium dengan gol pertama yang melepasi perangkap off side selepas mendapat UMPAN jauh.

separuh masa kedua WHU tak berhenti setakat 1gol jerr, serangan demi serangan WHU mencemaskan Defender Arsenal dan Penjaga GAwang Fabiansky.

Midfield Arsenal yang kurang berdaya saing memaksa AW memasukkan Diaby ( ADIK ANGKAT BRO HAFEZ ) dan Samir Nasri menggantikan Whilsere dan Fran Merida pada minit 62.

Percaturan AW menjadi, minit 78 Song memberikan UMPAN pendek pada Ramsey untuk gol penyamaan 1-1.

Masuknya ADIK ANGKAT BRO HAFEZ dan Samir Nasri menghidupkan corak permainan ARsenal, serangan demi serangan ke gawang Green berbaloi, minit 84 Dudu pulak menjaringkan gol kemenangan Arsenal hasil UMPAN SILANG dari sisi kiri Carlos Vela.

WHU cuba menyerang kubu ARsenal, sayang keputusan 1-2 sampai ke penghujung perlawanan.
Round ke 4 ARsenal akan berkunjung ke Stoke City untuk mencuba " throw in Roy Delap " yang kerap menghukum kesilapan benteng pertahanan lawan.

Susunan Pemain
West Ham United:
Green, Upson, Tomkins, Daprela, Kovac, Jiminez, Faubert, Behrami, Stanislas, Diamanti, Nouble (Sears 79)

Arsenal:
Fabianski, Silvestre, Gallas, Sagna, Vermaelen, Song, Perez (Diaby 62), Ramsey, Wilshere (Nasri 64), Eduardo, Vela

P/s :
Untuk penyokong2 blog nie, Q mohon maaf sebesar besar nya untuk posting kali nie yang agak berserabut sikit dengan " UMPAN ".

Bab ada mamat kaki pancing tersesat kat blog nie, tak puas hati dengan perkataan " UMPAN " jadi Q tunaikan hasrat depa tu dengan " UMPAN " yang banyak, jadi NATE GILO tu boleh berpuas hati.

Ahad, 3 Januari 2010

FA Cup Round 3 Pre : WHU Vs Arsenal.

Arsenal yang tiap2 tahun tetap mengalami krisis pemain utama yang dilanda kecederaan, hampir pasti menurunkan squad reserve untuk berkunjung ke Boleyn Ground, Upton Park, London E13, Kandang West Ham United.

kita mulai dari Tuan Rumah:
WHU
Mark Noble, Scott Parker, Danny Gabbidon dan Herita Ilunga antara pemain utama yang masuk dalam daftar cedera WHU semasa melayan kunjungan Arsenal, Defender Jonathan Spector mungkin masuk menggantikan Herita Ilunga akan tetapi striker mexicano Guillermo Franco tidak turut serta bab kena gantung 1 game.
WHU yang tengah berada kat Zone turun divisi, pernah mengejutkan Arsenal 25hb Oct lepas ( BPL ), Arsenal selesa dengan 2 gol RVP & Gallas di separuh masa pertama harus berputih mata selepas goal Cole minit 74 dan pinalty yang di ambik Alessandro Diamanti, memaksa Arsenal pulang dengan 1 mata ( terlepas peluang memintas pendahulu liga Chelsea ).

Last starter WHU ( Vs Totteham )
Green,
Upson, Ilunga (Spector 19), Tomkins, Parker (Jimenez 12),
Kovac, Faubert, Behrami, Collison (Stanislas 79),
Franco, Alessandro Diamanti.
Subs yang lain: Stech, Da Costa, Payne, Nouble.

WHU
28hb Dec (Premier League) v Tottenham (A) LOST 0-2
26hb Dec (Premier League) v Portsmouth (H) WON 2-0
20hb Dec (Premier League) v Chelsea (H) DREW 1-1
15hb Dec (Premier League) v Bolton Wanderers (A) LOST 1-3
12hb Dec (Premier League) v Birmingham (A) LOST 0-1

Arsenal
Arsenal yang kerap berdepan isu kecederaan pemain utama, musim nie pon nampak macam tak juga berubah macam musim2 lepas.
Capitan Cesc Fabregas (hamstring), Denilson (back) dan Theo Walcott (side strain) Bendtner ( 3minggu lagi ) dan ditambah dengan : Robin van Persie, Gael Clichy, Kieran Gibbs and Johan Djourou.
tapi Tomas Rosicky, Aaron Ramsey akan mengisi Midfield, defender Mikael Silvestre dan Lukasz Fabianski mungkin turut serta, Wenger akan beri peluang untuk " Young Guns " Fran Merida, Jack Wilshere, Craig Eastmond and Carlos Vela untuk pendedahan menentang pasukan WHU.
manakala Song akan mengisi posisi Defendsif midfield untuk kali nie, sebelum berlepas balik untuk bersama squad kebangsaan Cameroon berdepan cabaran Piala Africa. ( AW kam ceng baik punya ngan pengurus Cameroon Paul Le Guen )

Q Predict Arsenal Starter :
Fabiansky
Gavin Hoyte, Sylvestre, Senderos ( 50-50 ), Craig Eastmond
Fran Merida, Song, Whilsere, Rosicky
Carlos Vela, Jay Emmanuel Thomas

Arsenal
30hb Dec (Premier League) v Portsmouth (A) WON 4-1
27hb Dec (Premier League) v Aston Villa (H) WON 3-0
19hb Dec (Premier League) v Hull City (H) WON 3-0
16hb Dec (Premier League) v Burnley (A) DREW 1-1
13hb Dec (Premier League) v Liverpool (A) WON 2-1

Sejarah Arsenal Vs WHU ( W=4 D=3 L=3 )
Oct 25hb, 2009 West Ham Utd - Arsenal 2-2 D
Jan 31hb, 2009 Arsenal - West Ham 0-0 D
Oct 26hb, 2008 West Ham - Arsenal 0-2 W
Jan 01hb, 2008 Arsenal - West Ham 2-0 W
Sept 29hb, 2007 West Ham - Arsenal 0-1 W
Apr 07hb, 2007 Arsenal - West Ham 0-1 L
Nov 05hb, 2006 West Ham - Arsenal 1-0 L
Feb 01hb, 2006 Arsenal - West Ham 2-3 L
Sept 24hb, 2005 West Ham - Arsenal 0-0 D
Jan 19hb, 2003 Arsenal - West Ham 3-1 W

Expert Predict :
WHU 1
Arsenal 2

Q Predict :
WHU 1
Arsenal 3