Sabtu, 31 Oktober 2009

Orang-orang Meriam di Lembah Klang Sekalian

Ok, ni bukanlah undangan official sangat pun cuma aku nak inform sekarang aku ada kat Bandar SUNWAY, PJ, so sesapa yang free, rajin nak pulas minyak, tekan minyak atau keras kaki nak jalan, jom layan game Arsenal vs Spurds kat Subaidah Bandar Sunway. Kalau ada yang datang, sms aku, boleh kenal-kenal.

Yang Benar,
Hafez Rachwan
013-7018632

Jumaat, 30 Oktober 2009

Pre: Arsenal Vs Tth. Hotspurs. (20.45pm)

Kali nie Q posting awal, bab derby panas yang betol2 menjadi tumpuan minggu nie,
Totteham Hotspurs seteru derby utama The Gunners akan berkunjung ke Emirates.

kita tinggal AW yg dalam di lema goal keeper utama memilih sama ada Almunia atau pon Mannone, Fabiansky yg come back bersama Arsenal menang 2-1 ke atas Liverpool harus berehat 3 minggu akibat kecederaan paha.
Sape2 pon jadi lar, janji on fire ( Q predict Mannone ).
Fakta Arsenal vs Tth Hotspurs:
Feb 08hb, 2009 Tottenham - Arsenal 0-0 D
Oct 29hb, 2008 Arsenal - Tottenham 4-4 D
Dec 22hb, 2007 Arsenal - Tottenham 2-1 W
Sept 15hb, 2007 Tottenham - Arsenal 1-3 W
April 21hb, 2007 Tottenham - Arsenal 2-2 D
Dec 02hb, 2006 Arsenal - Tottenham 3-0 W
April 22hb, 2006 Arsenal - Tottenham 1-1 D
October 29hb, 2005 Tottenham - Arsenal 1-1 D
April 25, 2005 Arsenal - Tottenham 1-0 W
November 13, 2004 Tottenham - Arsenal 4-5 W

dah 5 thn Tth tak menang ke atas Arsenal dalam derby BPL, harap rekod nie bertambah baik bak zero to hero.

Di kuatkan lagi fakta sejauh nie di minggu ke 10 BPL, Arsenal adalah club yang paling menyengat dengan koleksi jumlah gol 29 hanya dalam 9game jer, lebih dari Chelsea (24) atau M.U (21), tapi yang Q sayangkan jumlah bolos pon boleh tahan gak ( hampir setiap game tetap bolos ).
Player Predict:
ARsenal
Mannone
Sagna, Vermaelen, Gallas, Clichy
Diaby, Song Fabregas
Bendtner, RVP, Arshavin

Tth Hotspur
Gomes
Corluka, Bassong, woodgate, A. Ekotto
lennon, H'stone, Palacios, niko Kranjcar
Keane, Crouch

Q Predict Arsenal menang besar:
Arsenal 4
Tth Hotspurs 1 --> tak luput nyerr, mesti bolos bab 2 Centre back pon attack dah score 7gol.
P/s :
Bro hafez, kena positif thinking bro, jangan kutok walau gurau2 pada squad kita nie, mulut hang masin kang susah kita aaarrgghh.
cukup lar dok kena perli 4 thn nie..
asik dok menunggu jerrr. cukup larrrrr.

Khamis, 29 Oktober 2009

AW poning...



Selepas berhijrahnya Lehmann hero 49 tanpa kalah kat BPL, Almunia nampak boleh mengekalkan posisi penjaga gol utama kat Arsenal semasa tampil memikat dengan menepis banyak hukuman pinalty, sayang dek kerenah virus aneh yang kerap menyerang gol keeper kita yang 1 nie.
Vita Mannone yang tampil menggantikan Almunia nampak berjasa besar semasa menang 1-0 ke atas tuan rumah Fulham, menepis segala cubaan dan try2 jauh dari Fulham, Arsenal mengutip 3 mata berharga di tempat lawan.
sekarang pulak jadi masaalah baru, sebelum kick off Carlings cup di Emirates Vs Liverpool, ke tiga2 mamat nie dalam keadaan 100% fit, Almunia dah semboh dari virus, Fabiansky yang dah pulih dari pembedahan kecik, dan Mannone yang stand by untok merebut posisi utama Arsenal.
Sejauh nie Q tengok, Almunia nie macam kurang menyerlah di season nie,
Fabiansky pulak gemuruh lebih sikit kalau jumpa club gergasi misalnya Big 4 lainnya.
Mannone belum kukuh lagi bab layan game yang kerap bolos, walau ada sebab unsur kesilapan centre back, tapi itu bukan lar alasan, kita nak padam rekod Lehmann - CL tanpa bolos 10 perlawanan kat CL, dan rekod V.D. Saar - kat BPL.
itu lar hero sebenar.

Biar lar depa ber tiga nie tunjuk belang, biar lar gawang Arsenal tak bolos lagi, boring tengok tiap perlawanan yang gerenty bolos.
tak de save superb.

rakan2 Gooners nak sape jadi penjaga Gol utama Arsenal untuk perlawanan seterusnya???
Almunia?? Fabiansky?? atau pon Mannone???

Kita ke Suku Akhir Lagi!

Menghiburkan, itu yang dapat aku bicarakan mengenai aksi menentang Liverpool pada Round 16. Kemenangan 2-1 melalui jaringan Frantastic Merida dan Bendtner memastikan Arsenal sekali lagi mara ke suku akhir. Memang perlawanan ini diutamakan kepada pemain muda tetapi ia juga digunakan Wenger sebagai platform untuk mendapatkan kecergasan beberapa pemain termasuk Nasri, Fabianski, Eduardo dan Bendtner.

Nama-nama seperti Merida, Eastmond, Watt, Coquelin dan Gilbert menunjukkan mereka antara pelapis terbaik Arsenal nanti. Merida dan Eastmond cukup menonjol di mana kelibat mereka cukup bertenaga dan memadamkan nama-nama pemain lebih berpengalaman Liverpool seperti Dirk Kuyt, Voronin, Babel, Skrtel dan Ngog.

3 gol yang terhasil bagi aksi ini cukup menarik. Gol Merida membuktikan dia mampu melakukan keputusan dan tindakan pantas manakala gol Insua sekurang-kurangnya menyedarkan Fabianski agar tidak terlalu off-position di mana dia kerap kali terperangkap dengan kesilapan yang boleh menghukum satu pasukan. Dan hasil gol kedua Arsenal melalui Bendtner menunjukkan mengapa 60,000 penonton di Emirates terhibur kerana walaupun bukan pemain utama, permainan dan jaringan Arsenal tetap berkualiti.

Paling aku risaukan pada aksi ini adalah kucar-kacir di center back. Siapa lagi kalau bukan Sanderos dan Silvestre, mungkin senang sikit nak sebut double botak atau double S..hehe. Nasib full back yang cukup bertenaga di kiri dan kanan yang banyak membantu terutamanya Gibbs yang beraksi dengan penuh kematangan manakala Gilbert dilihat mampu menyinar nanti.

Berita menariknya adalah Nasri menampakkan kreativitinya tidak disekat, cukup bertenaga dan pantas seperti sedia kala. Bertepuk Fabregas melihat Merida yang boleh dikatakan sealiran karier dengannya menjaringkan gol cukup menarik. Arshavin dan Fabregas turut berdiri sambil bertepuk tangan kepada Bendtner yang akhirnya kembali menemui sentuhan. Ok, kita akan ke suku akhir, jika double botak di center back tak kelam kabut dan lebih solid, aku yakin Arsenal bakal menerima Carling Cup pertama di bawah kendalian Arsene Wenger.

Rabu, 28 Oktober 2009

Starter kemungkinan Arsenal di carlings cup Round 4.

ARsenal kembali mendapatkan khidmat S. Nasri dan Almunia, dan Dudu juga Bendtner yang dikatakan fit untuk game carling nie.
Akan Tetapi Jack Wilshere pemain muda ( 17thn ) prolifik Arsenal cedera selepas mewakili England under 21.
Armand Traore juga cedera untuk France under 21.
Masa nie Q berani gerenty, AW akan rehatkan hampir 80% squad utama dan berikan pendedahan untuk squad reserve.

Rekod pertemuan untuk Carlings Cup:
Liverpool juara Carlings cup 7 kali 1981, 1982, 1983, 1984, 1995, 2001, 2003 dan kalah pada 3 final nya 1978, 1987, 2005.
Arsenal pulak hanya 2 kali juara Carlings cup 1987 dan 1993 - dan kalah pada 4 kali final yang dimainkan 1968, 1969, 1988, 2007.
10 kali pertemuan + 3 Replay ( sebab terikat draw dan tanding ulang kat kandang lawan ).
kemenangan 6-3 League Cup 2007 masih segar dalam ingatan ( kata the real XPDC ) yang mana Julio Baptista menjaringkan 4gol dan 1 pinalty yang di tepis Dudek. 3 hari sebelum tu pulak, Arsenal membenam liverpool 1-3 di Merseyside untuk FA Cup 6hb January 2007.
Liverpool yang dah 11 kali bertandang belum pernah menang ke atas Arsenal di kandang Arsenal, kali terakhir The Reds menang 1-0 di Highbury February 2000 apabila Titi Camara menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Masa nya Starter predict:

Arsenal:
Almunia,
Senderos, Silvestre, Gibbs, Barazite,
Gilbert, Ramsey, Randall, Coquelin,
Sunu, Vela.
Subs : Szczesny, Bartley, Eastmond, Frimpong, Nasri, Dudu, Bendtner, Watt.

Liverpool:
Cavalieri
Aurelio, Kyrgiakos, Carragher, Degen,
Dossena, Riera, Skrtel, Spearing,
Babel, Ngog.

P/s :
Walau rekod Game Carlings cup lebih berpihak pada Gunners, semoga budak2 baby Gunners tak leka.
ulangi pencapaian di Anfield dengan menang 3-6, jangan ulang kesilapan pinalty tak masuk, ukir nama untuk Hattrick wahai Young Gunners.

Score Predict tetap
Arsenal 3
Liv 1

Selasa, 27 Oktober 2009

Pre : Carlings Round 4 - Arsenal Vs Liverpool.

Arsene Wenger kerap menjadikan Piala Carlings tok menguji pemain muda. Sejauh ini The Prof berjaya. Nampak masa baby gunners mengalahkan West Brom. lain cerita ngan Liverpool. ikut2 kan kebiasaan, The Reds akan layan game nie ngan serius, tapi tak turunkan sebagian besar pemain utamanya.
Penyokong The Gunners ( Masuk Q sekali ) dah pasti menunggu aksi beberapa nama yang mungkin menjadi bintang masa hadapan, misalnya; Sanchez Watt, Gilles Sunu, Mark Randall dan Francis Coquelin.
Liverpool pulak melakukan perubahan besar, dan tak menurunkan skuad yang mengalahkan MU. ( kasih rehat kot dah maen kaw2 malam tu ).

Last match:
ARsenal
Oct 25 '09 West Ham Utd - Arsenal 2-2 D
Oct 17 '09 Arsenal - Birmingham City 3-1 W
Liverpool
Oct 25 '09 Liverpool - Manchester Utd 2-0 W
Oct 17 '09 Sunderland - Liverpool 1-0 L
History Arsenal Match with Liverpool:
April 21, 2009 Liverpool - Arsenal 4-4 - D
December 21, 2008 Arsenal - Liverpool 1-1 - D
April 05, 2008 Arsenal - Liverpool 1-1 D
October 28, 2007 Liverpool - Arsenal 1-1 D
March 31, 2007 Liverpool - Arsenal 4-1 L
November 12, 2006 Arsenal - Liverpool 3-0 W
March 12, 2006 Arsenal - Liverpool 2-1 W
February 14, 2006 Liverpool - Arsenal 1-0 L
May 08, 2005 Arsenal - Liverpool 3-1 W
November 28, 2004 Liverpool - Arsenal 2-1 L
P/s :
player starter kemungkinan belom ada kemungkinan dari Q, tapi kesian ngan Almunia dok panaskan kursi reserve tu, kalau dah dapat kang, Q posting kan.
Score predict ada larrr, nah ambik:
Arsenal 3
Liv 1
Boleh tak???????????

Isnin, 26 Oktober 2009

WHU 2 - Arsenal 2.

Sedikit ulasan dari game draw nie.
Arsenal dah membuka peluang gol seawal minit ke 2, umpan Song Billong ke kotak pinalty membuat keadaan kalut semasa Van Persie merembat bola, me-rebound rembatan pertamanya, sepakan tumit RVP di tepi gawang terhadang bek lawan.
Van Persie menghantui pertahanan West Ham semasa rembatan nya berjaya dihalau Robert Green minit ke 4. minit ke 11 RVP melepaskan sepakan voli, tapi di tepis Matthew Upson.
minit 17 gawang West Ham akhirnya bolos juga oleh RVP, dari umpan silang sisi kanan Bacary Sagna, RVP mudah menyudahkan kebuntuan Arsenal 1 gol di hadapan.
Carlton Cole di menit 33 hampir2 menyamakan kedudukan. tapi bola tak dapat diarahkan tepat ke gawang bab tinggi layaknya Air Asia terbang tinggi.
minit 37 Gallas yang menjaringkan gol kedua The Gunners. Memenangi perebutan bola di udara dalam keadaan tersepit antara dua pemain West Ham, tandukan Gallas menerusi umpan sepakan penjuru Van Persie menerjah gawang, walau sedikit menyentuh kepala seorang pemain The Hammers yang berdiri di garisan gawang.
Di awal separuh masa kedua, Arsenal masih menguasai perlawanan. Andriy Arshavin di minit 52 memulakan serangan yang tak menghasilkan jaringan.
Di minit 55 Zola melakukan pertukaran dengan memasukkan Diamanti menggantikan Mark Noble. Strategic nie menjadi titik mula rentak cemerlang West Ham.
Diamanti memula aksi dengan rembatan jarak jauh yang hampir menggegar gawang.
Arsenal terus menyerang, rembatan Cecs Fabregas sedikit tersasar ke luar gawang saat Green nampak tak dapat menjangkaunya.
Penyokong2 West Ham ceria jugak di menit 74 semasa Cole menjaringkan gol untuk West Ham 1-2. bermula dari free kick Diamanti yang ditepis Vito Mannone, bola berhasil dimaksimal cole dengan tandukan sambil menjatuhkan diri.
Gol penyuntik semangat pemain West Ham memang menjadi.
sebuah klaim pinalty pelanggaran Gallas terhadap Parker ditolak refree minit 79, akan tetapi seminit kemudian Song melanggar Cole berbuah pinalty untuk West Ham.
Diamanti eksekutor mengarahkan bola ke sisi kanan yang mana tak terjangkau Mannone.
5 menit sebelum tamat masa perlawanan, West Ham terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Parker dapat kad kuning kedua. sayang.. sayang dalam masa tu The Gunners tak dapat memaksimalkan kelebihan jumlah pemain. Score akhir tertahan 2-2 untuk Arsenal balik dengan 1 point yang mengecewakan.

P/s :
Cam nerr nie, drop point masa perlawanan menentang club menengah.
tak tau larrrr.... poning...poning..

Naif lagi ker?

Kecewa, setelah 2 gol di hadapan pada babak pertama akhirnya memakan diri dan perasaan yang sama dirasakan seperti aksi menentang Alkmaar. Sesudah mengetahui result di Anfield, aku percaya semangat di kalangan pemain dan peminat memuncak, lihat sahaja di babak pertama tetapi kealpaan di babak kedua membuatkan kita cuma memperoleh satu mata sahaja.

Cuma persoalan di sini sejauh mana fokus pemain-pemain muda, walaupun kita berpeluang mendapatkan gol di minit-minit akhir melalui tandukan van Persie tetapi apa kan daya percubaannya singgah di kaki Green. Sekiranya 3 mata diperolehi dengan baki satu perlawanan, kemenangan memungkinkan Arsenal bersaing lebih baik.

Tetapi aku harapkan keciciran mata ini tidak diulangi di Emirates apabila menanti kunjungan seteru setempat iaitu Spurs yang juga mencicirkan mata apatah lagi menerima kekalahan..hehe. OK, positif, sekiranya baki satu perlawanan itu berkeputusan 3 mata untuk Arsenal, kita akan berada di kedudukan kedua di belakang Chelsea dan sama pungutan mata dengan MU.

Musim masih panjang dan apa-apa boleh berlaku. Aku juga percaya musim ini cukup mencabar, setiap pasukan kecil mampu mengacau pasukan utama apatah lagi seperti Manchester City, Everton, Wigan mahu pun Aston Villa yang dilihat mampu mencabar 4 pasukan kebiasaan di puncak. Oh baru aku perasaan, nasib yang sama dialami oleh Manchester City dan Arsenal setelah lawan masing-masing berjaya comeback dari ketinggalan dua gol. MU? Dah terlambat..kekekeke

Sabtu, 24 Oktober 2009

Pre : West Ham United vs Arsenal.

AW dan Squad mudanya HARUS menang untuk menjaga posisi kat papan atas BPL. Minggu ini Arsenal harus memaksa West Ham untuk menerima kekalahan kat kandang sendiri. The Hammers yang belum pernah menang di tempat sendiri akan mendapatkan khidmat play maker nya Scott Parker dan Kiero Dyer kembali.
Zola mungkin beri chance untuk Guillermo Franco (Striker berkebangsaan Mexico) membuat penampilan perdana bersama WHU menentang ARsenal.
Arsenal, Manuel Almunia mungkin kembali mendapat kepercayaan AW selepas gol lewat AZ Alkmaar ke gawang vita Mannnone meranapkan rekod 100% Arsenal di liga Champions.
Striker Eduardo da Silva mungkin balik menjadi starting line up, Nicklas Bendtner menjalani perawatan cedera paha sedangkan Play Boy Czecz Tomas Rosicky ( Pesaing Bro Hafez ) keadaannya meragukan.

West Ham Last results

Oct 17 '09 Stoke City - West Ham Utd 2-1 L
Oct 04 '09 West Ham Utd - Fulham 2-2 D
Sep 28 '09 Manchester City - West Ham Utd 3-1 L
Sep 19 '09 West Ham Utd - Liverpool 2-3 L

Arsenal Last results

Oct 17 '09 Arsenal - Birmingham City 3-1 W
Oct 04 '09 Arsenal - Blackburn 6-2 W
Sep 26 '09 Fulham - Arsenal 0-1 W
Sep 19 '09 Arsenal - Wigan Athletic 4-0 W

History Head-to-Head

January 31, 2009 Arsenal - West Ham 0-0
October 26, 2008 West Ham - Arsenal 0-2
January 01, 2008 Arsenal - West Ham 2-0
September 29, 2007 West Ham - Arsenal 0-1
April 07, 2007 Arsenal - West Ham 0-1
November 05, 2006 West Ham - Arsenal 1-0
February 01, 2006 Arsenal - West Ham 2-3
September 24, 2005 West Ham - Arsenal 0-0
January 19, 2003 Arsenal - West Ham 3-1
August 24, 2002 West Ham - Arsenal 2-2

Starter Kemungkinan:

WHU:
Robert Green
Matthew Upson, James Tomkins, Herita Ilunga, Valon Behrami
Julien Faubert, Mark Noble, Jack Collison, Radoslav Kovac
Carlton Cole, Alessandro Diamanti

Arsenal:
Almunia
Sagna, Gallas, Vermaelen, Clichy
Eboue, Song, Cescs, Diaby, ARshavin
RVP

Q Predict:
WHU 1
ARsenal 3

Jumaat, 23 Oktober 2009

Juventus merisik Eboue

Juventus club gergasi seri-A berharap dapat mendapatkan khidmat Eboue yang dijangka dapat menutup kekurangan di posisi sayap belakang, yang menjadi titik lemah Juventus pada posisi ini. Pasalnya, Jonathan Zebina dan Zdenek Grygera yang dah uzur ( tua ) tak lar dapat memberi yang terbaik di sebabkan faktor usia, pemain mudanya pulak seperti Jose Martin Caceres, masih terlalu berisiko tinggi untuk diandalkan.
Eboue masih terikat kontrak Arsenal hingga 2011. Bila Juventus mendapat halangan transfer Eboue, depa dah pun ada plan B, yakni dengan merekrut Andreas Beck dari Hoffenheim - Bundesliga.


Arsenal nak beli bintang muda Ajax ( nak bagi membe kat Vermaelen dari ajax ).

AW terkesan dengan Gregory van der Wiel semasa merisik Vermaelen kat ajax, Arsenal sudah pon mendapatkan khidmat Vermaelen 8,5jt Pounds ( itu hari dengar 10jt pounds, entah lar ). Gregory van der Wiel yang juga di minati Atletico Madrid dan Barcelona telah di tag oleh Ajax seharga 7jt Pounds.
Kalau lar jadi beli mat holland nie, Eboue mungkin berlabuh ke Juve dan Sagna Cam ner???
bab mamat ber tiga nie ada kat posisi yang sama.


Profil Gregory van der Wiel
Lahir: 3 Feb 1988, Amsterdam.
Warga Negara: Netherlands.
Tinggi: 182 cm.
Berat: 69 Kg.
Posisi : Defender.
Nombor jersey : 2.


REmark:

Arshavin masih juga rindukan Barca, bab sampai sekarang nie dia asikk sebut nama Barca, depa nie cakap berasa kesal tak dapat joint Barca tahun lepas, tapi merasa gembira dapat memberikan sumbangan bermakna untuk Arsenal untuk masa ini.
Rupa2 nya mamat Russia nie pon hampir berlabuh ke Tth Hotspurs seteru derby utama Arsenal, tapi memang dah jodoh, tak kemana, berjersey Arsenal jugak dikau oooiiiii Mat Shavin.

Mungkinkah? Siapa tahu kan..

Cerita-cerita orang terakhir di dalam kawasan padang Arsenal yang merupakan posisi selalu dibicarakan antara beberapa soalan yang telah dijawab oleh Wenger dalam AGM baru-baru ini. Jika benar Almunia sudah kembali fit, kenapa dia diletakkan ke dalam bench sewaktu menentang Alkmaar?

Mungkin aksi menentang West Ham boleh dijadikan penunjuk, sekiranya Mannone masih di gawang, ini bermakna kedudukan Almunia telah ditolak keluar dan memungkin peristiwa no 24 menolak no 1 berlaku lagi seperti mana sewaktu musim akhir Jens Lehmann di Arsenal. Risau? Aku tak pasti, tiada lagi pun panggilan antarabangsa untuk Almunia, cuma di Arsenal sahaja.

Kunjungan ke West Ham akan mengembalikan Eduardo ke dalam skuad manakala Rosicky dan Bendtner masih di dalam keadaan 50:50. Nasri dan Fabianski masih belum cukup cergas, aksi menentang Liverpool dalam kempen Carling Cup yang terdekat untuk mereka manakala Denilson dijangkakan kembali dalam masa 4 minggu (*bad news?) dan Djourou sehingga Mac nanti. Theo, masih diakses kecederaannya.

Dan 3 mata amat penuh diharapkan pada aksi menentang West Ham awal pagi Isnin ini, walau pun kedudukan West Ham agak tercorot, aku pasti mereka akan bermain habis-habisan, so sekiranya Arsenal kekal fokus 90 minit (*termasuk masa tambahan!), aku yakin 3 mata penuh adalah pasti buat Arsenal.

West Ham 0-2 Arsenal

Rabu, 21 Oktober 2009

UEFA Champions League: AZ Alkmaar 1 - 1 Arsenal

Kesilapan mendapatkan gol yang akan menamatkan perlawanan akhirnya memakan diri apabila dua mata diragut di minit-minit akhir perlawanan. Apa yang aku kesalkan adalah beberapa peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan baik ditambah pula sikap tamak di depan gol gagal memastikan 3 mata berharga akan dibawa ke Emirates.

Walau bagaimana pun aku merasakan 1 mata ini cukup penting, dengan 7 mata keseluruhan, kita berada di posisi cukup baik untuk melayakkan diri di pusingan kalah mati nanti. Dari pungutan mata sekarang, aku merasakan 4 mata dari 3 perlawanan lagi dengan 2 daripada 3 aksi ini di Emirates sekurang-kurangnya memastikan Arsenal berada dalam 16 kumpulan terbaik.

Akan tetapi untuk berada di kedudukan lebih selesa, Arsenal memerlukan lebih fokus bagi menjuarai liga dan bersaing dengan pasukan kedua kumpulan lain di pusingan kedua di mana aksi ini juga menggelakkan Arsenal dari bertembung 3 lagi kelab Inggeris.

Jaringan pertama yang berpunca daripada kesilapan pertahanan lawan yang gagal menampan kemas bola akhirnya membolehkan Arshavin membuka permainan kepada van Persie yang tidak dikawal sebelum dia mudah melorongkan bola kepada Fabregas dengan tapping kurang dari 3 meter yang semestinya mematikan langkah penjaga gol lawan.

Asakan Arsenal berterusan tapi apa kan daya, banyak peluang disia-siakan dan dinafikan oleh penjaga gol lawan. Semestinya gol yang dilepaskan di minit ke 93 oleh AZ Alkmaar yang berpunca daripada set pieces amat mengecewakan. Kehilangan fokus mungkin penyebab utamanya. Mungkin terlalu yakin telah membuatkan 2 mata dicicirkan begitu sahaja. Tapi aku percaya keputusan sebegini akan memastikan Arsenal kembali bounce back apabila menentang West Ham Ahad ini. Adios, selamat pagi!!

Selasa, 20 Oktober 2009

Pre: AZ Alkmaar vs Arsenal.

Dari 5 game kandang saingan Eropa, AZ Alkmaar hanya 2 kali menang. Alkmaar kalah 5 kali dari 10 game melawan club England dan menang 2. Salah satunya mengalahkan Ipswich Town final Piala UEFA 1981.
Arsenal, yang menang semua dari 4 game Liga Champions musim ini, gagal menjaringkan gol pada 3 game dari 5 game away. Hanya PSV Eindhoven larr club Belanda yang berjaya mengalahkan Arsenal, tiga tahun lalu.
Arsenal tak akan diperkuat Theo Walcott yang terkena tackling " Terorris " dan Eduardo da Silva yang masih cedera, tapi Wenger tetap percaya skuadnya masih mampu membawa balik 3angka dari kandang Alkmaar. RvP, Andrei Arshavin, Alexander Song, pasti menjadi starter. Di bawah gawang, Vito Manonne masih di beri kepercayaan meski telah buat kesalahan dalam game Vs Birmingham.
AZ Alkmaar musim ini tak pon sama seperti saat ditangani Louis van Gaal. Namun Ronald Koeman tahu apa yang harus dilakukan untuk menghadapi Arsenal.

AZ Alkmaar Last 4game:
Oct 17 '09 FC Twente - AZ Alkmaar 3-2 L
Oct 03 '09 AZ Alkmaar - NAC Breda 1-0 W
Sep 26 '09 FC Utrecht - AZ Alkmaar 1-0 L
Sep 19 '09 AZ Alkmaar - NEC Nijmegen 0-1 W

Arsenal Last 4 game :
Oct 17 '09 Arsenal - Birmingham City 3-1 W
Oct 04 '09 Arsenal - Blackburn 6-2 W
Sep 26 '09 Fulham - Arsenal 0-1 W
Sep 19 '09 Arsenal - Wigan Athletic 4-0 W

Squad Kemungkinan :
AZ Alkmaar
Sergio Romero
Sebastien Pocognoli - Niklas Moisander - Hector Alfredo Moreno - Kew Jaliens.
Maarten martes - Stijn Schaars - David Mendes Da Silva - Brett Holman.
Moussa Dembele - Mounir El Hamdaoui.

Arsenal
Vita Mannone
Sagna - Gallas - Vermaelen - Clichy.
Eboue - Song - Diaby - Cescs - Arshavin.
RVP.

Q predict:
AZ Alkmaar 1
Arsenal 2

Isnin, 19 Oktober 2009

Arsenal 3 - Terorris 1

Arsenal berjaya dengan rentak kemenangan. Gol RVP 17' & Dhalsim 19' ( -> pujaan bro Hafez ) meletakkan Arsenal di depan 2-0. Vita Mannone mendapat kepercayaan AW walau pon dah comeback nya Almunia yg harus terpaksa duduk kat Kursi simpanan.
Kesilapan kacang Mannone berakibat fatal dengan Bowyer menjaringkan gol untuk sang " Terorris " yg tanpa kelibat " The Killer " Matthew Taylor yang berhijrah ke FSV Frankfurt .
Formasi 4-5-1 meletakkan RVP selaku target man sememangnya menjadikan Arsenal menguasai sepenuhnya lapangan tengah dengan 5 midfield ( 3 attacking dan 2 defendsif midfield ).
Rosicky ( -> pesaing kuat Bro Hafez ) hampir menjaringkan gol superb ala bicycle kick selepas mendapat umpan dari RVP, sayang bola terkena pertahanan " Terorris ".
Mendapat umpan Song, RVP melepasi pertahanan lawan, dan merembat kecang ke jaring gawang kiper Birmingham, Joe Hart.
2 menit kemudian Rembatan kaki kiri " Dhalsim " selepas mendapat umpan dari play boy Czecz, Arsenal di depan 2-0.
Mendapat spirit dari nyanyian Lagu PARA PENYOKONG " Terorris " yang kerap bernyanyi meneriakkan nama Matthew Taylor. Dan Liam Ridgwell dengan tak sengaja telah melakukan tackling KERAS yang memaksa Theo walcoot hanya dapat bermain 30 minit sahaja dan di gantikan oleh Arshavin.
Berawal dari bola atas yang tak dapat di tangkap kemas Mannone, Bowyer memaksa Mannone mengutip bola dari dalam gawang Arsenal, di minit 38 Arsenal 2 - Terorris 1.
Rembatan Arshavin minit 41 belom juga dapat menambah sebarang jaringan hingga masa rehat.
Separuh masa ke 2, Arsenal masih mendominasi dengan banyak peluang yang ter sia sia kan minit 53 Arshavin dan diaby yang gagal memanfaatkan peluang terhidang, dan free kick luar kotak pinalty RVP yang sedikit melencong dari gawang, 2 minit kemudian rembatan kiri RVP masih juga terhalang tiang.
minit 79 Mannone nyaris blunder, tak dapat menangkap kemas umpan silang, untung ada last man kat belakang, bila tak mungkin game malam tu berakhir dengan draw.
minit 86 serangan balik yang pantas, dengan umpan cesc fabregas, Arshavin menjaringkan gol untuk Arsenal 3-1.

Arsenal:
Mannone,
Eboue (Wilshere '90), Gallas, Vermaelen, Gibbs,
Fabregas, Song Billong, Diaby, Walcott (Arshavin '33), Rosicky (Sagna ' 72)
RVP

Birmingham:
Hart, Carr, Roger Johnson, Dann, Ridgewell, Larsson, Ferguson, Bowyer, Carsley (Kevin Phillips '71), McFadden (McSheffrey '71), Jerome (O'Connoer '62).

Jumaat, 16 Oktober 2009

Sorry bro..

Harap maaf broo..
minggu nie sibok makan free, banyak sangat rumah terbuka, sibok nak makannnnnn jer..
jadi tak sempat nak up date..
isnin kang Q up date yerr..

P/s
kesulitan amat larrr di kesali, harap maklum..

Remark:

Arsenal bercadang mengadakan Tour Asia lepas dari musim 09/10 nie..
harap para Gooners bersiap sedia, bila dah kaw teem kang..
kita kumpol kat stadium tempat depa berlawan ngan team pilihan Malaysia..
itu pon kalau kekawan nak jerit bersama..
Bro Hafez..
Lu pergi tak??? pe bila Arsenal mari Malaysia???
I conform pegi nyerr, kena cari Over Time kaw2 nie untuk dok kat depan :p wakakakakaka

Khamis, 15 Oktober 2009

HA..HA..HA..HA

Tergelak Q baca berita hari nie, Man C bersaing ketat nak Cescs Fabregas joint ke Manchester City HA...HAHAHAHAHA.

Selain Man C, ada Real Madrid, dan BARCA yang begitu yakin akan kembalinya sang Perantau ( bab Cescs yang berasal dari Akademik BARCA ).
TApi kita tak tau lar hati budi seseorang tu, tapi bila betoi pon Cescs blah dari Arsenal, mungkin Q tak akan percaya yang dia dah blah ( bab Cescs yang begitu sinonim dengan Arsenal ).

Come Back nya Senjata pemusnah.
S. Nasri yang musim nie belom pon pernah main bab cedera masa perlawanan pemanas badan july lepas akibat terajang Dhalsim pujaan Bro Hafez ( bab Dhalsim tu, bro hafez yang bubuh, tu yang jadi melekat gile kat Dhalsim tu ).
Nasri tak dapat menyertai Arsenal saat melayan kunjungan Birmingham atau pon ke Holland bertandang ke kampong AZ Alkmaar.
Tapi Nasri akan turun saat melawan West Ham United nanti.

BAb Qualification membabit kan pemain Arsenal, petang sikit Q post kan.
Bab tak habis pikir lagi, Cam ner Man C ber tebal muko nak beli Cescs.
Sedangkan seteru utama Arsenal sekarang bukan lar lagi Derby " PANAS " dengan Totteham Hotspurs, melainkan Man C sarang Cecungguk yang tamakkan wang Pounds pak ARab.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Gunners international duty.

International break:
Gael Clichy, Abou Diaby, William Gallas, Bacary Sagna
France 5 - Faroe Islands 0, WC Qualifier, Oct 10hb
35' André-Pierre G.38' André-Pierre G.53' Gallas W.85' Anelka N.88' Benzema K.

France v Austria, WC Qualifier, Oct 14hb


Raymond Domenech boleh berasa lega, apa bila Anak didik nya membenam Faroe Islands 5-0 menghidupkan kembali asa dengan bermain di play off nantinya.

Cesc Fabregas

Armenia 1- Spain 2, WC Qualifier, Oct 10hb
57' Arzumanyan R. - 33' Cesc Fàbregas 64' Mata

Bosnia-Herzegovina v Spain, WC Qualifier, Oct 14hb


Spain dah pon layak ke WC 2010 sebagai juara kumpulan, 1 baki perlawanan adalah untuk testing player dan formasi serta cukupkan syarat.

Thomas Vermaelen

Belgium 2 - Turkey 0, WC Qualifier, Oct 10hb
Mpenza E. 7' 84'.

Estonia v Belgium, WC Qualifier, Oct 14hb 2009


5 kekalahan menyebabkan Belgium dah pon tak layak ke World Cup. 2 baki perlawanan nie untuk cukup kan syarat jer dan menimba pengalaman.


Philippe Senderos
Luxembourg 0 - Switzerland 3, WC Qualifier, Oct 10hb
Senderos P.7' 22' Huggel B.

Switzerland - Israel Oct 14hb 2009

Senderos mungkin akan mendapat pertimbangan dalam squad utama selepas tampil memukau dengan 2 jaringan untuk Switzerland muncul juara kumpulan dengan baki 1 perlawanan.

Thomas Rosicky ( --> Mamat hensem yang buat bro hafez tak lena tidor )
Czech Republic 2 - Poland 0, WC Qualifier, Oct 10hb
51' Necid T.72' Plasil J.

Czech Republic v Northern Ireland, WC Qualifier, Oct 14hb

group3 nie adalah group yang menghadapi saingan paling ketat di zone europe. Hanya San Marino tanpa sebarang pungutan mata. Czechs tak dapat memintas Slovakia tapi hanya 2mata di belakang tempat ke 2 Slovenia. Dan Bro hensem captain Czechs ( pujaan aweks bro hafez ) muncul man of the match.

Eduardo
Kazakhstan v Croatia, WC Qualifier October 14hb

Slavan Bilic tak dapat menagih khidmat Dudu yang masih juga cedera. ape pe pun hope u get well soon Dudu.

Carlos Vela
Mexico v El Salvador, WC Qualifier, Oct 10hb

Trinidad and Tobago v Mexico, WC Qualifier, Oct 14hb

Mexico yang dah pasti ada di posisi play off, pasukan mexico hanya perlu 4mata 2 baki perlawana untuk terus layak ke WC2010.


Andrey Arshavin
Russia 0 - Germany 1 , WC Qualifier, Oct 10hb
34' Klose M.

Abjerbaijan v Russia, WC Qualifier, Oct 14hb

Russia dah pasti dalam posisi Play-Off tapi menang atas Germany akan melayakkan Russia automatik ke WC2010. Andrey Arshavin akan di beri tanggung jawab sebagai captain Russia.
tapi sayang dek tumbang 0-1 di rumah sendiri.

Nicklas Bendtner

Denmark 1 - Sweden 0, WC Qualifier, Oct 10hb
78' Poulsen J.

Denmark v Hungary, WC Qualifier, Oct 14

Denmark telah memastikan tempat ke World Cup 2010 selepas menang 1-0 atas Sweden yang memiliki Zlatan ibramovic, rupa2 nya Denmark ada N. Bendtner, tu yang jadi menang tu.

Alex Song
Cameroon v Togo, WC Qualifier, Oct 10hb
32' Geremi47' Makoun II J.52' Emana

juara kumpulan telah pon mengukuhkan tempat ke World Cup 2010 selepas mengalahkan Togo 3-0. Tapi sayangnya Gabon menang ke atas Morroco maka Cameroon harus menunggu sampai ke pertandingan terakhir.

Emmanuel Eboue

Malawi 1 - Ivory Coast 1 Oct 10hb
64' Ngwira J. 67' Drogba D.

Drogba striker termashyur BPL walau pon dia nie suka skuba kat padang bola, tapi memang Q akui dia salah seorang Striker yang menggerunkan.

Puyol ke Arsenal??

Tak tau lar, cam ner lar pulak boleh ada rumour bende bende cam nie, tapi bukan hal mustahil Carles Puyol berlabuh ke Emirates.
Menurut Daily Mail, Puyol mencintai Barcelona, tapi depa ingin menguji diri kat liga lain, terutama Premier League yang dinilainya sangat mencabar.
Arsene Wenger bukan tak mungkin merekrut captain Barca nie, bab Sylvestre yang menurut Q kurang bermanfaat kat squad The Gunners, tetapi di manfaatkan dalam squad reserve sebagai captain, mungkin untuk membimbing Young Junior Gunners.
Problem baru ialah: bila beli Puyol, Gallas-Vermaelen yang begitu mantap kat pertahanan nak buat cam ne??? Vermaelen memang lar boleh kat kanan, kiri mau pon centre defender, mungkin kah???
tapi hasrat nie bukan nya senang, bab Man. C yang turut berminat dengan Puyol juga dari tahun lepas hendak menggunakan wang Pounds pak Arab untuk Captain Barca nie.



Nama Lengkap: Carles Puyol Saforcada
Tanggal Lahir: 13 Apr 1978
Tempat Lahir: Pobla de Segur
Warga Negara: Spain
Tinggi: 178 cm.
Berat: 80 Kg.
Posisi: Defender
Squad: Spain & Barcelona.

P/s : Sesuai ke orang tua nie kat Young Gunners????

Rabu, 7 Oktober 2009

Legend 14 kat Emirates usai game vs B. Burn


Masa perlawanan Vs B. Burn, legend 14 kito Tyti terlihat menyaksikan beserta anak dan bini nya ( tak cerai lagi ke dia nie?? ). Usai perlawanan yang mana Walcoot turut merekodkan namanya selaku penjaring mendapat kehormatan dari eks Tuan empunya nombor 14 kat Arsenal, dan Henry membubuhkan tanda tangan kat jersey 14 Walcoot.
( kalau Q boleh dapat sign henry, mesti beli jersey ori, bukan lar dari rantau panjang ).
Vieira eks captain Arsenal pulak, nampak menyaksikan game Chelsea Vs Liverpool berkesudahan Che 2 Liv 0 ( terbang Rm.30 bet ngan penyokong Blues ).
Vieira dikaitkan kembali dengan Arsenal, yang mana Wenger bersedia membayar 70k pounds /minggu untuk khidmatnya membimbing young Gunners.
akan tetapi bukan semudah yang kita sangkakan, Totteham pon betoi nak ikat dia dengan contract permanent 2thn, dengan kaitan terbaru Drogba menyarankan agar Ancelotti untuk mendatangkan Vieira ke S. Bridge. ( laku keras jugak mamat nie ).
Sol Campbell yang sedang menjadi petualang masa nie, mencuba untuk mendapatkan permit, agar dapat melakukan latihan kecergasan bersama squad Arsenal.
Sol Campbell belum mempunyai club selepas ia memutuskan untuk keluar dari club Div 2 yang kurang menarik perhatiannya.

Selasa, 6 Oktober 2009

Sorry tersilap tulis, " GOONERS " perkataan yang betoi.

sekian lama Q guna " GONNERS ", tak tau dah silap lar pulak, pada rakan " GOONERS " Q minta maaf banyak2, lepas mendapat complaint Bro " RAMBO " di kuatkan lagi oleh bro " FADH " baru lar Q sibok cari kat Laman Arsenal.com.
Rupa2nyer Q tersilap. jadi pada kesempatan nie, Q minta maaf yerr kekawan Gooners.

Bro Hafez, aku minta maaf, bab Henset aku rosak, tak terbaca mesej engko 4hb ( time Arsenal vs Black Burn ).
Belom gaji lagi tok beli henset baru, bila engko nak mai Bangi lagi?? time bulan nie kan ade festival kat UKM, engko datang tak??
Aku betoi2 minta maaf lar bro, kalau aku tau engko datang, mesti aku belanja tea tarik kaw2 punye time tengok bola tu.

Akhir kata, sudi lar kira nyer rakan Gooners maafkan kesalahan dalam posting yang selalu gunakan perkataan Gonners ( bab ingatkan Gunners dan Gonners, tak tau Gooners yang betoi ).

P/s :
Bro Hafez, bila lagi nak mari Bangi??? komen kat blog bila nak singgah Bangi, Q mesti layan nyer. Sorry Bro kesilapan teknikal yang berakibat fatal.--> henset rosak

Isnin, 5 Oktober 2009

Arsenal 6 vs Black Burn Rovers 2.

Sempena tahun ke 13 AW mengendalikan Arsenal, squad didikan The Prof se akan2 memberikan hadiah indah score 6-2 di Emirates.
Steven Nzonzi mengejutkan semua warga Emirates dengan gol seawal minit ke 4 dengan kepala selepas melihat Mannone sedikit keluar dari posisinya.
Umpan cescs pada diaby ( Adik angkat bro hafez ) di selesaikan dengan gol Superb oleh Vermaelen ( Top scorer Arsenal saat ini ) di minit 17.
selepas tu, Arsenal menyerang dari segala arah, akan tetapi Umpan jauh El Hadji Diouf langsung diterima Franco Di Santo dan di umpan bola kepada David Dunn yang meletakkan B. Burn di depan 1-2 minit 31.
Tak nak merosak party kecil AW tu, Arsenal semakin giat menyerang.
Berawal dari Diaby, bola beralih ke Fabregas, kemudian di umpan pada Robin van Persie. Rembatan kaki kiri Van Persie gagal dihalau Robinson dan gol.
Arsenal tampak semakin di atas angin. menit ke-37, Andrei Arshavin menambah gol selepas mendapat umpan Panglima lapangan tengah Arsenal Cescs, ARsenal di depan 3-2.
Fabregas semakin menjadi Jantung permainan Arsenal. menit ke-57, Cescs merekodkan nama selaku penjaring. Menerima umpan Tomas Rosicky dengan dada, dia terus merembat bola dengan kaki kiri dan gol 4-2 untuk Tuan Rumah.
Cescs nie pon pandai ambik hati penyokong, berlari ke arah penyokong, mencium Logo Arsenal dengan menudingkan jari pada arah seluruh penyokong Gunners seakan menandakan " THIS GOAL FOR YOU ALL BEB, JUST ALWAYS PROUD BE GONNERS ".( -> VERTION Q :pwa kakaka).
menit ke-75, Arsenal menambah gol dari pemain gantian, Theo Walcott. berawal dari Arshavin (sisi kiri), Mendekati area pinalty lawan, dia tolak bola pada Fabregas yang terus ke Walcott. Walcott merembat padu ke gawang dan gol.
Seakan dah pasrah akan nasib, B. Burn bolos lagi. Bendtner yang gantikan Arshavin mendapat umpan Song untuk gol ke 6 arsenal dimalam gemilang itu.
Susunan Pemain:
Arsenal:
24-Vito Mannone
5-Thomas Vermaelen, 10-William Gallas, 22-Gael Clichy, 3-Bacary Sagna
17-Alexandre Song Billong, 2-Abou Diaby, 4-Cesc Fabregas (16-Aaron Ramsey 75)
23-Andrei Arshavin (52-Nicklas Bendtner 76), 11-Robin Van Persie, 7-Tomas Rosicky (14-Theo Walcott 69)
Blackburn:
1-Paul Robinson
5-Gael Givet, 39-Pascal Chimbonda, 21-Martin Olsson, 2-Lars Christian Jacobsen
15-Steven Nzonzi, 17-Keith Andrews, 8-David Dunn (10-Benni McCarthy 62), 18-El-Hadji Diouf
7-Brett Emerton (12-Morten Gamst Pedersen 55), 26-Franco Di Santo.
P/s :
Nahhh.. dah jadi HERO balik tu, jangan menuju ke ZERO lagi beb, menatap ke hadapan untuk menjadi SUPER HERO.
Proud of you all mates, hope Gunners made us proud be Gonners.
once Gonners, Gonners forever.

Ahad, 4 Oktober 2009

Arsenal vs Black Burn Rovers prebiu

Sorry lambat up dates. Computer masuk dalam injred list.
Link yang bro sekalian mintak tu, Q tak de.
kali ini Q posting yang lebih kurang jer lar ye.

Macth day 8:

Arsenal Vs Black burn Rovers.

Sempena perayaan Tahun ke 13 Arsene Wenger 1hb Oct 2009, akan ada perayaan kecil dari penyokong dan Young Gunners untuk The Prof.
Sam Allardyce pengurus B. Burn pon mengucapkan sekalung tahniah kat AW.

Arsenal:
Absent nya Dudu sedikit terubati dengan kembali nya Theo Walcott yang lepas cedera dan Nicklas Bendtner yang lepas accident.
Almunia yang masih terjangkit virus dan Fabiansky yang masih cedera memungkinkan Superman baru Arsenal, Vita Mannone masih menggalas tanggung jawab menjaga gawang Arsenal.

Q Predict Starter 1st 11 :
Vita Mannone
Sagna, Gallas, Vermaelen, Clichy.
Cesc ( C ) , Song, Diaby ( adik angkat bro Hafez ).
Bendtner, RVP, Arshavin

B. Burn

Minggu lepas menang dari Astonvilla sedikit sebanyak menyuntik semangat pasukan B. Burn, tanpa Vince Grella yang di buang padang, dan juga Gael Givet masih menjalani perawatan.
membuka peluang Keith Andrew untuk tampil di Emirates.

Starter:
Paul Robinson
Lars JAcobsen, Christopher Samba, Ryan Nelsen, Pascal Chimbonda.
David Dunn, Diouf, N'zonzi, Keith Andrew.
Franco Matias Di'santo, Morten Gamst pedersen.

Perlawanan yang lepas:

March 14, 2009 Arsenal - Blackburn 4-0
September 13, 2008 Blackburn - Arsenal 0-4
February 11, 2008 Arsenal - Blackburn 2-0
August 19, 2007 Blackburn - Arsenal 1-1
January 13, 2007 Blackburn - Arsenal 0-2
December 23, 2006 Arsenal - Blackburn 6-2
February 25, 2006 Blackburn - Arsenal 1-0
November 26, 2005 Arsenal - Blackburn 3-0
March 19, 2005 Blackburn - Arsenal 0-1
August 25, 2004 Arsenal - Blackburn 3-0

Q Score Predict.
Arsenal 5
B. Burn 1

P/s :
Conrat's Prof, hope you all the best with young farbulous Gunners.

Khamis, 1 Oktober 2009

Arsenal 2 - Zico 0

" SHUT YOUR F*** MOUTH OFF " Zico, ini kalimat personal Q untuk Zico.
Kemenangan Arsenal 2-0 di emirates hasil jaringan RVP 78' dan Arshavin 86' berbuah protes keras dari Zico pengurus Olympiakos.
Bila di kaji semula perlawanan di Emirates, Arsenal mempunyai banyak peluang, dengan mendominasi keseluruhan permainan.
Zico yang tak dapat menerima anak didik nya tewas, mempersoalkan Refree yang berasal dari France.
" Ada 3 Refree berasal dari France, dengan tim lawan yang pengurusnya juga berasal dari France serta ada 10 pemain France ada di dalamnya, mungkin mempengaruhi hasil perlawanan menentang ARsenal di Emirates". Komen Zico usai perlawanan.
Zico mempersoalkan gol Arshavin 86' yang menurut nya Off Side, telah meranapkan anak didiknya untuk mencari gol penyamaan.

P/s :
Woooiiii Bro Zico kalau engko boleh paham BM, mai baca posting Q kali ini.
Jangan bunyi sembarang sebelum habis persaingan ke kalah mati.
Nanti engko tunggu Arsenal berkunjung ke kandang mu, pakai larrr 5 refree Belanda